Skip to main content

Penerangan terperinci pertama mengenai campak ditampilkan sarjana Parsi Rhazès pada abad ke-10. Sebelum itu, penyakit ini sering dikelirukan dengan cacar.

Abad ke-20 menyaksikan kemajuan signifikan dalam penyelidikan campak di Amerika Syarikat. Pada 1954, ahli biologi AS dan pemenang Hadiah Nobel John Enders berjaya mengasingkan virus yang membawa kepada pembangunan vaksin pertama, Rubeovax, pada 1963.

Pada 1971, Attenuvax, gabungan campak yang dilemahkan, beguk dan campak Jerman telah dibangunkan. Ia vaksin pertama yang dapat disuntik dalam satu dos, disusuli dengan penguat.

Vaksin ini menyumbang pengurangan jumlah kematian akibat campak. Pada 1980, ketika vaksinasi belum meluas, campak menyebabkan 2.6 juta kematian seluruh dunia. Sebaliknya, tahun 2014 hingga 2016 menyaksikan penurunan yang rendah dalam kes campak dan kematian akibat imunisasi rutin global. Namun, pada tahun 2019, campak meragut sekitar 207.500 nyawa, yang menurut penerbitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, disebabkan oleh kegagalan vaksinasi.

Bagaimana Doctors Without Borders Mendepani Penyakit Ini?

Rawatan Berpusatkan Pesakit
Penyelidikan dan Percubaan Klinikal
Advokasi

patient centred treatment

Kempen vaksinasi campak (dan rawatan, semasa wabak) adalah aktiviti penting bagi Doctors Without Borders. Kempen vaksinasi digerakkan setiap tahun, di pelbagai negara seperti Republik Demokratik Kongo dan Republik Afrika Tengah. Doctors Without Borders juga berusaha menangani wabak campak di Chad, Niger, Nigeria dan Bangladesh. Doctors Without Borders  telah memvaksinasi sekitar 28 juta kanak-kanak untuk mencegah campak sejak 2006. Wabak didorong sistem vaksinasi awam yang lemah dan liputan vaksinasi yang rendah, termasuk di daerah konflik dan dalam kelompok ramai yang tinggal di kawasan berdekatan, seperti kem pelarian.

clinical research and trials

Sebilangan besar kajian Doctors Without Borders mengenai campak adalah berkaitan kematian, dan kajian liputan vaksinasi. Semua kempen vaksinasi besar-besaran secara teori harus disusuli tinjauan liputan vaksinasi, bagi mengukur keberkesanan kempen terbabit.

Sebahagian tinjauan ini diterbitkan oleh Epicenter. Beberapa kertas kajian lain boleh didapati di Kajian Lapangan Doctors Without Borders.

advocacy

Advokasi Doctors Without Borders berkaitan campak adalah mengenai akses kepada vaksin (dan pembiayaan). Doctors Without Borders bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan bekalan vaksin mencukupi, dan ianya tersedia dengan harga berpatutan. Untuk pesakit, Doctors Without Borders mengadakan kempen vaksinasi campak untuk mereka yang memerlukan.

Kempen Akses Doctors Without Borders, bersama Kumpulan Kerja Vaksin antara seksyen, juga berusaha mendorong GAVI Alliance untuk menyelaraskan dasarnya berpandukan cadangan WHO, membolehkan negara-negara memvaksinasi kanak-kanak berusia melebihi 12 bulan dan mempunyai vaksin diperlukan untuk dasar ini.

KISAH BENAR PESAKIT

Anak perempuan Nurata yang berusia sembilan bulan, Nur Salima mengalami demam kira-kira enam hari sebelum dia mendapat rawatan di hospital Kutupalong di Cox's Bazar, Bangladesh. Jururawat Younus menjelaskan bayi itu hampir tidak sedar ketika tiba di bilik kecemasan.

Jangkitan pernafasan yang teruk dan kesukaran bernafas adalah komplikasi biasa dalam kes campak yang kritikal. Doktor Doctors Without Borders Nowshad Alam Kanan menerangkan bagaimana kanak-kanak kecil tiba di klinik, termengah-mengah bernafas. "Ia seolah-olah tercekik," katanya.

Measles patient story

© Tariq Adnan/MSF 

Doktor memberikan bayi berkenaan oksigen untuk membantunya bernafas, dan antibiotik untuk melawan jangkitan sekunder.

Selepas lima hari di wad pengasingan, Nur Salima bertambah baik dan akhirnya cukup kuat untuk dibenarkan keluar. Setelah kembali sihat, jururawat Younus gembira. "Perasaan menyaksikan pesakit selamat tidak dapat digambarkan" katanya, penuh gembira.

SEPULUH SOALAN MENEGNAI CAMPAK

Apa itu campak?

what is measles

Campak adalah penyakit virus pernafasan yang sangat berjangkit dan kebanyakannya menyerang kanak-kanak kecil. Ia boleh menyebabkan kematian tetapi kebolehan mencegahnya sangat tinggi melalui vaksin yang dibangunkan pada 1960-an dan masih berkesan hingga kini.

Adakah campak menyamai beguk atau rubella?

is measles similar to mumps or rubella

Campak, beguk dan rubella adalah penyakit yang berbeza dan disebabkan oleh virus yang berbeza. Namun, ketiga-tiganya mempunyai ciri-ciri yang sama.

Campak bermula dengan demam, batuk, hidung berair, konjungtivitis (mata merah jambu) dan ruam merah bermula pada wajah dan merebak ke seluruh badan. Sekiranya virus menjangkiti paru-paru, ia boleh menyebabkan radang paru-paru. Campak pada kanak-kanak yang lebih tua boleh menyebabkan keradangan otak, disebut ensefalitis, yang dapat menyebabkan kekejangan dan kerosakan otak.

Virus beguk biasanya menyebabkan bengkak pada kelenjar tepat di bawah telinga, mencetus penampilan bengkak pada pipi seperti ‘chipmunk’ (tupai tanah). Sebelum vaksin, beguk penyebab paling biasa bagi kedua-dua meningitis (keradangan lapisan otak dan saraf tunjang) dan pekak yang diperoleh di AS. Pada lelaki, beguk boleh menjangkiti testis, yang mana boleh menyebabkan kemandulan.

Rubella juga dikenali sebagai campak Jerman. Ia boleh menyebabkan ruam ringan pada wajah, pembengkakan kelenjar di belakang telinga, dan dalam beberapa kes, pembengkakan sendi kecil dan demam rendah. Sebilangan besar kanak-kanak pulih dengan cepat tanpa kesan berpanjangan. Namun jika seorang wanita hamil dijangkiti rubella, ia boleh menjadi buruk. Sekiranya jangkitan berlaku pada trimester pertama kehamilan, sekurang-kurangnya 20% kemungkinan anak mengalami cacat lahir seperti kebutaan, pekak, kecacatan jantung, atau kecacatan intelektual.

Bagaimana campak berjangkit?

how is measles transmitted

Sebagai penyakit bawaan udara, virus campak disebarkan melalui batuk, bersin dan air liur.

Ia merebak pada permukaan dan virus boleh kekal menjangkiti sehingga dua jam, tanpa perlu adanya kontak langsung daripada individu kepada individu lain.

Selama 10 hingga 14 hari selepas permulaan jangkitan, penyakit ini tidak menunjukkan gejala.

Bolehkah campak menyebabkan maut?

can measle kill you

Campak boleh menjadi sangat teruk malah membawa maut kepada kanak-kanak bawah usia lima tahun, terutama yang hidup dalam keadaan sesak atau kekurangan zat makanan atau positif HIV. Agak jarang, tetapi lebih berbahaya adalah ensefalitis, radang otak yang berlaku pada satu dalam setiap 1,000 kes. Ia komplikasi yang boleh membawa maut, terutama pada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.

Apa kesan campak terhadap tubuh anda?

what does measles do to your body

Selaku penceroboh yang berniat jahat, virus ini masuk ke saluran pernafasan, berkembang biak dan kemudian memasuki saluran darah untuk sampai kepada organ tubuh: limpa, nodus limpa, paru-paru dan hati. Ketika inilah gejala bermula: demam tinggi, hidung berair, batuk, konjungtivitis dan kadang-kadang cirit-birit. Ketika ini jugalah kanak-kanak yang dijangkiti paling mudah berjangkit.

Tanda khas campak adalah bintik Koplick, yang merupakan bintik-bintik kecil yang muncul di dalam mulut.

Kemudian ruam pecah. Dalam masa empat hari, bintik-bintik kecil muncul, mulanya pada wajah sebelum merebak ke seluruh badan. Bintik-bintik itu kelihatan seperti butiran pasir putih yang kecil, masing-masing dikelilingi cincin merah. Ruam kemudian memudar tiga hingga empat hari selepas penampilannya, dan kulit tidak selalu terkelupas seperti yang biasa berlaku setelah ruam.

Kebanyakan kanak-kanak akan mengalami demam campak, dan akan mengalami keletihan selama kira-kira sepuluh hari sebelum pulih. Sekitar 10% hingga 40% akan mengalami komplikasi seperti jangkitan telinga, radang paru-paru, atau jangkitan pernafasan yang lain.

Bila anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan?

when should you meet the doctor or seek treatment

Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang menghidap campak, dan anda belum diberi vaksin sepenuhnya; vaksinasi penuh bermaksud selesai menerima dua dos vaksin MMR. Alasan lain untuk berjumpa doktor selepas anda berhubung rapat dengan seseorang yang dijangkiti adalah sekiranya anda tidak pernah dijangkiti sebelumnya - walaupun anda tidak mengalami sebarang gejala.

Siapa paling terdedah kepada campak?

who is most prone to measles

Mereka di negara berpendapatan rendah, terutama kanak-kanak, berisiko tinggi dijangkiti campak. Digabungkan dengan kekurangan zat makanan atau malaria, kesannya boleh mendatangkan kerosakan.

Di negara-negara ini, kematian akibat campak biasanya turun naik antara 3% hingga 6%, tetapi boleh mencecah 30% di kem pelarian dan dalam kalangan masyarakat terpencil.

Bagaimana campak boleh dicegah dan dirawat?

how can you prevent or treat measles

Tidak ada rawatan khusus untuk campak; fokusnya adalah untuk mencegah komplikasi dan merawat gejala. Paracetamol diberikan untuk sakit kepala, salap untuk jangkitan mata. Antibiotik hanya diperlukan jika pesakit mempunyai jangkitan bakteria sekunder seperti radang paru-paru atau jangkitan telinga.

Kaedah terbaik untuk memerangi campak adalah melalui vaksinasi iaitu dengan kombinasi vaksin campak, beguk dan rubella (MMR). Untuk mencegah wabak, sangat penting dipastikan liputan vaksinasi, atau tahap vaksinasi dalam populasi pada suatu waktu tertentu, melebihi 90% untuk mengurangkan atau menghilangkan bilangan pembawa dan menghentikan penularan virus. Melalui kaedah ini, masyarakat mencapai apa yang disebut sebagai imuniti kelompok.

Bolehkan saya dijangkiti campak selepas mengambil ubat atau rawatan?

can I still get measles after medicaton / treatment

Seseorang yang sudah sembuh daripada campak akan mempunyai antibodi yang akan menjadikannya kebal daripada virus. Vaksinasi juga dapat melindungi seseorang daripada campak. Disarankan untuk semua kanak-kanak menerima dua dos vaksin MMR untuk meningkatkan perlindungan vaksinasi sehingga 98%.

APA LAGI PERLU ANDA TAHU

Measles is highly contagious. It has a ‘basic reproduction ratio’ (also called R0) of 12-18. This means that one infected person can infect 12 to 18 other people.

Campak sangat berjangkit. Ia mempunyai 'nisbah pembiakan asas' (juga disebut R0) antara 12-18. Ini bermaksud satu orang yang dijangkiti boleh menjangkiti 12 hingga 18 orang lain.