Skip to main content

Nigeria: Doctors Without Borders Menggesa Tindak Balas Segera Terhadap Wabak Difteria Yang Semakin Buruk

Diphtheria outbreak West-Africa

Pada Januari 2023, Doctors Without Borders memutuskan untuk memulakan intervensi Difteria di Kano selepas pihak berkuasa kesihatan mengisytiharkan wabak Difteria di Nigeria. ©MSF

Dengan liputan vaksinasi nasional rendah dan kekurangan antitoksin yang menyelamatkan nyawa di seluruh dunia yang mengancam wabak lebih buruk, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) mengesa masyarakat antarabangsa segera meningkatkan sokongan untuk menambah baik rawatan, langkah pencegahan serta pengesanan kontak untuk mengawal penyebaran wabak itu. 

Diphtheria outbreak West-Africa

Belki dan anaknya Sadik dimasukkan segera ke wad selepas mereka datang ke hospital khusus Murtala Mohamad di mana Doctors Without Borders membuka pusat rawatan difteria. Kano, Nigeria Ogos 2023 ©Ehab Zawati/MSF

“Kami kini menerima lebih 700 orang yang disyaki dijangkiti difteria dan menerima kemasukan ke wad lebih 280 pesakit setiap minggu di dua pusat rawatan difteria di negeri Kano,” kata Dr Hashim Juma Omar, doktor perubatan projek kecemasan Doctors Without Borders. “Wanita dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah kelompok paling terdedah dan golongan paling terjejas sekarang ini di Kano. Dan mereka sangat memerlukan bantuan.”

Difteria adalah penyakit disebabkan bakteria yang sangat berjangkit dan berpotensi mengancam nyawa yang boleh menjangkiti pernafasan atau kulit. Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kematian kepada separuh daripada mereka yang dijangkiti; meskipun dengan rawatan, penyakit itu masih membawa maut dengan kadar lima peratus daripada pesakit. Pusat Kawalan Penyakit Nigeria mengisytiharkan wabak penyakit itu pada 20 Januari 2023; antara Mei 2022 dan awal September 2023, lebih 6,000 kes yang disahkan telah direkodkan. Kira-kira 4,000 kes yang disyaki direkodkan di negara ini pada Ogos 2023 sahaja, dengan lebih tiga perempat datangnya dari Kano.

“Wanita dan kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah kelompok paling terdedah dan golongan paling terjejas sekarang ini di Kano. Dan mereka sangat memerlukan bantuan."
Dr. Hashim Juma Omar

Pasukan Doctors Without Borders sedang bertindak balas terhadap wabak di negeri Kano, Borno dan Bauchi. Bagaimanapun, bertindak balas terhadap wabak itu terbukti mencabar, disebabkan kekurangan antitoksin difteria yang menyelamatkan nyawa di seluruh dunia yang digunakan dalam rawatan, berpunca daripada kapasiti pengeluaran yang semakin berkurangan.

"Walaupun kami memberikan 2,000 dos antitoksin difteria bulan lalu di Kano, mendapatkan dos antitoksin itu menjadi salah satu cabaran terbesar dalam krisis ini," kata Dr Omar. "Kami telah membuat pesanan tambahan segera sebanyak 5,000 dos untuk menampung keperluan dalam projek kami, namun ia masih tidak mencukupi."

Mengambil kira cabaran ini, usaha lebih baik untuk mengurangkan penularan penyakit dan untuk mengukuhkan penyediaan serta tindak balas wabak di Nigeria adalah penting. Ini termasuk vaksinasi; di sebalik wabak itu adalah kadar vaksinasi yang rendah, dengan hanya 70 peratus kanak-kanak menerima dos pertama vaksin difteria-tetanus-pertussis mereka. Penurunan dalam imunisasi menyebabkan 25 juta kanak-kanak yang belum atau kurang diberi vaksin dilaporkan di Nigeria pada 2021. Bagaimanapun, pembiayaan untuk vaksin dan kos pelaksanaan kekal penghalang dalam usaha mempertingkatkannya; Negeri Kano sahaja memerlukan jutaan dos untuk menyasarkan kumpulan berisiko.

Diphtheria outbreak West-Africa

Klinik kontak bergerak Doctors Without Borders di Ungogo LGA. Di klinik ini, pasukan Doctors Without Borders menyediakan pemeriksaan awal untuk difteria, vaksinasi untuk yang layak, meningkatkan kesedaran melalui pasukan penganjur kesihatan. Kano, Nigeria Ogos 2023 ©Ehab Zawati/MSF

Selain keperluan antitoksin dan vaksinasi yang mendesak, kami menggesa organisasi antarabangsa untuk segera meningkatkan pengawasan dan pengesanan kontak yang ditambah baik, serta langkah untuk mengukuhkan sistem kesihatan tempatan.

Di Maiduguri, negeri Borno, kami menambah klinik rawatan difteria dengan 20 katil ke hospital pediatrik kami di Gwange III PHC, di mana lebih 110 orang dirawat pasukan kami sejak Januari. Di negeri Kano, pasukan kami menerima 6,707 orang yang disyaki atau disahkan menghidap penyakit itu sejak Januari, bekerja di pusat rawatan dengan jumlah kapasiti 147 katil. Di negeri Bauchi, di mana kami merawat 21 kes dengan difteria semasa aktiviti perubatan biasa kami di Ganjuwa, kami memantau keadaan di sana dan di Jama'are, serta bersedia untuk memulakan aktiviti khusus difteria berdasarkan keperluan.

Diphtheria outbreak West-Africa

Aminatu Aliyu, pesakit difteria di hospital pakar Murtala Mohamad di mana Doctors Without Borders mengendalikan pusat rawatan difteria. Kano, Nigeria Ogos 2023 ©Ehab Zawati/MSF

Pasukan kami juga bertindak balas terhadap difteria di negara jiran. Pada pertengahan Ogos, kami mula menyokong Kementerian Kesihatan di Guinea, di mana kami bekerja di pusat rawatan penyakit wabak di wilayah Siguiri. Lebih 100 orang dimasukkan ke wad sejak permulaan aktiviti kami.

Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Nigeria, pasukan kami menjalankan pusingan pertama kempen vaksinasi pencegahan di kawasan kesihatan Kantché dan Amsoudou pada awal September, memberi vaksin kepada hampir 48,500 orang. Pusingan kedua vaksinasi akan dilakukan pada awal Oktober.

Bilangan kes yang disyaki di negara lain di rantau ini menambah keperluan untuk meningkatkan akses kepada ubat antitoksin dan inisiatif vaksinasi.

Categories