Skip to main content

Mali: Orang ramai dalam risiko serius apabila keganasan meningkat

Doctors Without Borders team evacuates emergency patient to Mopti regional hospital. Mali, 2023. © Lamine Keita/MSF

Pasukan Doctors Without Borders memindahkan pesakit kecemasan ke hospital wilayah Mopti. Mali, 2023. © Lamine Keita/MSF

Persaingan antara pelbagai pihak yang terbabit konflik menyekat akses orang ramai kepada penjagaan kesihatan. Pada minggu 27 November 2023, Doctors Without Borders terpaksa memindahkan pasukannya dari Nampala ke bandar Niono, di wilayah Ségou, berikutan organisasi itu tidak lagi dapat memastikan keselamatan mereka.

Ahli komuniti setempat, sama ada pesakit dan rakan sekerja, menyampaikan kami tentang kematian dan kecederaan di kampung serta dusun Toulé dan Toladji. Doctors Without Borders adalah organisasi perubatan terakhir yang masih beroperasi di bandar Nampala.

Tentera Mali, dengan sokongan rakan Russianya, sedang berperang dengan kumpulan bersenjata separa tentera di tengah dan utara Mali. "Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kami terpaksa memindahkan beberapa pasukan kami dan menghentikan sebahagian aktiviti perubatan tertentu di wilayah Ségou dan Timbuktu. Kami seringkali menjadi organisasi kemanusiaan terakhir yang bekerja di kawasan sensitif," kata Aissami Abdou, penyelaras operasi.

“Apabila Doctors Without Borders membuat keputusan untuk pergi, puncanya disebabkan keadaan yang menjadi sangat kritikal. Kami prihatin terhadap mereka yang tidak terbabit dalam konflik, begitu juga mereka yang terdedah kepada keganasan dan akses mereka kepada penjagaan kesihatan terjejas. Apabila kami memulakan operasi di Toulé dan Toladji, sesetengah orang memaklumkan kepada kami bahawa mereka tidak bertemu doktor selama tujuh tahun," jelas Aissami Abdou, penyelaras operasi.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, episod keganasan lain turut menyekat akses orang ramai kepada penjagaan kesihatan.

In the malnutrition ward of Douentza hospital, Doctors Without Borders team explains medical dosage to the mother of our young patient. Mali, March 2023. © Lamine Keita/MSF

Di wad malnutrisi hospital Douentza, pasukan Doctors Without Borders menerangkan mengenai dos ubatan kepada ibu seorang pesakit muda. Mali, Mac 2023. © Lamine Keita/MSF

Antara Ogos hingga Disember 2023, Jama'at Nusrat al-Islam wal-Muslimin, JNIM, kumpulan bersenjata separa tentera, menghalang barangan dan keperluan asas daripada memasuki Timbuktu. Bandar dan kawasan sekitarnya hampir tidak boleh diakses melalui darat dan sungai. Disebabkan serangan dan ancaman, pihak berkuasa mengeluarkan perintah berkurung, dan kos sara hidup meningkat manakala catuan makanan dan bahan api dipotong.

"Pengasingan di bandar ini turut memberi kesan kepada beberapa aktiviti Doctors Without Borders," jelas Jean Jacques Nfon Dibie, pengurus projek Doctors Without Borders di Timbuktu.

"Disebabkan kesukaran akses dan keselamatan kurang terjamin, Doctors Without Borders terpaksa mengehadkan aktiviti dan pergerakan, memindahkan sebahagian kakitangan, serta berdepan masalah bekalan ubat, peralatan logistik dan bahan api. Penyeliaan beberapa aktiviti perubatan digantung buat sementara waktu. Ini memberi kesan kepada aktiviti kami.”

“Aktiviti perubatan kita mesti dikekalkan. Kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang cedera mesti dirawat.”

Di Niafounké, juga di wilayah Timbuktu, pasukan Doctors Without Borders dan Kementerian Kesihatan merawat 29 pesakit yang cedera, termasuk dua wanita, di jabatan kecemasan hospital berikutan serangan ke atas kem tentera pada Jumaat, 24 November. Untuk merawat yang cedera, Doctors Without Borders membantu dalam melakukan saringan terhadap merekas yang tercedera mengikut keseriusan keadaan mereka dan menyediakan ubat serta bahan perubatan.

Pada bulan September, sebuah kenderaan Doctors Without Borders yang mengangkut pesakit yang dirujuk dari Hombori ke Douentza telah ditembak di Mopti. Kenderaan itu membawa seorang wanita hamil yang mana, disebabkan komplikasi, telah dirujuk ke hospital Douentza. Wanita hamil itu ditemani ibunya, yang terbunuh, manakala dia dan dua penumpang lain cedera.

Kemalangan meragut nyawa yang membabitkan alat letupan juga semakin kerap berlaku. Pada malam Sabtu 22 hingga Ahad 23 Oktober, tiga kenderaan tapak pesta yang pulang dari pasar meletup akibat bahan letupan di tiga lokasi berbeza di jalan Gossi - Hombori di tengah Mali. Lapan terbunuh serta-merta dan kira-kira empat puluh cedera, termasuk 11 dengan kecederaan serius, mereka semua dimasukkan ke pusat kesihatan komuniti Hombori di mana pasukan Doctors Without Borders bekerja.

Keadaan keselamatan secara umum di tengah dan utara negara membimbangkan. Keganasan memberi kesan kepada penduduk, yang mendapati diri mereka terperangkap, dan Doctors Without Borders tidak terkecuali.

Kami mengingatkan semua pihak yang terbabiot konflik bahawa kakitangan kami, ambulans kami dan struktur kesihatan kami mesti dihormati dan dijauhi. Misi kami dilaksanakan dengan mematuhi etika perubatan, yang secara khusus melaksanakan kewajipan untuk menyediakan rawatan tanpa ancaman serta untuk membantu mana-mana pihak dalam bahaya, dengan perikemanusiaan, kesaksamaan dan menghormati kerahsiaan perubatan. Aktiviti perubatan kami mesti dikekalkan. Kanak-kanak, wanita hamil dan yang cedera mesti dirawat.
Aissami Abdou, Penyelaras operasi

Doctors Without Borders telah berada di Mali sejak 1985. Pada 2022, Doctors Without Borders menjalankan 552,800 konsultasi pesakit luar, kemasukan 68,000 orang ke hospital, melakukan 1,830 operasi pembedahan, dan merawat 900 pesakit kerana keganasan fizikal yang disengajakan dan kecederaan perang. Perkhidmatan kami termasuk penjagaan ibu (konsultasi, bersalin dan pembedahan Caesarean), pediatrik, neonatologi, kesihatan mental, pencegahan (vaksinasi dan promosi kesihatan), pemeriksaan dan rawatan kanser, perlindungan, bantuan untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal (kit bukan makanan, akses kepada air , dan pembinaan tandas), pembinaan dan pemulihan kemudahan kesihatan, serta rujukan pesakit ke kemudahan kesihatan yang sesuai.