Maghribi digegarkan gempa bumi kuat
Kesan kerosakan di bandar bersejarah Marrakech, susulan gempa bumi kuat melanda Maghribi. Maghribi, September 9, 2023. © REUTERS/Abdelhak Balhaki
Doctors Without Borders amat bersedih dengan berita tragis gempa bumi yang melanda Maghribi serta jumlah mangsa yang ramai yang sudah sedia dilaporkan. Doctors Without Borders tidak berada di Maghribi, namun kami sedang membina hubungan bersama pihak berkuasa tempatan dan sudah menghantar pasukan dengan segera ke Maghribi untuk menilai keperluan penduduk serta melihat apakah bantuan kami diperlukan.
Sepertimana semua gempa bumi, pencarian mangsa di bawah runtuhan menjadi keutamaan, dan fasa ini selalunya dikendalikan penduduk setempat. Komunikasi dan laluan bekalan juga perlu dikembalikan dengan segera, memandangkan ia suatu keperluan untuk memastikan penghantaran bekalan bantuan dari luar ke kawasan terjejas. Dalam konteks ini, kita perlu memastikan rawatan terhadap mereka yang cedera dan tindakan perubatan dilakukan dengan cepat seperti pembedahan atau dialisis, yang mana ia boleh jadi mencabar apabila kapasiti kesihatan tempatan terjejas teruk akibat bencana. Memulihkan perkhidmatan kesihatan dan mengagihkan barangan keperluan juga boleh menjadi keutamaan. Oleh itu campur tangan kami akan bergantung pada keputusan penilaian awal di tapak ini.
Pasukan Doctors Without Borders tiba di lokasi dan sedang menilai keperluan, mereka akan melakukan koordinasi bersama pihak berkuasa tempatan untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu. Maghribi, September 2023. © John Johnson/MSF
Pasukan Doctors Without Borders tiba di lokasi dan sedang menilai keperluan, mereka akan melakukan koordinasi bersama pihak berkuasa tempatan untuk melihat bagaimana mereka boleh membantu. Maghribi, September 2023. © John Johnson/MSF
Pasukan Doctors Without Borders sedang menilai keperluan di kampung Taharat, selepas gempa bumi kuat melanda pusat Maghribi. Morocco, September 2023. © John Johnson/MSF
Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?
Bantu kami menyediakan rawatan perubatan menyelamatkan nyawa ketika kecemasan, seperti di Maghribi dan seluruh dunia, dengan melakukan sumbangan hari ini.