Skip to main content

Lubnan: Kekurangan air selamat dan sanitasi mengancam keupayaan untuk membendung penularan taun

MSF teams vaccinating against cholera in Lebanon. Lebanon, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Pasukan Doctors Without Borders memberikan vaksin untuk mencegah taun di Lubnan. Lubnan, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak


Akibatnya, orang ramai bergantung kepada lori air yang tidak menentu untuk mendapatkan bekalan air mereka. Dibatasi krisis kewangan, pihak lain, terutamanya di kawasan yang terlalu sesak dan miskin yang tidak mampu membayar untuk bekalan air persendirian, mendapatkan sumber air daripada sungai dan kolam yang tercemar untuk menampung keperluan mereka. Pada masa sama, kekurangan bekalan perubatan dan diagnostik menghalang keupayaan orang ramai untuk mengakses penjagaan hospital. 

Sejak awal wabak, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières  (MSF) telah meningkatkan usahanya di negara ini untuk menyokong dalam membendung wabak dan merawat pesakit. 

“Pengalaman Doctors Without Borders bekerja di lebih 70 negara yang menghadapi krisis kecemasan perubatan, seperti taun, selama 50 tahun lalu membolehkan kami bertindak pantas dan meletakkan strategi komprehensif untuk memberikan sokongan kami kepada pihak berkuasa kesihatan negara, dan orang ramai di Lubnan, dalam perjuangan mereka menentang taun," kata Dr Caline Rehayem, Penyelaras Perubatan Doctors Without Borders di Lubnan.

"Kami tahu hakikat bahawa taun bukanlah suatu yang rumit untuk dikendalikan, selagi alat yang betul tersedia: dari pencegahan, kepada rawatan", tambahnya.

Sejak mengisytiharkannya sebagai wabak pada 6 Oktober, 19 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit itu, dengan jumlah yang disahkan dan disyaki meningkat kepada 3,671 pada 16 November 2022.

MSF teams vaccinating against cholera in Lebanon. Lebanon, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Pasukan Doctors Without Borders teams berjalan di kawasan kejiranan ketika kempen pemberian vaksin taun di Lubnan. Lubnan, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Bertindak Balas Terhadap Wabak: Rawatan Pesakit dan Vaksinasi

Di Lembah Bekaa, Doctors Without Borders menyediakan satu unit di hospitalnya di Bar Elias untuk menerima dan merawat pesakit taun dengan kapasiti 20 katil, yang mana ia boleh ditambah apabila keperluan meningkat. Sejak dibuka pada 31 Oktober, kami menerima 33 pesakit di unit rawatan taun kami. Penyesuaian diperlukan dilakukan kepada unit terbabit untuk memastikan bahawa perkhidmatan lain di hospital, terutamanya untuk pembedahan penting dan penjagaan luka, boleh terus berjalan. Doctors Without Borders juga membuka hospital lapangan dengan kapasiti 20 katil tidak lama lagi di Arsal, kawasan di timur laut Lubnan di mana hospital awam terdekat terletak sekurang-kurangnya 40 kilometer jauhnya.

Untuk mengehadkan penyebaran penyakit itu, Doctors Without Borders memberikan vaksin taun di Arsal, Tripoli, Akkar dan Baalback- Hermel di utara dan timur laut Lubnan sebagai sebahagian daripada kempen vaksinasi nasional selama tiga minggu yang dilancarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.


Doctors Without Borders memberi tumpuan kepada kawasan yang miskin dan sesak di mana penyakit seperti taun boleh merebak dengan lebih cepat, menjadikan risiko mereka yang tinggal di sana lebih tinggi. Dalam satu minggu, pasukan kami berjaya memberi vaksin kepada 14,224 orang dengan sasaran keseluruhan 150,000 orang.

Aktiviti vaksinasi itu sebagai sebahagian daripada usaha diselaraskan antara Kementerian Kesihatan Awam, organisasi antarabangsa dan tempatan untuk mentadbir 600,000 vaksin taun yang diterima oleh Lubnan, sebagai perolehan fasa pertama, untuk memerangi wabak taun yang diisytiharkan baru-baru ini di negara itu. 

MSF teams vaccinating against cholera in Lebanon. Lebanon, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Seorang lelaki menerima vaksin taun diberikan pasukan Doctors Without Borders di Lubnan. Lubnan, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Menyebarkan kesedaran dalam komuniti & melatih petugas penjagaan kesihatan

Memandangkan kes taun terakhir direkodkan di Lubnan pada 1993, meningkatkan kesedaran tentang cara penyakit itu merebak dan cara merawatnya, merupakan langkah penting untuk membendung penyakit itu. Pasukan Doctors Without Borders bergerak dari pintu ke pintu di Lembah Bekaa, utara, dan timur laut Lubnan merentasi kawasan kejiranan, melawat rumah, kedai dan kem secara aktif mendekati orang ramai untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit dan langkah-langkah pencegahan untuk diambil. 

"Kami menyediakan latihan kepada petugas penjagaan kesihatan dan pekerja kesihatan komuniti membabitkan pelbagai aktor dalam usaha menyokong sistem penjagaan kesihatan dan komuniti untuk menghadapi wabak itu", kata Dr Caline Rehayem.
 
Setakat ini, kami menyediakan lebih daripada 17 latihan kepada gabungan 148 kakitangan perubatan dan paramedik. 

MSF teams preparing the vaccines for the vaccination campaign against cholera in Lebanon. Lebanon, November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Pasukan Doctors Without Borders menyediakan vaksin untuk kempen menentang taun di Lubnan. Lubnan, , November 2022. © MSF/Mohamad Cheblak

Langkah pencegahan dan rawatan pesakit penting, namun tidak mencukupi

Meningkatkan langkah pencegahan taun, vaksinasi dan penjagaan pesakit semuanya adalah elemen kritikal apabila bertindak balas terhadap wabak taun. Bagaimanapun, kes taun dan penyakit berjangkit bawaan air lain dijangka kerap muncul semula dan merebak lebih teruk jika tiada tindakan bermakna diambil untuk memastikan akses rakyat kepada air minuman dan perkhidmatan sanitasi yang selamat di negara ini. 

Ia fakta saintifik. Taun merebak apabila menelan bakteria yang berasal najis - Vibrio cholerae - yang terdapat dalam air kotor atau bertakung, dan untuk ia dibendung dengan betul, punca masalah mesti diselesaikan. Jika tidak, infrastruktur air semasa yang teruk di Lubnan akan terus mendedahkan penduduk kepada penyakit yang berpunca daripada pencemaran seperti taun.
Marcelo Fernandez, Ketua Misi
Categories