Hanyut Di Lautan
"Hanyut Di Lautan" adalah animasi pendek menyentuh perasaan yang dihidupkan melalui usaha kerjasama Doctors Without Borders dan Noon Films (berpangkalan di Barcelona, Sepanyol). Filem penuh emosi ini memaparkan realiti pahit dihadapi penduduk Rohingya ketika mereka melalui perjalanan berbahaya untuk mencari keselamatan.
Filem ini mendapat inspirasi daripada pengalaman sebenar Muhib, seorang lelaki Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar, melalui pelayaran laut berbahaya untuk mencari perlindungan di Malaysia. Malangnya, Muhib bersama yang lain akhirnya terkandas di atas bot nelayan di Laut Andaman, di mana mereka menyaksikan 27 nyawa hilang, menggambarkan risiko besar dihadapi mereka yang melarikan diri daripada konflik dan penganiayaan.
Menerima pengiktirafanantarabangsa, naratif yang berkuasa telah meraih anugerah berprestij, termasuk Festival Filem Antarabangsa Heroes di Rom untuk Filem Pendek Antarabangsa Terbaik dan MUSOC (Festival untuk Pawagam Sosial dan Hak Asasi Manusia, Asturias): Anugerah Chema Castiello Ke-4 untuk Filem Pendek Terbaik dengan kesesuaian dari segi sosial dan kapasiti cemerlang untuk digunakan dalam bilik darjah buat penonton lebih muda. Penghargaan ini menekankan impak mendalam filem itu dan kepentingan kemanusiaan yang kekal dalam dunia pawagam global.
Filem ini tersedia dalam Bengali, Burmese, Rohingyalish, Rohingya, Simplified Chinese, Traditional Chinese, Thai, and English.