Skip to main content

Afrika Selatan: Muzik – ubat yang tidak dapat diberi oleh seorang doktor

Music – medicine a doctor can't prescribe

Pada 11 hingga 13 April, banjir teruk dan tanah runtuh disebabkan hujan lebat menjejaskan selatan dan tenggara Afrika Selatan, khususnya wilayah KwaZulu-Natal dan Eastern Cape. Pihak berkuasa kebangsaan memaklumkan lebih 450 nyawa terkorban dan lebih 40,000 kehilangan tempat tinggal. Sebilangan besar yang kehilangan tempat tinggal masih berlindung di balai raya, sekolah dan gereja.

Doctors Without Borders mula menyediakan perkhidmatan perubatan serta kemudahan air dan sanitasi kepada lebih 30 tempat perlindungan sejurus banjir kilat yang mengundang bencana melanda. Semasa lawatan komuniti pertama pasukan kami, ramai yang trauma masih terkapai-kapai akibat kehilangan ahli keluarga dan rumah serta memerlukan kaunseling.

Kaunselor berdaftar yang bekerja untuk Doctors Without Borders, bersama-sama beberapa doktor dan jururawat Doctors Without Borders, menyertai tindak balas jangkauan Jabatan Kesihatan dan memberikan kaunseling serta bantuan kemahiran situasi itu kepada penghuni pusat perlindungan dan ahli masyarakat sekitar, namun keperluan untuk sokongan kesihatan mental belum dipenuhi.

Kaunselor kami mendapati orang ramai cuba mencari cara mereka sendiri untuk mengatasi situasi sebaik mungkin. Salah satu cara mereka lakukan adalah melalui lagu. Kebanyakan yang berlindung di pusat perlindungan ini adalah masyarakat Zulu dan berkongsi bahasa serta budaya sama, termasuklah latar belakang muzik mereka. Di beberapa tempat perlindungan, semua orang, dari nenek hinggalah kanak-kanak kecil, seringkali berjaga dan menyanyi sehingga malam.

Pada Mei, perjumpaan secara kebetulan antara Sean Christie dan Menzi Mngoma, penyanyi opera dari KwaZulu-Natal, menyuntik benih intervensi muzik yang inovatif sebagai sebahagian daripada strategi perubatan dan kesihatan mental Doctors Without Borders yang lebih luas untuk menangani keperluan penjagaan kesihatan segera penghuni pusat perlindungan.

“Saya menggunakan khidmat Uber untuk pulang dari salah satu pusat perlindungan dan pemandu Uber bertanya sama ada saya mahukan hiburan secara langsung. Dia terus menyanyi dan dia mempunyai suara opera yang paling luar biasa. Kami kemudian mula bercakap tentang peranan muzik dalam hidupnya dan dalam budaya Zulu, terutamanya peranan utama muzik pada masa berkabung,” kata Sean Christie.

Sebelum COVID-19, Menzi Mngoma menyanyi untuk penumpang lain yang kemudian bertanyakan jika dia boleh merakamnya. Video itu tular dan dia mula membuat persembahan di peringkat antarabangsa, namun pandemik menjejaskan kerjaya operanya yang semakin meningkat sebelum dia kembali memandu Uber. 

Nasib baik, salah seorang pemandu Doctors Without Borders di kawasan itu, Themba Mncube, juga pemain 'keyboard’ yang berbakat. Beliau dan Menzi Mngoma bersama seorang kaunselor Doctors Without Borders, Nokuthula Shandu, berpadu tenaga untuk meneroka cara mereka bentuk program muzik.

“Program ini dibangunkan bersama penduduk di pusat perlindungan, mereka membentuk struktur program dan menghasilkan cadangan untuk lagu-lagu yang akan dimuatkan. Dalam hanya satu malam, ramai yang mempunyai pekerjaan dan berdikari terpaksa beralih kepada tinggal di tempat perlindungan dan bergantung kepada orang lain untuk hampir segala-galanya. Satu rasional dalam campur tindakan intervensi ini adalah untuk membuatkan mereka kembali merasa terkawal, "kata Sean Christie.

Program ini pertama kali dilancarkan di tempat perlindungan InterZuma di mana Sean Christie dan Menzi Mgoma pertama kali bertemu. Kini, ia sedang diperluaskan ke enam pusat perlindungan lain dan Doctors Without Borders sedang berbincang dengan Jabatan Kesihatan mengenai kemungkinan mereka mengambil alih program itu dan memperluaskannya ke lebih banyak pusat perlindungan. 

“Muzik membantu orang ramai mengalihkan pemikiran daripada keadaan semasa mereka untuk seketika dan memproses perasaan masing-masing. Muzik juga merangsang minda. Kami gembira melihat bagaimana penduduk di pusat perlindungan membina seni kreatif dalam bentuk lain ke dalam program ini, ada yang menulis puisi dan yang lain pula mempersembahkan sketsa pendek," kata Dr Mani Thandrayen, Ketua Pasukan Perubatan Doctors Without Borders di Durban, sambil menambah program itu sangat diminati khususnya oleh kanak-kanak. 

Ramai kanak-kanak yang menetap di pusat perlindungan, dan pada awal tindak balas, ibu bapa dan juga kaunselor Doctors Without Borders membangkitkan kebimbangan kerana terlalu sedikit boleh mereka lakukan di sana. Selain muzik, Doctors Without Borders juga menganjurkan perlawanan bola sepak dan menyediakan mainan untuk kanak-kanak.

Perubahan cuaca dijangka memburukkan lagi kekerapan, keamatan dan impak beberapa jenis kejadian cuaca ekstrem, termasuk banjir. Peristiwa ini menimbulkan ancaman yang semakin meningkat kepada kesihatan mental dan kesejahteraan psikososial.

Kita perlu mengambil kira aspek kesihatan mental disebabkan bencana alam ke dalam perancangan kecemasan kita – aspek ini memerlukan inovasi. Di banyak tempat, kaunselor terlatih tidak mencukupi untuk memberikan sokongan individu kepada orang ramai dan memenuhi keperluan kesihatan mental yang semakin meningkat. Dalam tetapan ini, khususnya, pendekatan inovatif yang membantu memberikan sedikit kelegaan semakin diperlukan.
Sean Christie, Koordi. Pasukan Kecemasan