Noma di Nigeria: Kisah Ado dan Ifeoma
Muhammad Lawal Abubakar (tengah, dengan topi merah jambu dan biru) melakukan pembedahan noma yang mengubah hidup bersama pasukan di Sokoto © Charlotte Lee/MSF
Pesawat kami mengelilingi lapangan terbang sekali lagi, namun ia tidak turun.
Di atas kapal terbang terdapat empat pakar bedah, seorang pakar bius dan ahli lain dalam kalangan kakitangan Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF). Di bawah, di sebalik jerebu dan debu Harmattan yang tebal, terletak bandar Sokoto, di mana lebih empat puluh penghidap noma yang terselamat, kebanyakannya kanak-kanak, sedang menunggu untuk pembedahan.
Akhirnya, juruterbang membuat pengumuman: jarak penglihatan yang lemah bermakna tiada ruang untuk mendarat. Kami perlu kembali ke Abuja.
Saya seorang konsultan pakar bedah plastik dari Zaria, Nigeria. Dalam tugas biasa saya, saya bekerja di hospital awam, terutamanya dalam pembedahan rekonstruktif selepas trauma atau tumor. Bagaimanapun, bila-bila masa jika mampu, saya menyertai pakar pembedahan dari seluruh dunia dan menyertai projek noma Doctors Without Borders di Sokoto.
Noma
Walaupun projek noma menawarkan rawatan perubatan, kaunseling dan fisioterapi sepanjang tahun, pembedahan dilakukan dalam "intervensi" intensif selama dua minggu, yang berlaku tiga atau empat kali setahun.
Dua hari lagi sebelum cuaca cerah dan kami boleh melakukan penerbangan singkat dari ibu negara.
Biasanya, hari pertama intervensi ialah rehat, tetapi kami sudah kehilangan terlalu banyak masa. Kami meletakkan beg di rumah tetamu dan terus ke hospital. Kami ada kerja yang perlu dilakukan.
Ado
Salah seorang penghidap noma pertama yang terselamat yang kami lihat adalah ialah Ado* yang berusia enam tahun. Dia mempunyai fistula mulut yang besar - pada dasarnya lubang pada bahagian mukanya. Air berterusan keluar darinya.
Ado sangat pendiam pada pertemuan awal kami. Ibu bapanya menjelaskan bahawa bercakap akan menyebabkan air liur keluar dengan lebih teruk, oleh sebab itu gadis kecil terbabit bersikap terlalu menyendiri.
Tiada siapa yang mahu bermain dengannya. Dia bercakap hanya dalam satu suku kata. Dia tidak lagi pergi ke sekolah.
Saya bersama pasukan segera memikirkan pilihan. Bagaimana kami boleh melakukan pembinaan semula sebaik mungkin supaya Ado mempunyai peluang untuk kehidupan yang lebih baik?
Sebagai pakar bedah plastik, dalam mana-mana pembedahan, anda mempunyai imej tiga dimensi dalam fikiran anda yang ingin anda cipta semula. Tiada orang lain yang dapat melihatnya, kecuali rakan sekerja pakar bedah anda sudah tentu, yang merupakan sebahagian daripada proses perancangan.
Tugas kami menyelamatkan nyawa
Bersama-sama, tugas anda adalah untuk berfikir ketika anda bekerja, membentuk wajah mengikut acuan imej itu. Semasa kami bekerja, kami membuat pelarasan sekiranya perlu, meminda imej yang sedang kami usahakan.
Bagi Ado kami memilih prosedur mudah yang dipanggil flap cervicofacial.
Kami mengambil sebahagian daripada kulit lembut pada lehernya dan mengalihkannya ke atas melalui pembedahan, melipatnya untuk membentuk kedua-dua iaitu pipi dan lapisan mulut. Fistula ditutup sepenuhnya.
Semuanya berjalan lancar. Ado tidak akan dibenar pulang sehingga dia menjalani pemeriksaan selepas pembedahan, namun dia sudah kelihatan lebih gembira, bermain dengan kanak-kanak lain.
Ifeoma
Saya berharap ini akan menjadi satu-satunya pembedahan yang Ado perlukan. Namun bagi mangsa noma yang terselamat yang mempunyai kecacatan berganda atau luas, kami perlu melakukan pembedahan secara berperingkat. Itulah yang berlaku kepada Ifeoma*.
Melengkapkan semua peringkat pembedahan boleh mengambil masa bertahun-tahun, kerana beberapa bahagian muka, seperti hidung, hanya boleh dibina semula setelah seseorang itu dewasa sepenuhnya.
Ia boleh menjadi sangat sukar bagi pesakit muda yang menghadapi stigma yang ketara, jadi pasukan
Sokoto memberikan kaunseling untuk membantu mangsa yang terselamat memahami bahawa kami tidak menolak pembedahan mereka, tetapi kami perlu menunggu untuk memastikan hasil yang lebih baik.
Muhammad Lawal Abubakar mengetuai pasukan pembedahan di projek noma Doctors Without Borders. © Claire Jeantet - Fabrice Caterini/INEDIZ
Ifeoma adalah seorang wanita muda yang terjejas teruk akibat noma. Selepas beberapa pembedahan sebelum ini, dia melalui peringkat akhir pembinaan semula hidung tahun lalu.
Dengan pembedahan yang begitu rumit mungkin terdapat komplikasi, jadi apabila saya melihatnya di Hospital Sokoto, apa yang terlintas di fikiran saya serta-merta ialah masalah pembedahan yang berpotensi dan bagaimana kami boleh membantu.
Impian dan aspirasi
Mereka yang terselamat daripada Noma sama seperti orang lain. Mereka mempunyai impian. Mereka mempunyai aspirasi. Sebagai pasukan pembedahan, kami mungkin tidak dapat menyembunyikan sepenuhnya fakta bahawa ya, mereka telah menghidap penyakit, dan ya, mereka telah menjalani pembinaan semula.
Matlamat kami dengan pembedahan adalah untuk membenarkan mangsa yang terselamat daripada noma untuk bergerak melalui kehidupan dengan seberapa sedikit gangguan fungsi yang mungkin, serta menghadapi kurang stigma, supaya noma tidak menghalang mereka daripada mencapai perkara yang mereka inginkan.
Apabila saya memikirkan tentang keyakinan baru Ifeoma, atau Ado akhirnya bermain dengan kanak-kanak lain, saya rasa seperti kami mencapai matlamat kami.
Ini perjalanan yang sangat sengit. Kerana hari-hari yang hilang, kami terpaksa memendekkan tugas kami, bekerja lebih lama dan mengambil lebih banyak kes setiap hari. Namun semangat berpasukan tinggi, kami semua didorong oleh mangsa yang terselamat dari noma yang tidak sabar menunggu pembedahan mereka. Sekarang kami letih tetapi gembira.
Intervensi seterusnya adalah pada Jun. Saya berharap dapat kembali, bersama ahli pasukan yang lain. Saya sudah pun tidak sabar menantikannya.
*Nama sudah ditukar
Kisah ini diceritakan seorang pakar bedah Nigeria Muhammad Lawal Abubakar yang berkongsi pengalamannya, serta perjalanan dua anak muda noma yang terselamat. Ia diterbitkan di laman web msf.org.uk pada 2022.
A consultant plastic surgeon from Zaria, Nigeria. In his regular job he works in a public hospital, mainly on reconstructive surgery after trauma or tumours. Whenever he can, he joins surgical specialists from around the world and travel to Doctors Without Borders noma project in Sokoto.