Skip to main content

Sudan: Krisis zat makanan semakin gawat di Darfur Selatan

MSF staff offloading the truck to prepare for the distribution in outskirts of Nyala, South Darfur.

Staf Doctors Without Borders sedang memunggah muatan lori bagi persiapan agihan bantuan di pinggir Nyala, Darfur Selatan. Sudan, Februari 2025. © Hani Dweik/MSF

Kanak-kanak bawah lima tahun serta ibu hamil dan yang menyusu merupakan antara kumpulan paling terdedah dalam krisis kekurangan zat makanan yang semakin memburuk ini. Sepanjang tahun 2024, lebih 7,200 kanak-kanak bawah umur lima tahun serta ibu hamil dan yang menyusu dari Nyala dan kawasan sekitarnya telah dimasukkan ke dalam program pemakanan pesakit luar kendalian Doctors Without Borders akibat kekurangan zat makanan yang serius. Dengan akses terhad kepada makanan berkhasiat, golongan ini berisiko tinggi mengalami kekurangan zat makanan akut yang teruk (SAM), yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Kehadiran kemanusiaan terhad, keperluan semakin meningkat

Kekurangan aktiviti bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh agensi-agensi PBB dan ketiadaan tindak balas yang sepadan dengan tahap keperluan menyukarkan usaha untuk menangani krisis makanan dan keseluruhan situasi kemanusiaan di Darfur Selatan dan seluruh Sudan. Kekangan ini membawa kepada kekurangan sumber yang berterusan—mengakibatkan jurang besar dalam perkhidmatan menyelamatkan nyawa, terutamanya dalam rawatan kekurangan zat makanan.

Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) telah memulakan sokongan pemakanan kecemasan di beberapa kawasan paling terjejas. Namun dalam keadaan semasa, pasukan kami berdepan tekanan besar untuk memperluaskan dan meneruskan usaha ini.

People load parcels of food onto a camel in Kaloketting, South Darfur.

Orang ramai memuatkan bungkusan makanan ke atas unta di Kaloketting, Darfur Selatan. Sudan, Mac 2025. © Hani Dweik/MSF

 

Tindak balas pemakanan yang semakin tertekan

Pada Disember lalu, Doctors Without Borders mula mengagihkan bungkusan makanan kepada keluarga kanak-kanak serta ibu hamil dan menyusu yang terlibat dalam program rawatan kekurangan zat makanan kami. Usaha ini bertujuan memberi sedikit kelegaan jangka pendek kepada mereka yang paling terkesan akibat krisis keselamatan makanan—terutamanya ketika situasi ekonomi terus merosot.

Di Darfur Selatan, komuniti tempatan terdedah kepada keganasan melampau. Ramai telah dipaksa lari meninggalkan kediaman mereka—dan wanita khususnya sering terpaksa menjaga keluarga besar secara bersendirian, terputus daripada sumber pendapatan dan sokongan. Dalam keadaan terdesak, orang ramai berdepan kesukaran untuk memenuhi keperluan asas harian.

"Bagi mengurangkan kejadian di mana makanan terapi kanak-kanak dikongsi bersama ahli keluarga lain yang kelaparan, kami turut menyediakan bekalan makanan kepada keluarga selama dua bulan," kata Hunter McGovern, Penyelaras Projek Agihan Makanan Sasaran Doctors Without Borders di Darfur Selatan.

One of the many mothers admitted to Doctors Without Borders' program to care for lactating and pregnant women suffering from severe malnutrition, stands in line waiting for her turn to receive the food basket in Nyala, South Darfur.

Salah seorang daripada ramai ibu yang dimasukkan ke dalam program Doctors Without Borders bagi merawat wanita hamil dan menyusu yang mengalami kekurangan zat makanan teruk, berdiri beratur menunggu giliran untuk menerima bakul makanan di Nyala, Darfur Selatan. Sudan, Februari 2025. © Abdoalsalam Abdallah

"Ini membolehkan kanak-kanak menjalani rawatan pemakanan sepenuhnya sambil memperbaiki tahap pemakanan seluruh keluarga. Namun walaupun aktiviti ini sedang dijalankan, keperluan di lapangan masih amat luar biasa," tambah McGovern.

Tindak balas Doctors Without Borders melibatkan agihan makanan sebanyak 2,000 kalori sehari bagi setiap individu, dengan anggaran lima orang sekeluarga, untuk tempoh dua bulan. Program ini bertujuan memastikan seluruh keluarga mendapat makanan yang mencukupi, seterusnya menyokong proses rawatan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan sehingga mereka mencapai berat badan sihat.

"Semasa agihan kami, didapati purata saiz keluarga jauh lebih besar daripada yang dirancang—ada yang mencecah sepuluh orang serumah. Ini menunjukkan betapa seriusnya krisis kekurangan makanan yang sedang berlaku dan betapa banyak lagi bantuan diperlukan untuk memenuhi keperluan sebenar masyarakat," kata McGovern. Orang ramai sanggup merantau apabila mendengar saudara mereka menerima bantuan makanan—tanda jelas betapa gentingnya krisis pemakanan di lapangan.

Keperluan mendesak untuk tindak balas kemanusiaan yang lebih kukuh

Doctors Without Borders terus komited dalam usaha menangani keperluan pemakanan yang mendesak dalam kalangan penduduk yang terkesan akibat konflik di Darfur Selatan. Namun skala krisis ini jauh mengatasi kapasiti organisasi-organisasi yang terhad jumlahnya dan sedang bertungkus lumus memberi respon kepada krisis kekurangan zat makanan ini.

MSF staff offloading the truck to prepare for the distribution in outskirts of Nyala, South Darfur.

Staf Doctors Without Borders sedang memunggah lori bagi persiapan agihan bantuan di kawasan pinggir Nyala, Darfur Selatan. Sudan, Mac 2025. © Hani Dweik/MSF

We are fast approaching the rainy season and the hunger gap, the time of the year when it is most difficult for people in South Darfur to access food and when it is most difficult for humanitarian supplies to reach the state. Supplies for the treatment of malnutrition, and for food distribution programmes, have to be pre-positioned now before communities are cut off. Local responders need funding and support to continue and expand food distribution programmes for their communities. Running food distributions and expanding inpatient and outpatient therapeutic feeding programmes in South Darfur is challenging but possible - and can help prevent needless suffering and mortality.

With food security deteriorating and malnutrition rates rising, urgent action is needed to scale up humanitarian assistance and ensure that children and families receive the support they desperately need. Without a concerted effort, the crisis will only deepen, putting countless lives at risk.



Sudikah anda menyokong usaha kami?

Bantulah kami menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan dengan menyumbang hari ini.