Selatan Lubnan: Kematian, kecederaan dan kerosakan besar susulan serangan udara Israel di Sour (Tyre)
Pemandangan kerosakan di Hospital Jabal Amel susulan serangan Israel yang berlaku pada 1 Jun di Sour (Tyre), selatan Lubnan. Lubnan, 2026. © MSF
Menurut Kementerian Kesihatan Awam, serangan itu setakat ini telah mengorbankan empat nyawa dan mencederakan 127 orang, termasuk 39 staf hospital. Daripada jumlah staf yang cedera, empat berada dalam keadaan kritikal dan masih menerima rawatan di unit rawatan rapi. Usaha mengeluarkan mayat dari runtuhan masih diteruskan, dan jumlah korban serta mereka yang cedera berkemungkinan terus meningkat.
Serangan itu turut menyebabkan kerosakan teruk pada Hospital Jabal Amel, termasuk jabatan pesakit dalam, jabatan radiologi dan unit rawatan rapi. Satu dinding bilik pembedahan rosak teruk sehingga meninggalkan lubang besar, manakala pasukan perubatan terpaksa segera memindahkan separuh daripada baki pesakit di unit rawatan rapi ke wad lain bagi memastikan keselamatan mereka.
Serangan yang berulang kali berlaku ini mencerminkan kegagalan serius untuk melindungi misi perubatan, sekali gus menegaskan keperluan mendesak untuk melindungi orang awam, staf perubatan, fasiliti kesihatan serta akses berterusan kepada rawatan yang menyelamatkan nyawa.Omar Ebeid, Penyelaras Projek Doctors Without Borders di Selatan Lubnan
Pemandangan kerosakan di dalam Hospital Jabal Amel susulan serangan Israel yang berlaku pada 1 Jun di Sour (Tyre), selatan Lubnan. Lubnan, 2026. © MSF
Sehari sebelumnya, Hospital Hiram yang terletak berhampiran — sebuah lagi fasiliti yang disokong oleh Doctors Without Borders — turut menjadi sasaran serangan udara Israel. Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, 13 petugas kesihatan cedera dalam serangan itu. Insiden-insiden ini berlaku ketika keganasan meningkat mendadak sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan pinggir selatan Beirut sekali lagi dikenakan arahan pemindahan oleh Israel pada Isnin, susulan arahan pemindahan menyeluruh yang dikeluarkan pada Ahad melibatkan seluruh wilayah selatan hingga ke Sungai Zahrani.
“Serangan berulang kali ini mencerminkan kegagalan serius untuk melindungi misi perubatan, sekali gus menegaskan keperluan mendesak untuk melindungi orang awam, staf perubatan, fasiliti kesihatan serta akses berterusan kepada rawatan yang menyelamatkan nyawa,” kata Omar Ebeid, Penyelaras Projek Doctors Without Borders di Selatan Lubnan.
Sudikah anda menyokong usaha kami?
Bantulah kami menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan dengan menyumbang hari ini.