Breadcrumb
- Home
- Profesional Kesihatan Mental
Profesional Kesihatan Mental
Dalam seksyen ini
Dalam seksyen ini
Profil diperlukan segera
Sebagai profesional kesihatan mental, anda akan memainkan peranan penting dalam projek Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) dalam konteks program kecemasan dan jangka panjang. Di lapangan, anda mungkin memberikan sokongan kepada mereka yang berdepan kekerasan seksual, menderita akibat konflik, wabak / pandemik atau akibat bencana alam.
Pengalaman memberi sokongan dalam PTSD dan program berdasarkan trauma sangat dihargai, begitu juga pengalaman klinikal memberikan sokongan untuk mereka yang menderita penyakit mental teruk.
Syarat Kelayakan
Pematuhan terhadap kriteria penting
Ahli Psikologi/Kaunselor
- Ijazah Sarjana Klinikal sama ada dalam bidang Psikologi atau Kaunseling, dan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman klinikal setelah tamat pengajian, memberikan terapi individu.
- Pengalaman menyelia dan melatih doktor kesihatan mental lain memberi kelebihan.
- Bekerja bersama penterjemah dan/ atau pengalaman dalam persekitaran transbudaya sangat membantu.
Ahli Psikiatri
- Ahli Psikiatri yang dipilih untuk jawatan di lapangan biasanya diperlukan untuk memberikan kombinasi perawatan dan pengawasan pesakit individu serta latihan kepada ahli klinikal yang tidak berpengalaman.
- Ahli klinikal dijangka merawat kebanyakan orang dewasa dalam situasi pesakit luar.
- Pengalaman dalam kesihatan mental kanak-kanak dan remaja amat diperlukan.
- Kami menggunakan protokol disahkan oleh WHO dan ahli psikiatri harus bersedia bekerja dalam persekitaran berpasukan dalam keadaan sumber yang minimum.
- Residen dalam Psikiatri berpengalaman minimum 3 tahun, dengan sekurang-kurangnya 2 tahun dalam psikiatri dewasa
Pekerja Sosial
- Pekerja sosial di MSF mesti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Kerja Sosial klinikal dan sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman klinik kesihatan mental sepenuh masa selepas tamat pengajian, termasuk pengalaman luas dalam memberi kaunseling individu dan keluarga/ kumpulan.
- Pengalaman pengurusan kes klinikal dianggap aset, seperti pengalaman dalam pengawasan dan latihan kaunseling klinikal. Pengalaman menguruskan pasukan klinikal sangat bernilai.
Kejururawatan Kesihatan Mental
- Jururawat Klinikal dengan pengalaman minimum 5 tahun dalam psikiatri klinikal, terutama dalam keadaan pesakit luar, juga boleh dipertimbangkan untuk peranan pakar kesihatan mental.
- Pengalaman dan latihan luas dalam kaunseling diperlukan.
- Pengalaman pengurusan kes, terutama bagi pesakit dengan gangguan mental teruk, sangat dihargai.
- Pengalaman menyelia, melatih dan menguruskan klinik kesihatan mental lain
Anda mahu bekerja di luar negara?
Mulakan proses permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.