Skip to main content

Sebagai pengurus bekalan dengan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF), anda akan mengawal selia pembelian dan pengangkutan bekalan harian, memastikan program kami berjalan lancar. Di lapangan, ini termasuklah pemprosesan pesanan, perolehan, pergudangan, pengangkutan dan koordinasi bersama jabatan kastam. Peranan anda untuk memastikan kestabilan aktiviti bekalan dalam keadaan intervensi biasa dan kecemasan untuk projek-projek berkenaan. Anda juga akan merancang dan mengkaji belanjawan untuk rantaian bekalan bagi tujuan mengenal pasti dan memberi tindak balas terhadap keperluan misi.

Kemahiran anda dalam pengurusan sumber manusia dan komunikasi rentas budaya amat penting, kerana peranan anda merangkumi latihan dan penilaian kakitangan di bawah pengawasan anda.

Syarat Keperluan
  • Pematuhan terhadap kriteria penting
  • Ijazah atau pengkhususan dalam Logistik/Pengurusan Rantaian Bekalan, pengangkutan dan/atau perolehan
  • Pengalaman dalam pengurusan rantaian bekalan (minimum 2 tahun), perolehan dan pengaturan bekalan 
  • Sedia untuk bekerja di lapangan untuk 6+ bulan
Aset
  • Bertutur dalam bahasa Arab atau Perancis

Ahli logistik umum Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) mempunyai kemahiran umum dalam pelbagai bidang teknikal, termasuk mekanik, tenaga dan elektrik, pengurusan perolehan dan bekalan (termasuk rantaian sejuk), pembinaan, air dan sanitasi, penyelesaian masalah IT, peralatan radio dan komunikasi, pergudangan dan pengurusan stok.