Skip to main content

Semua projek kami memerlukan personel yang cekap untuk menyokong kakitangan perubatan dan memastikan aktiviti berjalan dari perspektif pentadbiran. Sebagai individu bertanggungjawab untuk kewangan projek dan/atau sumber manusia (HR), anda akan menjalankan salah satu peranan paling pelbagai dan mencabar dalam pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF). 

Secara umum, pengurus sumber manusia, kewangan dan pentadbiran mungkin memerlukan gabungan pengalaman kewangan dan sumber manusia, bergantung lokasi jawatan itu. Dalam beberapa projek lebih besar, anda mungkin diminta bertanggungjawab hanya untuk HR dan pentadbiran atau kewangan.

Dari aspek kewangan, anda akan bertanggungjawab untuk akaun projek, pengurusan dan keselamatan tunai, kawalan belanjawan dan pelaporan kewangan. Anda akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan mengenai semua isu kewangan projek Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF). Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada pasukan pengurusan negara, mengkoordinasikan sumber kewangan untuk beberapa projek lapangan pada masa yang sama dan menyumbang kepada perbincangan dan keputusan mengenai hala tuju projek.

Dari HR dan pentadbiran, anda akan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan penyedia perkhidmatan berhubung semua pematuhan, isu sumber manusia, dan undang-undang tenaga kerja tempatan. Anda juga akan bertanggungjawab untuk pengambilan, pengurusan pentadbiran (kontrak ,dll.), menangani isu kakitangan (masalah tingkah laku, dll.) serta pelaksanaan strategi HR di seluruh negara yang dikenal pasti untuk projek/misi anda. Di beberapa lokasi, anda mungkin juga diminta melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pembangunan.

Untuk jawatan Pengurus/Penyelaras Sumber Manusia, Kewangan dan Pentadbiran akan ditempatkan sama ada di ibu kota negara tempat kami beroperasi, dengan lawatan kerap ke projek lapangan untuk memahami konteks tempatan lebih baik dan memberikan sokongan berkesan kepada pasukan di lapangan atau dalam projek lapangan itu sendiri.

Syarat Keperluan
  • Pematuhan terhadap kriteria penting
  • Untuk kewangan: pengalaman profesional minimum 2+ tahun dalam perakaunan, penyediaan bajet, perancangan kewangan, kawalan kewangan, pelaporan kewangan, audit, garis panduan kewangan dan pelaporan untuk institusi pembiayaan utama
  • Untuk HR dan pentadbiran: pengalaman profesional minimum 2+ tahun dalam pelbagai jawatan pengurusan pentadbiran, generalis atau teknikal sumber manusia. Pengetahuan mengenai pampasan dan faedah, pembelajaran dan pembangunan adalah aset.
  • Pengalaman dalam pembangunan dasar dan prinsip dalam bidang seperti pengurusan prestasi, gaji kakitangan, cukai, pematuhan, undang-undang buruh
  • Keupayaan bekerja sebagai sebahagian pasukan pengurusan kanan, termasuk tanggungjawab merancang projek
  • Sedia bekerja untuk minimum 6 bulan dan mungkin sehingga 9-12 bulan
Aset
  • Ability to understand and function in different legal environments
  • Bertutur dalam bahasa Arab atau Perancis