Skip to main content

Profil diperlukan segera

Pakar bius diperlukan memandangkan jumlah pembedahan diuruskan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) meningkat di seluruh dunia. Dalam keadaan ini, anda memerlukan fleksibiliti untuk bekerja dengan sumber terhad dan menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin terdiri daripada pesakit trauma hinggalah wanita yang memerlukan pembedahan caesarean. 

Selain bertugas dalam bilik pembedahan, anda juga bertanggungjawab melakukan penilaian pra-operasi dan pemulihan, serta bantuan pasca operasi. Anda juga akan terlibat dalam pengawasan kakitangan nasional yang bekerja di bilik pemulihan dan wad.

Bersedia menerima hakikat bahawa kelengkapan diagnostik dan fasiliti di bilik bedah sangat terhad - mungkin di sana tidak terdapat mesin X-ray.

Syarat Keperluan 
  • Pematuhan terhadap kriteria penting

  • Ijazah dan lesen terkini yang sah 
  • Selesai latihan residensi dalam anestesia 
  • Berpengalaman dalam penyeliaan, pengurusan dan latihan dalam anestesia pediatrik, obstetrik dan trauma dan/atau anestatik disosiasi (contohnya Ketamin) 
  • Pengalaman lanjut dalam anestesia spinal 
  • Ketersediaan untuk sekurang-kurangnya 6-8 minggu

Nota berkaitan ketersediaan dan tempoh notis

  • Bersedia dengan notis singkat (ketika kecemasan kami mungkin memerlukan pakar bius untuk berlepas dalam masa 24 hingga 48 jam)

  • Memandangkan keadaan kecemasan dalam banyak projek kami, pakar bius selalunya diperlukan dengan notis singkat. Namun, bagi sesetengah projek jangka panjang, pengesahan penempatan mungkin boleh dibuat lebih awal. Jika anda benar-benar berminat untuk bekerja dengan kami tetapi mempunyai kerisauan tentang tempoh notis diperlukan, kami menggalakkan anda memohon. Perihal individu anda boleh dibincangkan sebagai sebahagian daripada proses individu.

Anda mahu bekerja di luar negara?

Mulakan proses permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.