Breadcrumb
- Home
- Pakar air dan sanitasi
Pakar air dan sanitasi
Sebagai pakar air dan sanitasi bekerja dengan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF), anda akan merancang, mengkoordinasi, melaksana dan memantau semua aktiviti berkaitan air, kesihatan dan sanitasi (WHS) dalam projek, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: bekalan air, pembuangan kotoran, pengurusan sisa, kebersihan, dan kawalan jangkitan.
Anda akan bekerja dengan pasukan perubatan untuk mengenal pasti keperluan WHS dan menyediakan saranan untuk aktiviti tindak balas. Ini mungkin termasuk menyediakan sokongan teknikal kepada pasukan perubatan dalam mengenal pasti kemungkinan faktor risiko (seperti amalan tingkah laku, sumber jangkitan persekitaran, dan laluan transimi) serta menyarankan solusi untuk kawalan jangkitan. Anda juga akan merancang dan menilai bajet untuk aktiviti WHS bagi mengenal pasti dan memberi maklum balas kepada keperluan misi dan sasaran populasi.
Kemahiran anda dalam pengurusan sumber manusia dan komunikasi rentas budaya amat penting, kerana peranan anda merangkumi latihan dan penilaian kakitangan di bawah pengawasan anda.
Syarat Keperluan
- Pematuhan terhadap kriteria penting
- Kelayakan sama ada dalam hidrologi, kimia, kejuruteraan awam, geologi
- Pengalaman dalam mana-mana pembinaan perigi dan lubang bor, pemantauan kualiti air, pencemaran, pengurusan sisa
- Pengalaman lampau dalam aspek teknikal kerja air dan sanitasi
- Sedia bekerja di lapangan untuk 6+ bulan
Aset
- Pengalaman dalam teknik penapisan air
- Pengalaman WHS dalam Darurat
- Latar belakang atau pengalaman kesihatan awam
- Bertutur dalam bahasa Arab atau Perancis
Ahli logistik umum Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) mempunyai kemahiran umum dalam pelbagai bidang teknikal, termasuk mekanik, tenaga dan elektrik, pengurusan perolehan dan bekalan (termasuk rantaian sejuk), pembinaan, air dan sanitasi, penyelesaian masalah IT, peralatan radio dan komunikasi, pergudangan dan pengurusan stok.