Skip to main content

Jururawat Bilik Pembedahan (OT) kami sering bekerjasama dengan pasukan kecemasan untuk memberi rawatan perubatan kepada mereka yang tercedera di zon konflik atau bencana alam. Sebagai alternatif, anda boleh menyertai pasukan yang menyediakan rawatan pembedahan jangka panjang kepada masyarakat tanpa akses kepada sistem penjagaan kesihatan yang berfungsi. Tidak kira di mana anda bekerja, bersedialah untuk mengetahui bahawa peralatan dan kemudahan diagnostik di bilik operasi akan terhad - bahkan mungkin tidak ada mesin X-ray. 

Sebagai Jururawat OT dengan Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF), anda akan menguruskan OT, bilik pemulihan dan pasukan pensterilan. Kerjasama erat bersama pakar bedah, pakar bius, penyelia wad hospital dan pasukan logistic amat diperlukan. 

Sekiranya berlaku kecemasan, kemahiran anda diperlukan; kami mungkin meminta anda ke lapangan dalam masa sangat singkat. Anda juga mungkin terpaksa bersedia untuk dihubungi 24/7 semasa bekerja di lapangan. Bagaimanapun, kami menawarkan Jururawat OT peluang untuk tugasan lebih pendek daripada biasa.

Syarat Kelayakan 
  • Pematuhan terhadap kriteria penting
  • Pengalaman minimum 3 tahun dalam pembedahan umum, trauma, ortopedik dan/atau obstetrik 
  • Biasa dengan prosedur pensterilan dan kebersihan di OT 
  • Pengetahuan am mengenai semua tugas OT (mesti mampu melatih kakitangan dan mengurus OT) 
  • Keupayaan bekerja di persekitaran berteknologi rendah 
  • Ketersediaan sekurang-kurangnya 3 bulan