Skip to main content

Profil diperlukan segera

Doktor kecemasan adalah pengurus aktiviti yang bertanggungjawab dalam latihan, penyusunan dan penilaian aktiviti kecemasan. Mereka menyelia dan menyediakan sokongan kepada doktor kecemasan dan bidan. Mereka memastikan kolaborasi yang baik bersama perkhidmatan lain dan menyediakan laporan untuk khidmat mereka jalankan. Kami kini menumpukan kepada pembangunan struktur kecemasan. Disebabkan keadaan versatil dan fleksibiliti ini, perubatan kecemasan semakin kerap digunakan dalam konteks perang dan juga projek jangka panjang.

Doktor Perubatan (MD) dengan kepakaran intensif adalah ketua klinikal untuk kumpulan doktor pakar dan doktor umum yang bekerja di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta memberi konsultasi di kawasan lain di hospital.

Dalam sesetengah konteks kami, anda mungkin diminta bekerja dalam persekitaran/khidmat Perubatan Kecemasan di mana pengetahuan pakar anda mungkin berguna untuk melaksana dan meningkatkan rawatan kesihatan.  

Sebagai seorang MD dengan kepakaran intensif, anda menyelia rawatan disediakan di model unit tertutup ICU, dengan keupayaan HFNC, NIV, serta ventilasi mekanikal dan/atau mungkin menyelia pasukan EM.

Anda memastikan bahawa rawatan rapi dan aktiviti medikal EM untuk COVID-19 dilaksanakan mengikut polisi, protokol dan standard kebersihan universal Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF).

Akhir sekali, anda meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal kakitangan ICU/EM melalui latihan waktu bekerja dan pemindahan pengetahuan demi menjamin rawatan berkualiti disediakan untuk pesakit.

Syarat Keperluan
  • Pematuhan terhadap kriteria penting
  • Sijil Kepakaran dalam Rawatan Rapi/ Rawatan Kritikal atau yang bersamaan dengannya. Pelatih kepakaran dalam Rawatan Rapi/ Rawatan Kritikal atau subkepakaran yang hampir menamatkan latihan mungkin dipertimbangkan 
  • Bersedia untuk tempoh minimum 6 minggu dan sehingga 3-6 bulan namun sesetengah misi boleh menjangkau 9 bulan bergantung konteks projek.
Asets

Pengalaman klinikal dalam bidang seperti Pediatrik, Rawatan Kritikal, Obstetrik/Ginekologi, Pembedahan Kecil

Anda mahu bekerja di luar negara?

Mulakan proses permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.