Skip to main content

Sebagai doktor bersama Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF), anda mungkin bertindak terhadap wabak campak atau meningitis, menilai keperluan perubatan selepas bencana alam, merawat mereka yang terselamat daripada konflik bersenjata, epidemik, HIV/ AIDS atau pesakit TB.

Syarat Keperluan
  • Pematuhan terhadap kriteria penting
  • Doktor perubatan dengan minimum 2 tahun pengalaman profesional selepas berdaftar
  • Pengalaman klinik semasa atau terkini dalam bidang seperti Kesihatan Awam, Obstetrik/ Ginekologi, Pediatrik, Nutrisi, Kecemasan, Penyakit Berjangkit, Perubatan Am, Anestetik, ICU dan Pembedahan Kecil
  • Pengalaman pengurusan dan penyeliaan
  • Bersedia untuk tempoh minimum 9 bulan dalam misi pertama anda. Tempoh misi berikutnya bergantung konteks projek. Sesetengah profil pakar seperti doktor pediatrik, ICU dan bilik kecemasan (ER) serta profil pakar lain mungkin dipertimbangkan untuk penempatan di lapangan selama enam bulan. Sila nyatakan tahap kepakaran anda dalam pediatrik, ICU, ER atau kepakaran lain dalam permohonan untuk dipertimbangkan bagi tujuan ini.
Aset 
  • Pengajian pasca siswazah dalam kesihatan awam antarabangsa, kesihatan pelarian, penyakit berjangkit atau perubatan tropika
  • Penamatan latihan kepakaran Diploma dalam Obstetrik dan Ginekologi bukan syarat wajib sebelum menyerahkan permohonan 
  • Kepakaran dalam bidang Penyakit Berjangkit
  • Paediatricians, ICU or emergency room/ER experience