Breadcrumb
- Home
- Bidan
Bidan
Sebagai bidan yang bekerja untuk Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF), kemampuan anda untuk menangani wanita yang berisiko dan bertindak balas terhadap keadaan kecemasan sentiasa berguna. Pengalaman anda dalam mengendalikan kelahiran sama ada yang rumit atau biasa tersangat penting.
Sebagai sebahagian komitmen kami untuk mengurangkan kematian, kesakitan dan penderitaan, peranan anda mungkin berbeza daripada menubuhkan jabatan kesihatan ibu dan anak kepada klinik desa yang kecil, membangunkan program untuk bertindak balas terhadap keganasan seksual dalam populasi pelarian, serta merawat pesakit di hospital bandar. Peranan anda juga termasuk memastikan akses kepada penjagaan pengguguran yang selamat.
Jangkauan komuniti adalah bahagian penting dalam program bersalin kami. Memahami bagaimana Atendan Kelahiran Tradisional berfungsi dan membina hubungan berkesan dengan mereka adalah penting untuk mengembangkan dan memastikan penerimaan program kami dalam komuniti yang mereka sokong.
Syarat Kelayakan
- Pematuhan terhadap kriteria penting
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman sebagai bidan
- Pengalaman antenatal dan selepas bersalin, selain kelahiran dan penjagaan bayi baru lahir
- Berpengalaman menguruskan kehamilan berisiko tinggi dan kelahiran yang rumit
- Pengalaman dalam perancangan keluarga dan penjagaan kesihatan ibu dan anak
- Kesediaan untuk memberikan perawatan selaras dasar dan protokol kami mengenai kesihatan wanita
- Ketersediaan minimum 6 bulan
Aset
- Kursus Sokongan Hayat Lanjutan Dalam Obstetrik (ALSO)
- Pengalaman atau belajar dalam perubatan tropika, kesihatan pelarian atau kesihatan awam antarabangsa
- Pengetahuan mengenai STD dan HIV / AIDS