Breadcrumb
- Home
- Ahli Obstetrik/ Ginekologi (Sakit Puan)
Ahli Obstetrik/ Ginekologi (Sakit Puan)
Profil diperlukan segera
Sebagai seorang OB / GYN bersama Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF), anda akan bekerja di salah satu daripada banyak projek kami yang memberi tumpuan kepada kesihatan reproduktif. OB / GYN bekerjasama dengan kakitangan antarabangsa dan nasional, terutamanya dengan ketua pengurus bidan.
Anda akan melakukan pembedahan OB/GYN sama ada kecemasan atau berjadual, menguruskan komplikasi obstetrik seperti kelahiran dengan bantuan instrumental, menguruskan susulan selepas operasi bersama dengan pakar bius, dan melatih serta menyokong kakitangan pembedahan dan perbidanan. Skil klinikal dan kemahiran anda akan diuji terutamanya kerana infrastruktur penjagaan kesihatan di lokasi tempat kami bekerja mungkin sudah tidak berfungsi. Sebagai rujukan utama untuk komplikasi obstetrik, anda perlu bersedia untuk dihubungi 24/7 sepanjang penempatan anda.
Syarat kelayakan
- Pematuhan terhadap kriteria penting
- Pakar Obstetrik / Ginekologi yang diperakui
- Pengalaman praktikal semasa atau terkini
- Kompetensi dengan peralatan ultrasonografi
- Pengalaman dalam kawal selia, mengurus dan melatih orang lain
- Keupayaan melatih termasuk pekerja kesihatan lain
- Ketersediaan sekurang-kurangnya 3 bulan
Aset
- Kompeten dengan kelengkapan pengimejan ultrasound (terdapat di sesetengah lokasi)
- Kesediaan untuk bertugas sehingga 3-6 bulan atau lebih lama; sesetengah projek membabitkan komponen penting latihan dan pemindahan kemahiran menjadikan sebahagian penempatan menjadi lebih lama.
Profil ini sangat diperlukan
Mulakan proses permohonan anda untuk menyertai pasukan kami.