Skip to main content

Gaza: Hidup dalam perangkap maut

Dalam tempoh 14 bulan peperangan yang tidak berkesudahan, tentera Israel telah melancarkan serangan meluas dan tidak berpilih yang mengorbankan puluhan ribu nyawa orang awam. Serangan-serangan ini bukan sahaja membawa kemusnahan fizikal dan mental yang dahsyat kepada masyarakat, tetapi juga mencipta keadaan hidup yang memusnahkan kehidupan rakyat Palestin di Gaza.

Penduduk Gaza sedang berjuang untuk bertahan dalam keadaan yang amat dahsyat, namun tiada tempat yang selamat, tiada siapa yang terkecuali, dan tiada jalan keluar dari wilayah yang musnah ini.
Christopher Lockyear, Setiausaha Agung

Pasukan Doctors Without Borders telah menyaksikan dan lantang mengecam selama berbulan-bulan apa yang berlaku di Gaza: pengeboman tanpa pandang bulu dan pembunuhan orang awam, pemusnahan sistem penjagaan kesihatan melalui penyerangan sistematik terhadap kemudahan kesihatan dan penghapusan petugas perubatan, halangan berulang terhadap bantuan kemanusiaan, sekatan ke atas pemindahan mangsa yang cedera, kemusnahan infrastruktur awam dan kediaman, serta pengusiran paksa berulang kali. Rakyat Gaza juga menghadapi kekurangan air dan makanan secara disengajakan, keadaan hidup yang tidak tertanggung, dan ketiadaan ruang yang selamat. Kesemua aspek masyarakat telah dimusnahkan.

Staf kami sendiri turut berdepan dengan serangan dan insiden keganasan, termasuk serangan udara, tembakan meriam, pencerobohan ganas ke atas kemudahan kesihatan, serangan langsung ke atas tempat perlindungan dan konvoi kami, serta penahanan sewenang-wenangnya oleh tentera Israel. Tragisnya, lapan rakan sekerja kami, bersama ramai ahli keluarga mereka, telah kehilangan nyawa.

Serangan ketenteraan baru-baru ini di utara Gaza menjadi gambaran jelas tentang perang kejam yang sedang dilancarkan oleh tentera Israel ke atas wilayah tersebut. Kami melihat tanda-tanda nyata pembersihan etnik apabila rakyat Palestin diusir secara paksa, terperangkap, dan dibom. Apa yang disaksikan oleh pasukan perubatan kami di lapangan sepanjang konflik ini selari dengan laporan daripada semakin banyak pakar undang-undang dan organisasi yang menyimpulkan bahawa pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di Gaza. Walaupun kami tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk menentukan niat di sebalik tindakan ini, tanda-tanda pembersihan etnik dan kemusnahan yang berterusan—termasuk pembunuhan besar-besaran, kecederaan fizikal dan mental yang parah, pengusiran paksa, serta keadaan hidup yang mustahil untuk diteruskan bagi rakyat Palestin di bawah kepungan dan pengeboman—adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan.
Christopher Lockyear, Setiausaha Agung
Cover of MSF advocacy report called Gaza: Life in a death trap

Laporan ini menghimpunkan isu-isu kritikal yang telah disaksikan dan diketengahkan oleh pasukan kami di Gaza.

Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan melakukan sumbangan hari ini.

Kisah berkaitan

"Gaza hari ini bermakna kesejukan, kelaparan, dan dentuman bom."
"Gaza hari ini bermakna kesejukan, kelaparan, dan dentuman bom."
Perang di Gaza Utara kini telah berlarutan lebih 45 hari, sejak serangan besar-besaran dilancarkan oleh pasukan Israel pada awal Oktober. Situasi di G...
 Gaza: Keadaan hidup yang mencabar terus membahayakan nyawa kanak-kanak dan bayi Palestin.
Gaza: Keadaan hidup yang mencabar terus membahayakan nyawa kanak-kanak dan bayi Palestin.
Dari Jun hingga Oktober 2024, Doctors Without Borders telah merawat lebih daripada 10,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang mengalami jangkita...
Tebing Barat: Merawat luka terbuka di Tulkarem
Tebing Barat: Merawat luka terbuka di Tulkarem
Menangani kesan fizikal dan psikologi akibat serangan tentera oleh pasukan Israel
Larangan UNRWA oleh Israel akan memperburuk krisis kemanusiaan Palestin
Larangan UNRWA oleh Israel akan memperburuk krisis kemanusiaan Palestin
Larangan operasi UNRWA oleh Knesset Israel yang diluluskan pada 28 Oktober merupakan tamparan hebat kepada kehidupan rakyat Palestin. Langkah ini akan...
Gaza: Hospital terakhir di utara Gaza dikepung, rakyat terkurung
Gaza: Hospital terakhir di utara Gaza dikepung, rakyat terkurung
"Ketika wilayah utara Gaza berada di bawah kepungan lebih dua minggu, adalah sangat penting untuk memastikan perlindungan terhadap kemudahan kesihatan...
Perang habis-habisan Israel ke atas Gaza mesti ditamatkan dan sekutunya mesti berhenti menyokongnya
Perang habis-habisan Israel ke atas Gaza mesti ditamatkan dan sekutunya mesti berhenti menyokongnya
Baitulmaqdis, 2 Oktober 2024: Sudah hampir setahun Israel melakukan pembunuhan tanpa henti di Semenanjung Gaza, Palestin. Sejak kekejaman dilakukan Ha...