Skip to main content

Gaza: Doctors Without Borders telah menyambung semula aktivitinya di Bandar Gaza

无国界医生的车辆停在加沙市兰提西(Al Rantisi)医院外,周围是一片废墟与破坏。  © 无国界医生

Sebuah kenderaan Doctors Without Borders kelihatan terparkir di luar Hospital Al Rantisi di Bandar Gaza, di tengah-tengah runtuhan dan kemusnahan di kawasan sekitarnya. Foto yang dirakam dari pintu masuk hospital ini memaparkan pandangan ke arah jalan raya. Palestin, Oktober 2025. © MSF

Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) terpaksa meninggalkan Bandar Gaza pada 24 September 2025 apabila serangan tentera Israel semakin hebat. Selepas gencatan senjata bermula pada 10 Oktober, lebih 402,488* pergerakan penduduk telah direkodkan dari selatan ke utara, menurut Population Movement Monitoring Flash Update. Setelah menilai keadaan dengan teliti, Doctors Without Borders kini telah menyambung semula sebahagian operasinya di kawasan tersebut, selaras dengan komitmen kami untuk sentiasa berada di sisi pesakit — di mana pun mereka berada.

Pada 15 Oktober, Doctors Without Borders membuka semula klinik rawatan luka di Bandar Gaza. Sejak itu, pasukan kami telah menerima lebih 640 pesakit — kebanyakannya mengalami kecederaan akibat trauma. Ramai daripada mereka telah lama tidak mendapat rawatan luka atau pembalut yang sepatutnya. Doctors Without Borders juga terus memberikan sokongan jarak jauh kepada Hospital Bersalin Al-Helou dan Hospital Al-Shifa melalui pemberian insentif, bekalan perubatan serta bahan api.

Salah satu fasiliti yang terpaksa kami hentikan operasinya pada awal September ialah Pusat Kesihatan Utama (PHCC) di Sheikh Radwan. Ketika pasukan kami kembali ke kawasan tersebut minggu lalu, mereka mendapati bangunan itu telah rosak sebahagiannya, menyebabkan masyarakat setempat kehilangan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang amat penting.

Setakat 14 Oktober, Doctors Without Borders turut menyambung semula operasi penghantaran air di Bandar Gaza. Selama sembilan hari berturut-turut, kami membekalkan antara 90,000 hingga 180,000 liter air minuman setiap hari di antara 9 hingga 14 lokasi agihan. Ketika lebih ramai penduduk pulang dari selatan, kami sedang menilai kemungkinan memperluas operasi ini bagi memastikan mereka mempunyai akses kepada air bersih yang selamat diminum.

* Angka ini mencerminkan aliran pergerakan penduduk dan bukan kepulangan kekal, kerana tidak semua yang melakukan perjalanan tersebut kekal di utara.



Sudikah anda menyokong usaha kami?

Bantulah kami menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan dengan menyumbang hari ini.