Skip to main content

Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) mula beroperasi di Filipina pada 1984. Sejak itu, kami bergerak ke Luzon, Visayas dan Mindanao menangani tuberkulosis, HIV/AIDS, serta memberi tindak balas bencana dan COVID-19. 

 

Garis Masa:

  • 1984: Projek awal di Filipina untuk memberi bantuan perubatan sebagai tindak balas kepada keperluan kesihatan disebabkan kecemasan dan bencana alam. 
  • 1989 hingga 1995: Projek kawalan tuberkulosis dilancarkan di Davao City.  
  • 1992: Projek Metro Manila menawarkan bantuan perubatan, psikososial dan sosio-undang-undang kepada anak jalanan.
  • 1996 hingga 1999: Kami melancarkan projek pencegahan dan kawalan STI/HIV/AIDS di Davao City.
  • 1998: Kami memberikan sokongan berterusan untuk projek penjagaan kesihatan bagi anak jalanan, Wat San dan projek kerjasama farmasi. 
  • Julai 2000: Kami mula memberi bantuan kepada penduduk yang terpinggir akibat konflik antara pemerintah Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). 
  • 2012: Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan, klinik bergerak menyediakan perkhidmatan di daerah dilanda taufan di Cagayan de Oro dan Iligan City. 
  • 2013: MSF menyediakan bantuan pasca bencana taufan Haiyan. 
  • 2015: Usahasama dimeterai bersama Jabatan Kesihatan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada penduduk di kawasan setinggan di Manila. 
SRH project, Philippines, 22 June, 2019 © Melanie Wenger

Nicole, 18 tahun, seorang ibu remaja, bersama anaknya yang berusia tiga bulan di rumah mereka di Daerah 121, Tondo, Manila. Beliau baru sahaja menerima implan perancang kehamilan di Klinik Lila — sebuah klinik yang dikendalikan oleh NGO tempatan, Likhaan, dengan kerjasama Doctors Without Borders. Filipina, 2019 © Melanie Wenger

 

  • Oktober 2016: Doctors Without Borders memulakan kerjasama dengan rakan tempatan, Likhaan, untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan seksual dan reproduktif secara menyeluruh di Manila.
  • Julai 2017: Ketika konflik bersenjata memuncak di Marawi, kami melancarkan projek bantuan kecemasan untuk penduduk yang terpaksa melarikan diri. Sokongan kami meliputi bekalan air bersih, sanitasi, dan bantuan psikologi awal kepada lebih 11,000 orang yang tinggal di pusat pemindahan di Marawi dan kawasan sekitarnya.
  • Oktober 2017: Kami mula memberi sokongan kepada Kementerian Kesihatan dalam usaha pemulihan pasca-konflik di Marawi.
  • 2018: Doctors Without Borders beroperasi di tiga penempatan sementara serta di Pejabat Kesihatan Bandar (CHO) utama, menyediakan konsultasi dan ubat percuma bagi penjagaan kesihatan primer. Sepanjang tahun, kami menjalankan sekitar 18,000 konsultasi, termasuk lebih 12,000 berkaitan perancang keluarga, rawatan untuk 65 mangsa keganasan seksual, serta 1,700 konsultasi sebelum dan selepas bersalin.
  • 2019: Kami meluaskan skop kerja kami di Marawi dengan memulakan program untuk merawat penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi — masalah kesihatan yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti terjejas.
2020 © Veejay Villafranca

Penjagaan kesihatan primer di Marawi. © Veejay Villafranca/MSF

Sepanjang tahun 2020, pasukan Doctors Without Borders memainkan peranan penting dalam menyokong tindak balas kesihatan awam di Filipina. Kami menyokong aktiviti pengesanan kontak di peringkat komuniti dan membantu memperkukuh langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) di fasiliti kesihatan yang merawat pesakit COVID-19.

Di kawasan setinggan Tondo, Manila, lebih 2,000 kit kebersihan diedarkan kepada isi rumah dan kontak rapat mereka. Di pusat kesihatan barangay, kami melaksanakan latihan dan menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE), stesen cuci tangan, bahan pencuci, serta bahan pendidikan berkaitan virus. Untuk melindungi petugas kecemasan kesihatan di peringkat komuniti, kami turut menyumbang pelitup muka, pelindung muka, alkohol dan sabun tangan.

Jun – Oktober 2020: Doctors Without Borders menyokong Hospital San Lazaro di Manila melalui penempatan tenaga kerja, bekalan PPE, sokongan farmasi, saringan COVID-19, pengurusan data dan kes, pembekalan peralatan bioperubatan, latihan IPC serta penambahbaikan infrastruktur hospital.

Julai 2020: Di Marawi, satu kempen maklumat bergerak dijalankan untuk menyampaikan mesej kesihatan berkaitan COVID-19 kepada komuniti rentan. Pasukan kami juga melatih kakitangan kesihatan tempatan yang bertanggungjawab dalam pemantauan wabak.

November 2020: Dua taufan melanda Filipina secara berturut-turut. Doctors Without Borders memberikan latihan IPC berkaitan COVID-19 kepada penghuni pusat pemindahan dan menyumbang PPE bagi membantu mereka kekal selamat dalam situasi sesak dan berisiko tinggi.

Disember 2020: Selepas lima tahun beroperasi, Klinik Lila diserahkan sepenuhnya kepada NGO tempatan, Likhaan, yang turut menjadi rakan pelaksana kami sejak awal.

Manila COVID-19 Response - San Lazaro Hospital

Staf menjalani ujian calitan COVID-19 selepas tamat tugasan mereka di Hospital San Lazaro. © Veejay Villafranca/MSF

  • 2021: Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Manila, Doctors Without Borders melancarkan projek tuberkulosis (TB) di Tondo. Usaha ini bertujuan menangani cabaran saringan dan rawatan TB yang semakin meruncing akibat kesan sampingan pandemik COVID-19.
  • Januari – Mac 2022: Pasukan kami menyalurkan bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada komuniti di pulau-pulau terpencil seperti Dinagat, Siargao, dan kawasan sekitarnya — antara yang paling teruk terjejas akibat Taufan Rai (nama tempatan: Odette).
  • 2022: Projek TB di Tondo diperluaskan dengan pelaksanaan strategi pengesanan kes aktif menggunakan teknologi diagnostik berasaskan komputer. Bagi menangani stigma dan salah tanggapan berkaitan penyakit TB, pelbagai aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan dilaksanakan. Pesakit yang disahkan menghidap TB menerima rawatan di pusat kesihatan kerajaan.
  • Disember 2022: Selepas lima tahun operasi, projek kami di Marawi ditamatkan dan diserahkan kepada pihak kesihatan tempatan untuk diteruskan.
MSF mobile TB screening in Tondo, in the city of Manila, the Philippines, March 1, 2023 © Ria Kristina Torrente

Saringan TB bergerak oleh Doctors Without Borders di Tondo, Manila, Filipina, 1 Mac 2023. © Ria Kristina Torrente

  • November 2023: Hujan lebat akibat fenomena shear line menjejaskan kawasan Brgy. Liberty di Catarman, Northern Samar. Bersama pihak kesihatan tempatan, pasukan Doctors Without Borders melaksanakan aktiviti perubatan serta air dan sanitasi kecemasan. Kami turut mengagihkan jerrycan berisi air bertapis dan menjalankan sesi kesihatan mental secara individu dan berkumpulan.
  • Oktober 2024: Ribut Tropika Kuat Trami (nama tempatan: Kristine) memasuki kawasan tanggungjawab Filipina. Doctors Without Borders menjadi antara organisasi pertama yang tiba di lokasi dan segera memberi respons kepada keperluan paling mendesak. Klinik bergerak dijalankan bersama sesi sokongan kesihatan mental dan psikososial — khususnya buat petugas barisan hadapan. Kit kebersihan dan bekalan air minum turut diedarkan.
  • November 2024: Taufan Super Man-yi (nama tempatan: Pepito) merupakan taufan keenam yang melanda Filipina dalam tempoh sebulan. Klinik bergerak dilancarkan di Dinadiawan, Dipaculao, Aurora. Bersama petugas kesihatan tempatan, kami menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh termasuk konsultasi perubatan, sokongan psikososial, rawatan luka, vaksinasi rutin, pengedaran ubat-ubatan serta saringan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

Tindak Balas Terhadap Bencana

Setiap tahun, Filipina berdepan purata 20 taufan tropika. Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, taufan-taufan ini semakin kerap membawa kemusnahan yang lebih dahsyat — meragut nyawa, memusnahkan harta benda, dan memberi kesan yang besar kepada komuniti rentan.

Doctors Without Borders telah beberapa kali tampil memberikan bantuan kecemasan dalam situasi seperti ini — daripada Taufan Haiyan (nama tempatan: Yolanda) pada 2013, Goni dan Ulysses pada 2020, Rai pada 2022, hinggalah Trami dan Man-yi pada 2024.

Bringing services and supplies to distant towns ©MSF

2013: Beberapa wilayah dan daerah di Filipina terjejas teruk akibat Taufan Super Haiyan (Yolanda). Dalam tempoh 48 jam, Doctors Without Borders berada di lapangan — mendirikan hospital sementara dalam khemah dan menilai keperluan kecemasan lain. Dalam beberapa minggu berikutnya, pasukan kami menghantar klinik bergerak dan bekalan perubatan penting ke komuniti pulau lain yang turut terjejas.
© MSF

Families have to stay at evacuation centres where MSF provides jerry cans, and PPE to prevent outbreaks of COVID-19 in the centres.

2020: Dua taufan besar — Goni dan Ulysses — melanda Filipina dalam tempoh yang singkat. Doctors Without Borders mengagihkan jerrycan untuk penyimpanan air minuman serta kit pencegahan COVID-19 di dua pusat pemindahan. Setiap kit mengandungi dua pelitup muka boleh basuh, pensanitasi tangan, dan satu pelindung muka bagi setiap individu.
© MSF

Barangay Catadman, Surigao City, January 2022. Copyright: Regina Layug Rosero/MSF

2022: Taufan Rai (nama tempatan: Odette) menyebabkan kerosakan besar ke atas hospital dan pusat kesihatan tempatan. Doctors Without Borders menyokong pasukan kesihatan tempatan dengan sumber manusia dan ubat-ubatan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan walaupun fasiliti fizikal terjejas. Di barangay pulau yang terpencil, pasukan kami menjalankan klinik bergerak serta sesi sokongan psikososial untuk komuniti.
© Regina Layug Rosero/MSF

bnk

2023: Pada November 2023, fenomena shear line membawa hujan lebat ke Oriental Mindoro, wilayah Quezon, rantau Bicol dan Eastern Visayas. Catarman, Northern Samar mencatatkan 618 mm hujan — jauh melebihi purata bulanan. Banyak rumah dan lapangan terbang rosak, sementara jalan raya dan jambatan tidak boleh dilalui. Sekurang-kurangnya 307,000 orang di lima rantau terjejas.

Doctors Without Borders melancarkan operasi perubatan serta aktiviti air dan sanitasi di Brgy. Liberty, Catarman, bersama pihak kesihatan tempatan. Pasukan turut mengagihkan jerrycan berisi air bertapis serta menjalankan sesi kesihatan mental secara individu dan berkumpulan.
© Sarah Jane Deocampo

MSB213505

2024: Selama empat hari, Ribut Tropika Kuat Trami membawa hujan lebat ke seluruh wilayah Luzon dan Visayas, menyebabkan banjir besar dan tanah runtuh. Lebih 7 juta orang terjejas di 17 rantau negara, dengan lebih 100 kematian dilaporkan.

Camarines Sur antara wilayah paling teruk dilanda — 36 daripada 37 perbandaran dinaiki air. Kemusnahan terhadap harta benda dan sumber rezeki amat ketara, dengan ramai keluarga kehilangan rumah dan tanaman akibat banjir.

Doctors Without Borders merupakan antara organisasi pertama yang tiba untuk memberi bantuan.

Nurse Daryll Von Abellon cleans a leg wound on a teenaged boy. Philippines, November 2024. 

2024: Taufan Super Man-yi (nama tempatan: Pepito) merupakan ribut keenam yang melanda Filipina dalam tempoh sebulan, meninggalkan kemusnahan besar di belakangnya. Doctors Without Borders melancarkan klinik bergerak di komuniti pesisir pantai Dinadiawan, Dipaculao, Aurora.

Selama seminggu, pasukan Doctors Without Borders bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta petugas kesihatan peringkat negeri dan daerah untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan menyeluruh. Perkhidmatan ini merangkumi konsultasi perubatan, sokongan kesihatan mental dan psikososial, rawatan luka, vaksinasi rutin, pengagihan ubat-ubatan serta saringan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.

Menangani Tuberkulosis di Tondo

Dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Manila (MHD), Doctors Without Borders melancarkan projek tuberkulosis (TB) di Tondo bagi menangani cabaran dalam saringan dan rawatan — cabaran yang semakin meruncing akibat pandemik COVID-19. Salah satu elemen utama projek ini ialah penggunaan trak x-ray mudah alih yang dibawa ke pelbagai komuniti bagi menjalankan imbasan dada. Mereka yang dikesan menghidap TB aktif dirujuk ke pusat kesihatan tempatan untuk rawatan susulan.

Mengesan kes TB aktif juga bermakna pasukan perlu melakukan lawatan rumah sejurus selepas diagnosis untuk menjalankan saringan dalam kalangan ahli keluarga dan kontak rapat, serta menawarkan rawatan pencegahan TB kepada kanak-kanak.

Pada tahun 2022, aktiviti pencarian kes aktif diperkukuh lagi dengan penggunaan teknologi diagnostik berasaskan komputer. Bagi menangani stigma dan salah faham terhadap penyakit ini, pelbagai aktiviti promosi kesihatan dan pendidikan dijalankan. Pesakit yang disahkan menghidap TB menerima rawatan di pusat kesihatan kerajaan, serta sokongan dan kaunseling berkala daripada pasukan Doctors Without Borders.

Bagi memastikan pesakit menamatkan rawatan mereka, Doctors Without Borders menyumbang bekalan ubat TB kepada Jabatan Kesihatan Manila pada tahun 2024.

Kanak-kanak amat terdedah kepada jangkitan TB, khususnya dalam persekitaran padat seperti Tondo. Sejak Filipina mengguna pakai garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi rejimen rawatan dipendekkan untuk TB ringan yang sensitif kepada ubat dalam kalangan kanak-kanak, Doctors Without Borders telah menyokong MHD melalui latihan dan pelaksanaan garis panduan tersebut.

无国界医生的结核病医生 Trisha Thadhani 在菲律宾马尼拉的结核病活跃社区对她的孙子 Ion 进行医学评估。2023 年 3 月 13 日。© Ezra Acayan

Dr. Trisha Thadhani memeriksa seorang kanak-kanak lelaki yang neneknya disahkan menghidap TB. Mac 2023 © Ezra Acayan


Apa lagi yang kami lakukan di Filipina?