Skip to main content
Fundraising

Jom Menyumbang Bersama Kami

Ingin menjadikan detik istimewa anda lebih bermakna?

Keraian anda mampu membawa perubahan besar buat mereka yang sedang berdepan dengan krisis

Menganjurkan kempen kutipan sumbangan untuk Doctors Without Borders, anda bukan sahaja menyatukan komuniti terdekat, malah turut membantu menyediakan rawatan perubatan kritikal di lokasi yang paling memerlukan.

Setiap ringgit yang anda usahakan bakal menyokong perjuangan lebih 63,000 doktor, jururawat, dan petugas kemanusiaan kami di barisan hadapan. Kini, mereka sedang berkhidmat di lebih 75 buah negara demi menyampaikan bantuan perubatan kecemasan. Bersama-sama, kita tukarkan keprihatinan menjadi tindakan nyata.

Pelbagai cara bermakna untuk membantu

Pilihlah apa jua aktiviti yang bersesuaian dengan minat anda dan komuniti untuk mula mengumpul sumbangan. Berikut adalah beberapa idea kreatif yang boleh anda cuba:

1. Raikan Detik Istimewa
1. Raikan Detik Istimewa
Sama ada hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, hari konvokesyen, atau majlis memperingati orang tersayang — jadikan detik bermakna ini sebagai platfor...
2. Satukan Komuniti Anda
2. Satukan Komuniti Anda
Gerakkan sokongan orang ramai melalui aktiviti santai seperti kempen di sekolah, jualan amal makanan (bake sale), tayangan wayang, kutipan sumbangan d...
3. Anjurkan Acara Sambil Beramal
3. Anjurkan Acara Sambil Beramal
Sokong misi kemanusiaan kami dengan mengadakan lelongan karya seni, kejohanan sukan, larian amal, kayuhan basikal, atau perlawanan bola sepak komuniti...
4. Sesi Strim Langsung (Livestream) Amal
4. Sesi Strim Langsung (Livestream) Amal
Gunakan pengaruh sesi strim langsung atau komuniti dalam talian anda untuk menarik perhatian ramai serta mengumpul sokongan bagi bantuan perubatan kec...

Bagaimana untuk bermula?

3 Langkah Mudah untuk Menggerakkan Kempen Anda

Proses menguruskan sumbangan untuk Doctors Without Borders adalah mudah, telus, dan memberi impak yang besar. Ikuti tiga langkah ini untuk bermula:

1. Tentukan Bentuk Kempen Anda

Segalanya bermula dengan cetusan idea anda. Fikirkan aktiviti yang seronok, santai, dan mudah untuk disertai oleh orang di sekeliling anda.

Antara perkara yang boleh dipertimbangkan:

  • Apakah acaranya?
    Hari lahir, perkahwinan, ulang tahun, konvokesyen, majlis peringatan, sambutan perayaan, atau sekadar suka-suka.
  • Siapa yang akan terlibat sama?
    Rakan-rakan, keluarga, rakan sekelas, rakan sekerja, ahli kelab, atau pengikut di media sosial.
  • Apakah aktiviti kegemaran bersama?
    Berlari, membakar biskut, bermain permainan video (gaming), bermain muzik, menganjurkan acara, membuat strim langsung, menghasilkan karya seni, atau berkumpul makan bersama.
  • Bagaimana cara sumbangan dikumpul?
    Melalui jualan tiket, yuran penyertaan, tabung sumbangan, kutipan dalam talian, atau meminta sumbangan ikhlas sebagai ganti kepada hadiah peribadi.

Sama ada kecil atau besar, setiap usaha yang anda gerakkan pasti memberi impak.

2. Pilih Cara Kutipan

Seterusnya, pilih salah satu daripada tiga kaedah di bawah untuk menguruskan sumbangan mengikut kesesuaian anda:

Cara 1: Biar Kami Sediakan Laman Kempen Khas

Jika anda perlukan cara mudah untuk orang ramai menyumbang secara dalam talian, pasukan kami boleh membina satu laman khas kutipan sumbangan di laman web kami untuk acara anda. Ini memudahkan anda berkongsi pautan tersebut dengan keluarga dan rakan-rakan, di samping memantau jumlah sumbangan yang masuk.

Cara 2: Kumpul Sendiri dan Salurkan Melalui Laman Web Kami

Jika anda merancang untuk mengumpul sumbangan secara bersemuka (melalui jualan tiket, tabung sumbangan, yuran penyertaan, atau aktiviti semasa acara), anda boleh menguruskan kempen tersebut sendiri dan menyerahkan jumlah kutipan melalui laman web kami selepas acara selesai.

Nota: Jika anda memilih cara ini, sila maklumkan kepada kami di [email protected] supaya pasukan kami dapat merekodkan sumbangan anda.

Cara 3: Mulakan Kempen di Give.Asia 

Anda juga boleh membuka laman kempen di Give.Asia, sebuah platform dana khalayak yang dipercayai untuk pertubuhan bukan keuntungan, termasuk Doctors Without Borders.

[Klik di sini] untuk melihat contoh kempen sedia ada dan memulakan kempen anda sendiri.

Perlukan bantuan untuk memilih cara terbaik?

Hubungi kami di [email protected] dan pasukan kami sedia membantu anda.

3. Warkan-warkan & Ajak Ramai Sertai

Kini masa untuk menggerakkan komuniti anda! Perancangan yang ringkas mampu membantu kempen anda menjangkau lebih ramai orang dan memberi impak yang lebih luas.

Antara langkah awal yang boleh diambil:

  • Kongsi kisah anda
    Beritahu orang ramai mengapa anda memulakan kempen ini dan mengapa misi ini penting bagi anda. Perkongsian yang ikhlas dari hati lebih mudah menarik minat orang lain untuk menyumbang.

  • Sediakan hantaran media sosial
    Hebahkan kempen anda di Instagram, Facebook, LinkedIn, WhatsApp, atau mana-mana platform yang komuniti anda gunakan. Pastikan anda sertakan pautan sumbangan atau butiran cara menderma.

  • Cipta tanda pagar (hashtag) khas untuk acara anda
    Gunakan hashtag yang unik untuk menyatukan komuniti anda secara online, sekali gus memudahkan orang ramai mengikuti perkembangan, berkongsi, dan memeriahkan kempen anda.

  • Ajak komuniti anda menyertai
    Jemput rakan-rakan, keluarga, rakan sekerja, atau pengikut (followers) anda di media sosial untuk menderma, hadir, mengambil bahagian, atau membantu menyebarkan maklumat kempen.

  • Rakam dan kongsi perkembangan

    Ambil foto atau video sepanjang kempen berlangsung dan kongsi perkembangan tersebut dengan pengikut anda bagi meraikan impak yang dicipta bersama.

Selepas kempen berakhir, kami amat berbesar hati untuk mendengar kisah kejayaan anda dan meraikan impak positif yang telah anda bawa.

Bersamaan Nilai Sumbangan Anda

water

Sumbangan $500 = Menyediakan bekalan air bersih untuk 7,360 orang selama seminggu.

1500

Sumbangan $1,500 = Menyediakan 3 set peralatan bedah asas mudah alih, membantu pasukan perubatan kami menjalankan pembedahan kecemasan di kawasan krisis.

Childbirth

Sumbangan $2,000 = Menyediakan 15 set peralatan bersalin bagi melengkapkan doktor dan jururawat dengan instrumen yang diperlukan untuk menyambut kelahiran bayi.

Tent

Sumbangan $5,000 = Menyediakan 3 khemah serbaguna yang boleh memuatkan 12 orang untuk kegunaan seperti hospital, pusat pemakanan, atau dispensari ubat-ubatan.

Malay Top campaigns

Mengapa sokongan anda amat penting

Doctors Without Borders adalah sebuah organisasi bebas. Kami tidak bergantung kepada dana atau pembiayaan kerajaan untuk menjalankan kerja kemanusiaan kami.

Kebebasan ini membolehkan kami bertindak dengan pantas dan menghantar bantuan perubatan ke mana-mana sahaja lokasi yang paling memerlukan. Kempen sokongan yang anda usahakan membantu pasukan kami untuk terus berada di sisi para pesakit, terutamanya pada saat yang kritikal.


Kini, lebih daripada biasa, para pesakit kami amat memerlukan sokongan kita bersama.

Satukan minat, kreativiti, dan komuniti anda untuk membantu menyelamatkan nyawa.