Skip to main content

    Sejarah kami

    Doktor Tanpa Sempadan/Médecins Sans Frontières (MSF) ditubuhkan pada 1971 di Perancis oleh sekumpulan doktor dan wartawan susulan perang dan kelaparan di Biafra, Nigeria. Tujuannya untuk menubuhkan sebuah organisasi bebas yang memberi tumpuan kepada penyampaian bantuan perubatan kecemasan di lapangan - dengan cepat, berkesan dan tidak berat sebelah.

    Seramai 300 sukarelawan membentuk organisasi ini ketika ia mula ditubuhkan: doktor, jururawat dan kakitangan lain, termasuk 13 pengasas dalam kalangan doktor dan wartawan.

    Doktor Tanpa Sempadan diasaskan dengan kepercayaan bahawa semua orang harus mendapat akses kepada penjagaan kesihatan tanpa mengira jantina, bangsa, agama, kepercayaan atau fahaman politik, dan bahawasanya keperluan perubatan perlu dihormati sempadan nasional. Prinsip tindakan MSF dijelaskan dalam piagam kami, yang membentuk rangka kerja untuk misi serta aktiviti kami di seluruh dunia.

    Tatal garis masa