Skip to main content

Malaysia: Memetakan wilayah terpinggir demi menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan

On August 11, Doctors Without Borders hosted a humanitarian Mapathon at QBE—creating open and accessible map data for areas where humanitarian organizations operate.

Peserta daripada QBE Foundation di acara mapathon kemanusiaan anjuran Doctors Without Borders, Ogos 2025, Malaysia. © Xing-Tong Tan/MSF

Bagi menerangi ‘wilayah yang hilang’ ini, Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menganjurkan dua acara mapathon Missing Maps pada Ogos lalu, dengan kerjasama QBE Foundation dan Soka International School di Malaysia.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta menggerakkan sukarelawan untuk memetakan komuniti rentan yang masih tidak kelihatan dalam peta komersial. Hasil daripada acara ini, data peta terbuka dan mudah diakses telah diwujudkan bagi kawasan operasi organisasi kemanusiaan.

"Mapathon ialah satu aktiviti untuk mengenal pasti kedudukan komuniti rentan dalam peta," jelas Annie Varghese, Pegawai Kanan Pengumpulan Dana Doctors Without Borders Asia-Pasifik. "Kami akan berkongsi peta langsung dengan anda, dan kami mengundang anda menyertai maraton Missing Maps — satu usaha yang benar-benar memetakan komuniti."

Dengan memetakan kawasan ini, anda dapat membantu memudahkan organisasi seperti kami menyalurkan bantuan perubatan, menjalankan pembedahan, serta memberikan segala bentuk sokongan kesihatan yang diperlukan.
Annie Varghese
Mapathon at SOKA 2025

Pegawai Kanan Pengumpulan Dana Doctors Without Borders, Annie Varghese, menerangkan langkah-langkah Missing Maps kepada pelajar SOKA semasa acara Mapathon 2025. Malaysia, 2025 © Xing-Tong Tan/MSF

Mapathon at QBE 2025

Peserta sibuk memetakan lokasi semasa mapathon di QBE. Malaysia, 2025 © Aina Sofian/MSF

mapping

Seorang peserta sedang memetakan lokasi semasa mapathon di QBE. Malaysia, 2025 © Xing-Tong Tan/MSF

Seramai 43 staf QBE dan 55 pelajar telah berganding bahu, menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk memperkukuh data geografi yang suatu hari nanti boleh memandu pasukan Doctors Without Borders ke kawasan paling memerlukan.

Acara di QBE turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif QBE Foundation, Shunther Kuppan, yang berkata: ‘Saya amat terkesan dengan mapathon ini. Kami mahu menyokong projek ini kerana, pertama, ia membantu masyarakat, dan kedua, teknologinya sangat mengagumkan. Saya rasa ini sesuatu yang kami benar-benar ingin libatkan diri serta menyumbang peranan kami.’”

Memetakan Indonesia  

Dua acara mapathon bersama staf QBE dan pelajar Soka memberi tumpuan kepada pemetaan kawasan di Indonesia.

Di Indonesia, Doctors Without Borders telah menyokong pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi pelbagai kecemasan, termasuk pandemik COVID-19 dan gempa bumi di Sumatera Barat. Kerjasama dijalinkan dengan Pusat Krisis Kementerian Kesihatan bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan tindak balas negara itu terhadap kecemasan.

Pada masa ini, Doctors Without Borders sedang melaksanakan latihan dan aktiviti kesiapsiagaan kecemasan yang bertujuan meningkatkan keupayaan serta tahap kesediaan petugas kesihatan Indonesia dalam menghadapi krisis.

Saya amat terkesan dengan mapathon ini. Kami mahu menyokong projek ini kerana, pertama, ia memberi manfaat kepada masyarakat, dan kedua, teknologinya sangat mengagumkan. Saya percaya ini adalah usaha yang wajar kami libatkan diri serta peluang untuk kami menyumbang.
Sunther Kuppan, Ketua Pegawai Eksekutif
mapathon

Sempena Hari Kemanusiaan Antarabangsa, pelajar dari Soka International School Malaysia menyertai Mapathon 2025 dan berjaya memetakan 1,500 buah rumah. © Xing-Tong Tan/MSF

"Saya tidak pernah terbayang bahawa aktiviti digital seperti ini mampu memberi kesan sebenar kepada komuniti. Walaupun saya tidak pernah bekerjasama dengan MSF (Doctors Without Borders) sebelum ini, saya amat bersyukur dengan peluang ini. Inisiatif ini bukan sahaja inovatif malah benar-benar memberi manfaat kepada ramai komuniti yang memerlukan,"kata Nadhrah, peserta daripada QBE.

Dalam tempoh hanya dua jam, para peserta berjaya memetakan 6,172 buah rumah — usaha yang berpotensi meningkatkan akses kepada bantuan untuk lebih 6,000 komuniti dan keluarga rentan di seluruh dunia.

"Ingatlah, setiap titik itu mewakili sebuah keluarga dan sebuah komuniti yang anda letakkan pada peta untuk Doctors Without Borders. Dengan itu, kami dapat turun padang menyalurkan bantuan perubatan kepada mereka," jelas Varghese.