Skip to main content

Gempa bumi di Myanmar

Damage caused by the earthquake in Kumae township, photographed on March 30.

Kemusnahan akibat gempa bumi di pekan Kumae, Myanmar, dirakam pada 30 Mac 2025 | Myanmar 2025 © Doctors Without Borders

Sebagai respons terhadap gempa bumi bermagnitud 7.7 yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu, pasukan Doctors Without Borders yang terdiri daripada petugas perubatan, logistik serta air dan sanitasi kini sedang menilai kawasan-kawasan terjejas di Mandalay dan selatan negeri Shan.

Namun begitu, skala sebenar kerosakan dan keperluan perubatan masih belum dapat dipastikan sepenuhnya berikutan gangguan komunikasi serta kesukaran untuk memasuki kawasan paling teruk terjejas yang terletak di tengah-tengah konflik yang masih berlarutan.

Kemusnahan akibat gempa bumi di Myanmar

Destruction caused by the earthquake in Mandalay, Myanmar

Kemusnahan akibat gempa bumi di Mandalay, Myanmar

Destruction caused by the earthquake in the downtown area of Pyaw Pwe township, Myanmar

Kemusnahan akibat gempa bumi di Mandalay, Myanmar

Temporary IDP camp in U Pwar Pagoda Compound in Mandalay, Myanmar

Kem pelarian sementara di kawasan perkarangan Pagoda U Pwar, Mandalay.

Drinking water in temporary internally displaced people (IDP) camp in U Pwar Pagoda Compound in Mandalay

Bekalan air minuman di Kem Sementara Penduduk Terlantar Dalam Negeri (IDP) di Perkarangan Pagoda U Pwar, Mandalay

Destruction caused by the earthquake in Mandalay, Myanmar

Kemusnahan akibat gempa bumi di Mandalay, Myanmar

Impak Gempa Bumi Myanmar

  • Gempa bumi yang melanda Myanmar telah mengakibatkan kerosakan serius terhadap pelbagai infrastruktur penting negara. Sekolah, masjid, biara, pejabat kerajaan, serta Hospital Naypyitaw yang mempunyai 1,000 katil dilaporkan terjejas.

  • Jalan raya utama Yangon-Mandalay, bersama jambatan Innwa dan Dokhtawaddy, turut mengalami kerosakan atau runtuh sepenuhnya. Sehingga kini, jumlah sebenar kediaman yang musnah masih belum dapat dipastikan.

  • Gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk Yangon. Perkhidmatan telefon dan internet juga terganggu, menjejaskan komunikasi dan usaha bantuan kecemasan.

Cabaran di sebalik tindak balas yang masih berterusan

Akses segera ke kawasan terjejas amat kritikal

“Petugas kemanusiaan perubatan kami di Myanmar dan negara-negara jiran memiliki keupayaan untuk bertindak balas secara berskala terhadap keperluan masyarakat yang terjejas, sebaik sahaja pihak berkuasa membenarkan akses segera dan tanpa halangan untuk pasukan kami menjalankan penilaian serta memberi rawatan perubatan.

Memandangkan skala dan intensiti gempa bumi yang berlaku, kesan terhadap penduduk amat membimbangkan—khususnya mereka yang mengalami kecederaan trauma dan memerlukan bantuan menyelamat nyawa dengan segera. Kami turut bimbang terhadap golongan yang akan menjadi lebih terdedah selepas kehilangan tempat perlindungan, akses kepada penjagaan kesihatan asas, dan sumber air minuman yang selamat—unsur penting bagi mengawal potensi penularan penyakit bawaan air.

Keupayaan untuk menghantar pasukan penilaian dan, yang idealnya, kemudahan pembedahan kecemasan dalam tempoh jam dan hari pertama selepas bencana adalah amat kritikal sekiranya kita ingin memberi rawatan pembedahan yang mampu menyelamatkan nyawa dan anggota badan.

Bagi membolehkan respons yang berkesan, akses segera ke kawasan yang terjejas serta kelulusan pantas terhadap penghantaran bekalan penting dan petugas perubatan adalah amat diperlukan.”

 

Situasi yang rumit akibat konflik yang berlarutan.

“Meskipun kami tidak berada di kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi, gegaran itu tetap dirasai dengan jelas oleh semua pasukan kami di seluruh negara. Malah, kesemua pejabat kami terpaksa dikosongkan atas faktor keselamatan. Secara jujurnya, gempa kali ini agak lama — itulah yang menyebabkan ramai dalam kalangan kami berasa cemas dan bimbang.

Syukurlah, kesemua staf kami berada dalam keadaan selamat. Namun begitu, kami amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang berada di kawasan terjejas. Buat masa ini, sukar untuk kami menggambarkan secara menyeluruh tahap kerosakan yang berlaku.

Situasi menjadi lebih rumit apabila sebahagian kawasan yang paling teruk dilanda bencana turut mengalami gangguan komunikasi yang serius, berpunca daripada konflik yang sedang berlarutan di negara ini.”

Map of the epicentre of Myanmar earthquake on 28 March 2025

Berdasarkan skala dan tahap kemusnahan akibat gempa bumi, impaknya terhadap individu yang memerlukan rawatan trauma kecemasan bagi kecederaan akibat himpitan boleh membawa kesan yang amat menggerunkan. Bantuan perubatan seumpama ini amat kritikal dalam tempoh 72 jam pertama pascabencana – satu jendela masa yang menentukan antara hidup dan mati.

Pada masa yang sama, golongan yang kehilangan tempat perlindungan, akses kepada penjagaan kesihatan, serta bekalan air minuman bersih turut berada dalam keadaan amat rentan. Usaha segera dalam memberikan bantuan perubatan amat penting bagi membendung penularan penyakit yang merebak melalui air, vektor, atau penyakit endemik yang mungkin timbul akibat persekitaran yang tercemar.

Fasiliti kesihatan pula memerlukan bekalan elektrik yang stabil serta sumber air bersih bagi membolehkan pembedahan menyelamatkan nyawa dan anggota dijalankan, termasuk kelahiran bayi. Sekiranya kemudahan ini mengalami kerosakan, ia perlu diperbaiki dengan segera, dilengkapi dengan struktur sokongan sementara, atau dibekalkan semula dengan stok perubatan yang hilang atau musnah.

Pesakit yang memerlukan rawatan harian bagi menguruskan penyakit kronik seperti HIV, batuk kering (TB), diabetes dan hipertensi juga perlu diberi perhatian rapi, agar rawatan mereka tidak terputus – yang boleh membawa komplikasi lebih serius dalam suasana pascabencana.

"Untuk membolehkan tindak balas yang berkesan, akses segera ke kawasan terjejas serta kelulusan pantas bagi bekalan penting dan petugas yang diperlukan amat mustahak."

Doctors Without Borders di Myanmar

Sejak tahun 1992, Doctors Without Borders telah menjalankan misi kemanusiaan di Myanmar dengan memberi tumpuan kepada rawatan HIV dan batuk kering, bantuan kecemasan semasa bencana alam dan konflik bersenjata, serta sokongan berterusan kepada masyarakat Rohingya yang ditindas di negeri Rakhine.

Sudikah anda menyokong tugas tindak balas kecemasan kami?

Bantu kami menyediakan penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa ketika kecemasan dengan menderma hari ini.


Categories