Gaza Selatan: Hospital dipenuhi ratusan pesakit cedera ketika tentera Israel meningkatkan pengeboman
Lorong di hospital Al Aqsa, Kawasan Tengah, Gaza. Wilayah Palestin, November 2023. © Mohammed ABED
Sejak gencatan senjata rapuh di Semenanjung Gaza, Wilayah Palestin yang Diduduki, runtuh pada 1 Disember, serangan udara dan darat oleh tentera Israel mengakibatkan ratusan terbunuh dan cedera. Dua hospital disokong Doctors Without Border / Médecins Sans Frontières (MSF) – Al-Aqsa di Kawasan Tengah dan Nasser di selatan Semenanjung – di mana kakitangan Palestin dan antarabangsa Doctors Without Border bekerja dan tinggal, hampir tidak mampu mengatasi kebanjiran pesakit.
"Kami dengar bunyi bom di sekeliling kami, siang dan malam," kata Katrien Claeys, ketua pasukan Doctors Without Border di Kawasan Tengah Gaza, di mana pasukan Doctors Without Border menyokong pekerja kesihatan tempatan dalam merawat mereka yang cedera akibat letupan dan melecur. “Dalam tempoh 48 jam lalu, lebih 100 maut dan lebih 400 cedera tiba di bilik kecemasan hospital Al-Aqsa. Beberapa pesakit dibawa untuk pembedahan serta-merta.”
Apabila pesakit yang cedera memenuhi hospital, perkhidmatan rawatan untuk mereka yang berada dalam keadaan tidak mengancam nyawa tidak diberikan keutamaan.
"Kami melihat pesakit dengan tanda-tanda jangkitan dan tisu nekrotik, disebabkan mereka tidak menukar pembalut luka selama beberapa hari dan kadang-kadang selama berminggu-minggu," kata Claeys.
Pasukan Doctors Without Border menubuhkan unit sementara khusus untuk membantu membalut luka dalam hospital Al-bagi untuk menyediakan khidmat pengurusan luka kepada pesakit yang mengalami luka kronik, atau kecederaan akibat kemalangan domestik atau serangan sebelumnya.
Hospital Nasser, di Khan Younis, tempat pasukan Doctors Without Border menyediakan penjagaan pembedahan kepada pesakit yang mengalami trauma dan kecederaan melecur, kini berada di titik puncak disebabkan kemasukan pesakit baharu yang berterusan.
"Hospital ini menerima beberapa pesakit yang cedera parah hampir setiap jam," kata Chris Hook, penyelaras perubatan Doctors Without Border di Khan Younis. "Dengan keadaan seperti itu di hospital - tiada ruang tersedia lagi - ia benar-benar situasi mengerikan. Semua orang benar-benar bimbang tentang apa yang akan berlaku seterusnya.”
Seorang pesakit menunggu pembedahan di hospital Al Aqsa, Kawasan Tengah, Gaza. Wilayah Palestin, November 2023. © Mohammed ABED
Tentera Israel mengarahkan orang awam di selatan untuk berpindah lagi
Ketika serangan udara dan darat Israel bergerak ke selatan, orang ramai di beberapa kejiranan di Kawasan Tengah dan Khan Younis diarahkan berpindah lebih jauh ke selatan, ke arah Rafah, di sepanjang sempadan Mesir. Kami terpaksa menangguhkan sokongan perubatan kami kepada klinik Martir dan Beni Suhaila, kerana ia terletak dalam kawasan yang terbabit dengan arahan pemindahan.
“Setiap hari, pihak berkuasa Israel mengarahkan kawasan kejiranan baharu berpindah, meminta orang ramai berpindah ke bandar lain, lebih jauh ke selatan,” kata seorang anggota kakitangan Doctors Without Border yang berpindah di Khan Younis. “Walaupun semasa gencatan senjata, orang ramai tidak dibenarkan pulang ke utara ke rumah mereka. Hanya tiga atau empat kawasan kejiranan yang masih boleh diakses dan semuanya sesak.”
Majoriti 1.8 juta pelarian dalaman di Semenanjung telah mencari perlindungan di selatan Gaza, di mana mereka kini tinggal dalam keadaan mengerikan. Ramai orang awam dipindahkan beberapa kali sejak 7 Oktober. Mereka tidak mempunyai tempat untuk pergi kerana tidak ada tempat yang selamat.
Mendapat akses kepada perkhidmatan penting, termasuk penjagaan kesihatan, menjadi sangat mencabar bagi penduduk di selatan Gaza. Sekatan pergerakan ketat, yang dikenakan tentera Israel dan tembakan serta pengeboman berat yang berterusan, menghalang orang ramai daripada mendapatkan bantuan perubatan tepat pada masanya, sambil menghalang keupayaan pasukan kami untuk bertindak balas.
Di hospital Nasser, bilangan mereka yang dipindahkan sekali lagi meningkat dengan ketara sejak Sabtu lalu, dengan tempat perlindungan baharu didirikan di setiap sudut tempat letak kereta. Ramai orang tidur di atas lantai di sebelah kemudahan perubatan.
Dalam kempen ketenteraan yang berlarutan berminggu-minggu, dengan hanya rehat untuk seketika, kelajuan serta skala pengeboman terus menyelubungi dengan kejam. Hampir dua juta orang hidup tanpa hala tuju. Satu-satunya penyelesaian adalah gencatan senjata serta-merta dan berterusan selain bekalan bantuan tanpa had ke seluruh Semenanjung Gaza.Chris Hook, penyelaras perubatan
Will you support our emergency response work?
Help us provide lifesaving medical care during emergencies by making a donation today.