Derma kepada Doctors Without Borders
Sumbangan anda membolehkan kami memberi rawatan perubatan kepada yang memerlukannya
Hadiah percuma dengan sumbangan bulanan
Dapatkan topi eksklusif percuma apabila anda daftar sebagai penderma bulanan!
Ramadan yang penuh keberkatan dan kasih sayang
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) memahami bahawa Ramadan adalah masa untuk mengenang kembali, bemurah hati, dan kebersamaan bagi ramai penyokong kami.
Ramadan ini, kami mengajak anda untuk berdiri bersama mereka yang memerlukan rawatan perubatan—pesakit yang terjejas akibat konflik di tempat seperti Gaza, Afghanistan, dan Sudan.
Sokongan anda mampu menyediakan rawatan penting dan menyelamatkan nyawa melalui misi kemanusiaan kami, yang diiktiraf di peringkat global atas pengaruh, ketelusan, dan dedikasi mereka kepada mereka yang memerlukan bantuan perubatan kecemasan.
Menyumbang SEKARANG. Sumbangan anda membantu kami menyediakan bantuan perubatan kepada mereka yang terperangkap dalam krisis di Yaman, Syria, Pakistan, antara lain.
Kami menerima semua mata wang serta e-dompet serantau APAC termasuk MYR, THB, PHP dan SGD.
Di lapangan, saya melihat sendiri bagaimana bantuan perubatan boleh menjadi penyelamat nyawa mangsa. Oleh itu, memandangkan keperluan yang sentiasa ada, maka sokongan yang berterusan amat penting dan sempena Ramadhan yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama memastikan agar bantuan senantiasa ada bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah menerima segala amalan kita.Dr Kamarul Al Haqq, pakar ortopedik
Krisis Gaza
Di Gaza, krisis kemanusiaan telah mencapai tahap yang amat dahsyat. Sejak peningkatan keganasan pada Oktober 2023, lebih daripada 43,000 orang telah terbunuh, dan lebih 100,000 lagi cedera. Hampir dua juta orang, iaitu 90 peratus daripada penduduk Gaza, telah dipaksa meninggalkan rumah mereka akibat serangan udara dan keganasan. Kawasan-kawasan tertentu juga tidak boleh didiami.
Terdapat kekurangan makanan, air, dan bekalan perubatan yang kritikal di kawasan sekeliling. Tambahan pula, kemudahan kesihatan dan hospital tidak mampu menampung jumlah pesakit yang begitu ramai kerana tiada tempat yang selamat untuk mereka menerima rawatan susulan.
Menyumbang Sekarang
Tugas kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan perubatan tetapi juga merupakan satu tindakan perpaduan.
Kita boleh bersama untuk membawa kelegaan di kalangan mereka, maruah hidup, dan harapan kepada mereka yang menghadapi kesusahan.
Dengan sokongan anda, pasukan Doctors Without Borders dapat memberikan bantuan perubatan yang boleh menyelamatkan nyawa, termasuk pembedahan, rawatan luka, penjagaan ibu dan kanak-kanak, vaksinasi, serta sokongan kesihatan mental. Namun, penderitaan yang dialami oleh mereka adalah sangat besar. Dengan sistem kesihatan yang telah musnah dan akses kepada bekalan yang terhad, keadaan menjadi semakin genting. Keperluan untuk bantuan dari anda lebih mendesak daripada sebelumnya.
-
471,880 perundingan pesakit luar dilakukan ke atas orang yang amat memerlukannya
-
76,459 pesakit dirawat di bilik kecemasan
-
Merawat 38,190 orang yang menderita akibat cirit-birit
-
Lebih 9,267 prosedur pembedahan yang menyelamatkan nyawa telah dilakukan
-
Lebih 17,071 pesakit dimasukkan ke hospital untuk rawatan kritikal
-
Lebih 23,306 rundingan pranatal disediakan bagi ibu mengandung
-
6,238 bayi selamat dilahirkan
-
Lebih 22,616 perundingan kesihatan mental individu dilakukan
-
Lebih 31,747 konsultasi bagi penyakit kronik dilakukan.
- Rawatan Perubatan Kritikal
Akibat sokongan anda, Doctors Without Borders berjaya bertugas tanpa jemu untuk menangani dengan pantas kecemasan perubatan yang semakin meningkat dalam situasi menghadapi sistem penjagaan kesihatan yang semakin runtuh, termasuk:
- Merawat beribu-ribu insan yang menderita kerana kesakitan dan penyakit akibat kesesakan ruang, sanitasi yang tidak mencukupi, dan kekurangan keperluan asas.
- Memberi rawatan kecemasan segera kepada beribu-ribu orang yang cedera akibat pengeboman dan serangan udara, di samping menghadapi kekurangan bekalan tahap kritikal dan kelewatan usaha penjagaan.
- Merawat ratusan kanak-kanak dan bayi baru lahir yang ditimpa jangkitan, demam dan juga kekurangan zat makanan.
- Merawat beribu-ribu insan yang menderita kerana kesakitan dan penyakit akibat kesesakan ruang, sanitasi yang tidak mencukupi, dan kekurangan keperluan asas.
- Air dan Sanitasi
Pada tahun 2024, sokongan anda telah membantu menyampaikan air bersih dan sanitasi yang penting kepada ratusan ribu orang yang berisiko dijangkiti penyakit di Gaza.
- 816,000 liter air kini diagihkan setiap hari melalui sistem penyahgaraman di Al Mawasi, Khan Younis, Rafah, dan Deir El Balah.
- 324 tandas sedang dibina, dan beribu-ribu kit kebersihan telah dihantar ke tempat perlindungan kem untuk meningkatkan tahap keselamatan air di Deir El Balah dan Khan Younis.
- Kapasiti rawatan air Doctors Without Borders kini membekalkan sehingga 30,000 liter air sehari, dan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan penyakit bagi beribu-ribu penghuni di kawasan-kawasan ini.
- 816,000 liter air kini diagihkan setiap hari melalui sistem penyahgaraman di Al Mawasi, Khan Younis, Rafah, dan Deir El Balah.
- Bekalan Penting
Sokongan anda telah bantu menyampaikan bekalan perubatan dan logistik yang mampu menyelamatkan nyawa ke seluruh Gaza
- 636 tan bekalan penting, termasuk dua hospital medan dan peralatan perubatan yang sangat diperlukan, selamat dihantar.
- Barangan penting seperti penjana, sistem rawatan air dan alat penumpu oksigen, pam motor dan alat komunikasi satelit selamat dihantar untuk membantu menyokong operasi dan keselamatan.
- 636 tan bekalan penting, termasuk dua hospital medan dan peralatan perubatan yang sangat diperlukan, selamat dihantar.
Cara derma anda digunakan di Gaza
Berikut adalah perkara yang berjaya dilakukan dengan sokongan anda sejak Oktober 2023:
Bagaimana Doctors Without Borders menggunakan sumbangan anda
Untuk setiap amaun yang anda derma, 80.5% disalurkan terus ke arah menyediakan bantuan perubatan yang menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan di seluruh dunia, termasuk di Yaman, Afghanistan, Syria, Somalia dan projek perubatan khusus untuk Rohingya. Hanya kira-kira 15.1% daripada derma diterima dilaburkan semula dalam pengumpulan dana dan 4.4% disalurkan kepada kos pengurusan dan pentadbiran am. Mengekalkan piawaian ini adalah keutamaan kami untuk memastikan sumbangan anda membantu meringankan penderitaan dan menyelamatkan nyawa dalam pelbagai projek kami di lebih 70 negara di seluruh dunia.
Pada 2021, 55% daripada perbelanjaan program dibelanjakan di Afrika, 20% dibelanjakan di Timur Tengah dan Afrika Utara, 11% di Asia dan Pasifik, dan selebihnya di Amerika, Eropah dan Asia Tengah. Kami membelanjakan paling banyak di Republik Demokratik Congo, Yaman, Sudan Selatan, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Sudan, Afghanistan, Ethiopia, Haiti dan Niger. Laporan Kewangan Antarabangsa memberikan butiran lebih lanjut mengenai pengagihan perbelanjaan mengikut geografi. Ia turut memaparkan pecahan perbelanjaan dan pembiayaan untuk semua negara di mana Doctors Without Borders mempunyai aktiviti program yang penting pada tahun tertentu.
