Skip to main content
flood-affected people taking shelter in tents in the village of Johi, District Dadu, Sindh province, Pakistan. © MSF

Banjir di Pakistan

Pakistan mengalami kemusnahan yang berleluasa disebabkan banjir semasa hujan monsun, menjejaskan 33 juta orang. 

Sudah lebih tiga bulan sejak banjir di Pakistan menyebabkan kerosakan besar di seluruh negara, mendatangkan kesan yang berkekalan kepada komuniti terjejas. Ramai terpaksa meninggalkan kampung dan menetap berbulan-bulan lamanya di kem sam ada memiliki tempat berlindung dan akses kepada keperluan asas atau sebaliknya. Kini banjir sudah di beberapa kawasan dan orang ramai mula kembali ke kampung mereka, mendapati rumah dan tanah masing-masing rosak dan infrastruktur juga musnah. Ada yang lain tidak dapat atau tidak mahu untuk kembali dan terdedah kepada penyakit bawaan air dan vektor serta keadaan musim sejuk yang semakin teruk. Keperluan penjagaan kesihatan dan air minuman bersih bagi mereka yang terjejas akibat banjir masih sangat tinggi.

Adakah anda sedia menyokong tindak balas krisis?  

Anda boleh membantu dalam tugas kami di Pakistan dan di seluruh dunia dengan menyumbang hari ini. 

Kemaskini terbaru

Pakistan: Kecemasan banjir masih jauh untuk berakhir
Pakistan: Kecemasan banjir masih jauh untuk berakhir
Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) menyaksikan bilangan pesakit yang menghidap malaria dan kanak-kanak dengan kekurangan zat mak...
Pakistan: Bertindak balas terhadap kecemasan di tempat sendiri
Pakistan: Bertindak balas terhadap kecemasan di tempat sendiri
Akeela, seorang kaunselor jangkauan dengan Doctors Without Borders sejak 2020, tinggal di kampung Mir Gul Hassan Manju Shori Barun Naseerabad. Kampung...
Banjir Pakistan: Kisah Shahid
Banjir Pakistan: Kisah Shahid
Shahid Abdullah adalah koordinator kecemasan lapangan bersama Doctors Without Borders / Médecins Sans Frontières (MSF) di Balochistan, Pakistan. Belia...
pakistan floods msf emergency response map

(Dikemaskini pada 10 January 2023)

Tindakbalas Doctors Without Borders   

  • Lebih 95,900 konsultasi pesakit klinik bergerak di Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhuwa.

  • Lebih 44,800 kit barangan bantuan penting, termasuk kit kebersihan dan dapur, kelambu dan ubat nyamuk, diedarkan kepada keluarga terjejas di Balochistan, Khyber Pakhtunkhuwa dan Sindh.

  • Lebih 465,494m3 liter air minuman bersih disediakan di Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.

  • Lebih 23,707 pesakit dirawat kerana malaria dan 7,458 kerana kekurangan zat makanan di klinik bergerak kami di Balochistan Timur dan Sindh.

Tindak balas di Sindh

Di Sindh, air banjir surut di beberapa tempat namun masih ada beberapa kawasan yang belum pulih. Pasukan kecemasan Doctors Without Borders mengoperasikan enam klinik bergerak yang dihantar ke lebih 24 lokasi berbeza setiap minggu di daerah Dadu, Jacobabad, Sukkur dan Shahadat Kot di Sindh. Setakat ini mereka telah menyediakan rawatan perubatan asas kepada lebih 33,780 orang, terutamanya untuk penyakit kulit, malaria, jangkitan saluran pernafasan dan cirit-birit.

Di Sindh Utara dan pekan Johi, pasukan kami menyaksikan bilangan kes malaria yang tinggi. Dalam dua bulan lalu, pasukan kami merawat lebih 12,100 orang kerana malaria. Pasukan kami terus menyediakan air minuman bersih, dengan 4,148m3 liter diagihkan. Pasukan kami juga membantu mengagihkan 562 kit kebersihan kepada penduduk di kawasan terpencil yang terjejas banjir.

Di Utara Sindh pasukan kami menerima bilangan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan yang tinggi di klinik bergerak kami. Mereka menyaring 9,246 kanak-kanak berusia bawah lima tahun kerana kekurangan zat makanan. Daripada jumlah itu, 2,535 mengalami malnutrisi akut yang teruk dan 2,243 mengalami malnutrisi akut sederhana.

Di Selatan Sindh, pasukan kami di daerah Dadu menyediakan rawatan perubatan melalui tiga klinik bergerak yang dihantar ke lebih 11 lokasi. Pasukan air dan sanitasi kami juga menyediakan lebih 444,460m3 liter air minuman bersih dan mengedarkan sekitar 24,600 pakej bantuan kepada komuniti terjejas. Di daerah Sanghar, pasukan kami menyediakan 5,120m3 liter air minuman bersih di tiga buah 'tehsil' (daerah kecil) yang paling teruk terjejas dan mengedarkan 6,000 pakej bantuan termasuk khemah, kit dapur, kit kebersihan dan kelambu. Pasukan ini juga menyediakan penjagaan kesihatan antenatal dan selepas bersalin di daerah ini.t.

Di daerah Keamari Karachi, pasukan Doctors Without Borders bekerja di kem bandar khemah Karachi di mana mereka menyediakan lebih 800 tempat berlindung, menyediakan lebih 10,000  liter air minuman bersih setiap hari, memasang 141 tempat mandi dan tandas, serta mengedarkan 1,350 bungkusan bantuan, termasuk 600 kelambu, dengan kerjasama pihak berkuasa kesihatan.

Tindak balas di Balochistan

Di Timur Balochistan,

air banjir sudah surut di banyak kawasan namun daerah Sohbatpur dan Jaffarabad yang paling teruk terjejas masih ditenggelami air, manakala kolam air bertakung masih banyak yang wujud di kawasan lain. Keluarga yang tinggal berhampiran kawasan banjir terdedah penyakit bawaan air dan vektor.

In Timur Balochistan, Doctors Without Borders mempunyai lima pasukan perubatan di daerah Naseerabad, Sohbatpur, Jaffarabad, Usta Muhammad dan Jhal Magsi. Pasukan kami menyediakan penjagaan kesihatan utama pesakit luar kepada mereka yang terjejas banjir, merawat lebih 1,000 pesakit setiap hari. Kawasan air bertakung penyumbang utama kepada peningkatan bilangan mereka yang menghidap penyakit bawaan air dan vektor di Balochistan Timur. Pasukan kami merawat sebilangan besar penghidap malaria, kanak-kanak kekurangan zat makanan yang teruk, dan mereka yang mengalami jangkitan saluran pernafasan, cirit-birit dan penyakit kulit, termasuk jangkitan telinga. Doctors Without Borders menyediakan lebih 10 juta liter air minuman bersih di lima daerah Balochistan Timur.

Dalam dua bulan lalu, pasukan kecemasan Doctors Without Borders merawat 11,533 kes malaria dengan nisbah positif melebihi 50 peratus. Jumlah ini agak tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kami juga menerima bilangan pesakit kekurangan zat makanan yang tinggi dan merawat 3,965 kanak-kanak serta wanita hamil dan sedang menyusu.

Pada Oktober, pasukan air dan sanitasi Doctors Without Borders memasang loji penapisan air berkapasiti 270,000 liter sehari di daerah Jaffarabad. Air minuman bersih disalurkan melalui trak air ke kampung terjejas banjir dan kem menempatkan golongan kehilangan tempat tinggal di Balochistan Timur, yang membantu mengurangkan risiko penyakit bawaan air disebabkan air yang tercemar. Pasukan itu menyediakan sejumlah 13,050,000 liter air minuman bersih di lima daerah Balochistan Timur.

Sejak 2008, Doctors Without Borders telah bekerja di hospital DHQ di Dera Murad Jamali dalam menyokong Jabatan Kesihatan (DoH). Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Doctors Without Borders memperkukuhkan sokongan ini, menempatkan pakar perubatan dan bukan perubatan tambahan serta meningkatkan kapasiti katil daripada 40 kepada 69. Sejak September, pasukan kami membantu 1,382 kelahiran dan memasukkan 1,142 kanak-kanak ke jabatan pesakit dalam pediatrik.

Di Barat Balochistan, Doctors Without Borders menyediakan lebih 735 konsultasi perubatan di Chaman, serta lebih 1,890 konsultasi pesakit luar di Quetta, kebanyakannya untuk pesakit yang mengalami jangkitan pernafasan atau cirit-birit berair akut. Di Quetta, pasukan air dan sanitasi Doctors Without Borders menyediakan lebih 2,190 liter air minuman bersih. Sebanyak 740 kit bantuan termasuk barangan kebersihan, peralatan dapur dan kelambu juga diagihkan kepada keluarga terkesan.

Tindak balas di Khyber Pakhtunkhwa

Di daerah Charsadda dan Nowshera, air banjir telah surut dan ramai keluarga kembali ke rumah atau sedang membaik pulih kediaman masing-masing yang rosak. Bagaimanapun, sumber air di daerah dilanda banjir, termasuk Charsadda dan Nowshera, kekal tercemar dan menyumbang kepada penyakit bawaan air di kawasan itu. Untuk menangani isu ini, pasukan air dan sanitasi Doctors Without Borders telah membersihkan dan membaiki sumber air sejak Oktober. 

Di daerah Charsadda dan Nowshera, empat pasukan perubatan bergerak Doctors Without Borders menyediakan 9,000 konsultasi rawatan kesihatan primer pesakit luar untuk jangkitan saluran pernafasan, jangkitan mata, cirit-birit akut, jangkitan kulit yang teruk dan penyakit kronik. Doctors Without Borders juga menyumbang barangan perubatan kepada hospital di Nowshera untuk menyokong unit pengasingan pesakit demam denggi. Pasukan air kecemasan dan sanitasi Doctors Without Borders memasang sistem penapisan air, menyediakan 34m3 liter air minuman bersih dan membersihkan serta menyahcemar 500 telaga di kampung dilanda banjir di daerah Charsadda. Sasarannya untuk membersihkan 1,500 telaga menjelang akhir Mac 2023. Di kedua-dua daerah pasukan Doctors Without Borders mengagihkan sejumlah 11,386 pakej bantuan, termasuk set dapur, barangan kebersihan dan 14,107 kelambu kepada keluarga terjejas.

Pasukan Doctors Without Borders di pelbagai kampung di daerah Dera Ismail Khan mengedarkan sekitar 5,000 kit musim sejuk kepada komuniti terjejas banjir.

an MSF staff examines temperature and assessment of a malnutrition child during a mobile clinic setup in the Ghulam Muhammad Lashari village of Thul town of Jacobabad District in the Sindh Province of Pakistan

Seorang kakitangan Doctors Without Borders memeriksa suhu dan kekurangan zat makanan kanak-kanak semasa klinik bergerak disediakan di Wilayah Sindh.. Pakistan, Oktober 2022. © Asim Hafeez

MSF staff and volunteers arranges Non Food Items (NFIs) kits for distribution

Kakitangan dan sukarelawan Doctors Without Borders menyusun kit Barangan Bukan Makanan (NFI) untuk diedarkan, sementara mereka yang terjejas akibat banjir dan hujan menunggu untuk menerima NFI di sebuah kampung berhampiran Sanghar, Wilayah Sindh. Pakistan, November 2022. © Asim Hafeez for MSF

An MSF’s Water and Sanitation Specialist – Umer is checking the water pipe fixings of the water filtration plant installed by MSF in district Jaffarabad, Eastern Balochistan.

Seorang Pakar Air dan Sanitasi Doctors Without Borders memeriksa pemasangan paip air di loji penapisan air yang dipasang Doctors Without Borders di daerah.. Pakistan, Oktober 2022. © Zahra Shoukat/MSF

Doctors Without Borders mula bekerja di Pakistan pada 1986, dan kini mempunyai 1,738 kakitangan tempatan dan 53 antarabangsa yang bekerja dalam tujuh projek biasa. Pada 2022, lebih 50 kakitangan antarabangsa turut dihantar untuk menyokong tindak balas banjir. Doctors Without Borders komited untuk menyokong komuniti terjejas di Pakistan dan bertindak balas terhadap bencana alam selama ini. Ratusan kakitangan Pakistan, termasuk pakar perubatan dan bukan perubatan menjadi teras kepada tindak balas terhadap kecemasan ini, memudahkan mereka untuk mendekati penduduk yang memerlukan. Doctors Without Borders melancarkan respons berskala besar terhadap gempa bumi 2005, banjir 2010 dan 2016, wabak campak dan denggi pada 2010 dan 2013, serta COVID-19 pada 2020 hingga 2021. Kami juga bertindak balas terhadap banjir di Dadu di Sindh pada 2020.

Sokong tindak balas perubatan kami

Anda boleh membantu kerja kami di Pakistan dan di seluruh dunia dengan menderma hari ini.