Skip to main content

Tindakan Global Lawan Covid-19 

Wabak COVID-19 mencemaskan seluruh dunia – tahap jangkitan dan penularannya adalah sesuatu di luar jangkaan sistem penjagaan kesihatan, menjejaskan ekonomi, dan mengubah kehidupan sosial di kebanyakan bahagian di seluruh dunia. Dalam istilah kemanusiaan, jumlah korban akibat wabak ini adalah di luar jangkaan. COVID-19 sudah membunuh lebih 2 juta mangsa sejak ia kali pertama dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Terdapat lebih 80 juta kes dilaporkan setakat ini – dan mungkin ada banyak lagi kes yang tidak dilaporkan. 

Pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) bertindak balas terhadap wabak atau pandemik ini di lebih 70 negara. Pasukan kami merawat pesakit, memberi pendidikan kesihatan dan sokongan kesihatan mental, memberi latihan mengenai langkah-langkah penting pencegahan jangkitan di kemudahan kesihatan, menyumbang peralatan pencegahan peribadi (PPE) dan memberi usaha sokongan terhadap pihak berkuasa tempatan di seluruh dunia. Keutamaan seterusnya ialah memastikan program penting dalam pelbagai projek lain berjalan lancar di tengah-tengah tempoh darurat ini. 

Di setiap kawasan tugasan kami, kami boleh melihat bagaimana pandemik ini menjangkiti dan memecahbelahkan komuniti masyarakat. Ia begitu ketara di kebanyakan negara yang mencatat jumlah kematian tinggi – termasuk Amerika Syarikat, India, Brazil dan Mexico. Kami juga memberi maklum balas terhadap keperluan mendesak di negara yang terlibat dengan beberapa projek perubatan kami, seperti Iraq dan Yaman. 

 

COVID-19 Project in Brussels, Belgium

Pasukan Doctors Without Borders menjalankan tugas di Brussels @ Kristof Vadino, Brussel 

MSF health workers in the intensive care unit inside of the COVID-19 unit operated by MSF in collaboration with Pérez de León II Hospital in Caracas, Venezuela.

Pesakit Coronavirus Alba Ramos dirawat oleh petugas kesihatan Doctors Without Borders di unit rawatan kecemasan Doctors Without Borders dengan kerjasama Hospital Pérez de León II di Caracas, Venezuela © Carlos Becerra

Manila COVID-19 Response - San Lazaro Hospital

Ujian COVID-19 di Hospital San Lazaro, Manila, Filipina. @Veejay Villafranca

Palestine: Tackling COVID-19 in Hebron, the epicenter of the outbreak

Nader Owidat (Kaunselor Pendidikan) sedang menjalankan kempen mempromosi kesihatan mengenai COVID-19 kepada kanak-kanak di Masafer Yatta, sebuah petempatan mengandungi 19 rumah di Wilayah Hebron (Tebing Barat). 

Krisis Covid-19 di India

Gelombang kedua COVID-19 mencapai tahap yang sangat membimbangkan di India. Doctors Without Borders telah meningkatkan campur tangannya di Mumbai, di mana jumlah jangkitian COVID-19 yang semakin banyak telah melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan dan membebani pekerja garis depan.

Permintaannya begitu besar. Bayangkan sebuah hospital seribu katil, dimana terdapat 28 wad serta kawasan kecemasan, korban jiwa dan triage(pengasingan). Ini adalah hospital sementara di khemah logam besar. Berjalan ke sana pada kali pertama adalah pengalaman nyata; Saya tidak pernah melihat perkara seperti itu.
Gautam Harigovind, Mumbai

Bagaimana Doctors Without Borders bertindak balas di seluruh dunia

ASIA TENGGARA

INDONESIA 

Doctors Without Borders terus memberikan latihan sebagai pelatih kepada staf kemudahan kesihatan dan kumpulan sasar di Jakarta. Mereka yang dilatih Doctors Without Borders boleh mengendalikan sesi Promosi Kesihatan di komuniti mereka, menjadikan liputan lebih tinggi.Sewaktu latihan COVID-19 untuk komuniti, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diminta menyusun semula kad imbas yang menunjukkan perjalanan virus sehingga menjangkiti seseorang. Selepas mereka membincangkannya dalam kumpulan, kader wanita, suri rumah dan tokoh masyarakat atau agama, di Desa Kalibata, Jakarta Selatan, Indonesia, menyampaikan hasil perbincangan mereka kepada peserta lain.@MSF/Cici Riesmasari

Di Banten, kami juga terbabit dengan pasukan petugas COVID-19 desa yang lain, sekolah dan sebagainya. Kami meneruskan sumbangan PPE ke dua pusat kesihatan khusus di sana. Doctors Without Borders menyediakan khidmat sokongan mental dan psikososial COVID-19 di Banten serta Jakarta.

MALAYSIA 

Di Pulau Pinang, kami menyediakan pendidikan kesihatan COVID-19 dalam pelbagai bahasa termasuk Rohingya dan Burma, selain terjemahan di hospital. Berdasarkan input masyarakat, Doctors Without Borders membangunkan kempen promosi kesihatan COVID-19 menggunakan R-vision, rangkaian berita Rohingya dalam talian. Video dihasilkan sampai ke Rohingya di Malaysia, Myanmar, Arab Saudi, India, kem di Bangladesh dan di banyak tempat lain.Kairul, seorang lelaki Rohingya yang terjatuh daripada ketinggian dua tingkat ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan, diperiksa jururawat ketika temu janji doktornya. Dia ditenangkan saudara mara dan seorang lagi doktor MSF di klinik MSF di Pulau Pinang @Arnaud Finistre

Ketika Malaysia memasuki Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan penutupan pada awal 2021, pasukan Doctors Without Borders bersiap sedia meningkatkan sokongan untuk golongan yang tidak dapat mengakses sumber rezeki dan menggunakan kempen maklumat digital berdasarkan pengalaman tahun lalu. Advokasi kami terus tertumpu kepada tindak balas COVID-19 yang lebih inklusif, menyeru kerajaan berhenti menyasarkan migran dan pelarian dalam serbuan imigresen, yang boleh meningkatkan risiko penyebaran COVID-19 lebih lanjut di pusat tahanan.

MYANMAR 

Laman Facebook Doctors Without Borders Myanmar terus berkongsi mesej pencegahan dan promosi kesihatan COVID-19. Pasukan Doctors Without Borders memberikan bantuan perubatan di tapak kuarantin. Pasukan kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Sukan (MoHS) semasa wabak COVID-19 di Rakhine, yang memuncak pada Ogos hingga September 2020 sebelum reda pada bulan-bulan berikutnya.

Doctors Without Borders bekerjasama rapat dengan MoHS untuk melakukan saringan, ujian dan pengasingan pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19 sambil memantau dan merawat pesakit yang positif. Kami juga menyediakan peralatan pencegahan dan menambah baik kaedah cucian tangan dan pendidikan mengenai pemakaian pelitup muka bersama komuniti di kem Sittwe dan Pauktaw. Kakitangan perubatan Doctors Without Borders, di Sittwe, bekerjasama dengan MoHS, juga mengambil sampel calitan daripada mereka di kem Sin-Tet-Maw dan Kyein-Ni-Pyin di Perbandaran Pauktaw.

ASIA SELATAN

AFGHANISTAN  

Doctors Without Borders mengekalkan aktiviti di unit triage (pengasingan) COVID-19 di Hospital Wilayah Herat supaya pengawasan dan pemantauan keadaan epidemiologi dapat diteruskan. Di Helmand, Doctors Without Borders meneruskan rujukan pesakit COVID-19 yang disyaki ke Hospital Malika Suraya. Doctors Without Borders bersetuju dengan Kementerian Kesihatan Awam untuk memberikan rawatan dan penjagaan di hospital untuk empat kategori pesakit yang dijangkiti COVID-19  iaitu Tuberkulosis (TB), pesakit pembedahan, pediatrik dan bersalin.

Farhad “Farahmand”, pembantu jururawat dan Noor Ahmad “Nasrat”, promoter kesihatan, dirakam ketika dalam wad lelaki di Pusat Rawatan COVID-19 MSF, Gazer Ga, Heart @Waseem Muhammadi/MSF

Di pusat TB-rintang ubat (DR-TB) di Kandahar, kami merawat pesakit DR-TB yang dijangkiti COVID-19. Di Khost, penjaga wanita dibenarkan masuk ke wad bersalin tetapi hanya pada waktu lawatan. Lawatan promosi kesihatan mingguan secara berkala ke lima pusat kesihatan masyarakat yang disokong oleh Doctors Without Borders di daerah tersebut diteruskan.

ASIA TENGAH

KYRGYZSTAN   

Doctors Without Borders menyokong pihak berkuasa kesihatan wilayah di wilayah Batken dan Chuy dalam menyediakan rawatan di rumah untuk pesakit COVID-19 yang sederhana dan ringan bagi mengelak hospital berdepan beban berlebihan.

Aidana, 20 tahun, berada di katilnya di hospital Kara-Suu hospital.@ Maxime Fossat

Pasukan kami juga menyokong pusat kesihatan di Kadamjay raion untuk memperkukuh langkah-langkah persediaan COVID-19 sambil menawarkan nasihat teknikal, memberikan bantuan logistik, menyokong inisiatif promosi kesihatan, dan membantu pengawasan epidemiologi melalui pengumpulan data. Kami akan mengurangkan program dari rumah kami pada Mei.

 
TAJIKISTAN  

Kami mengutamakan kelangsungan penjagaan kualiti untuk perkhidmatan penting bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap tuberkulosis (TB) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Penduduk (MoHSPP) melalui program Doctors Without Borders sedia ada yang memfokuskan kepada diagnosis, rawatan dan pengesanan kontak. Pasukan kami menilai dispensari TB Pusat Republikan di ibu kota Dushanbe. Objektifnya untuk mengatur pendekatan pengasingan baharu bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19 antara pesakit dan staf. Usul itu dibincangkan dan dipersetujui NTP (Program TB Nasional). Ini kali pertama pendekatan seperti ini dicuba di negara ini. Kami menggerakkan soal selidik pesakit untuk membantu pengasingan, menyediakan tempat menunggu di luar dan memperkemas aliran pesakit di dispensari.Pusat Jagaan Tuberkulosis Pediatrik di Dushanbe @Sabir Sabirov/2018

Selepas dua minggu fasa percubaan sistem triage baharu, kami membina pondok triage yang mencukupi untuk jururawat. Dua lagi tempat menunggu di luar dibina di pusat TB di Rudaki dan Vahdat, manakala latihan di tempat kerja disediakan untuk jururawat yang bekerja di sana. Dengan semua langkah ini dilaksanakan, pasukan Doctors Without Borders menyaksikan penurunan luar biasa dalam jumlah pesakit yang menunggu di koridor dan peningkatan dalam pengendalian jangkitan di klinik TB.

 

UZBEKISTAN 

Kami terus menyokong langkah IPC di seluruh sistem penjagaan kesihatan primer, manakala latihan mengenai langkah-langkah IPC disediakan untuk kakitangan di kemudahan rawatan COVID-19. Selain itu, kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MoH) untuk merawat pesakit yang terkena jangkitan serentak COVID-19 dan Tuberkulosis. Prosedur operasi standard diluluskan oleh MoH dikembangkan dan diedarkan ke semua kemudahan perubatan.

ASIA PASIFIK

PAPUA NEW GUINEA

Sejak awal Mac, jumlah jangkitan disahkan di Papua New Guinea meningkat tiga kali ganda kepada 3,500. Penularan wabak merangkumi ramai pekerja kesihatan dan kumpulan penting lain yang menjadi perhatian, seperti mereka yang dipenjara dan yang bekerja di tempat tertutup, termasuk di lokasi lombong. Kira-kira satu pertiga kakitangan Doctors Without Borders yang bekerja dalam projek tuberkulosis diuji positif, membatasi keupayaan tindak balas kami untuk program biasa dan tindak balas terhadap wabak COVID-19. Doctors Without Borders sedang melengkapkan rancangan untuk menyokong kemudahan rawatan COVID-19 sementara dengan 43 katil di hospital Rita Flynn.

: Kakitangan MSF yang baru diambil diajar asas mencuci tangan dengan teliti menggunakan sabun atau pembasmi kuman oleh pelatih MSF semasa latihan dalam penggunaan PPE yang selamat di Port Moresby. @ Leanne JORARI
Doctors Without Borders telah menyokong hospital Rita Flynn di Port Moresby melalui seorang juruteknik makmal dan katrij untuk menganalisis sampel ujian reaksi berantai polimerase untuk jangkitan SARS-CoV-2 sejak Oktober 2020.

OPERASI DITANGGUH: Di Asia, pasukan Doctors Without Borders bertindak balas ke atas pandemik di Bangladesh, Kemboja, China, Hong Kong, India, Jepun, Nepal, dan Filipina. 

EROPAH 

BELGIUM

Pasukan Doctors Without Borders terus bertindak balas terhadap COVID-19 di Belgium, dengan memberi tumpuan kepada kelompok paling rentan. Kami mempunyai dua pasukan bergerak yang menyokong struktur dibenarkan, seperti pusat penerimaan untuk pencari suaka, dengan langkah-langkah peningkatan kesedaran dan IPC. Di Brussels, Doctors Without Borders menyediakan perlindungan dan rawatan perubatan kepada pesakit yang kehilangan tempat tinggal yang positif COVID-19 atau mungkin positif COVID-19. Struktur ini berfungsi untuk pengasingan, pemantauan atau rujukan pesakit apabila perlu.: Staf perubatan (dalam PPE) dan mediator budaya sebelum lawatan perubatan di pusat perubatan di Hotel Galia @ Albert Masias/MSF

Pasukan jangkauan memberikan sokongan kepada mereka yang tinggal di tempat yang tidak dibenarkan (contohnya setinggan). Doctors Without Borders menawarkan pemeriksaan dan susulan perubatan, promosi kesihatan, langkah-langkah IPC, pengesanan kontak dan sokongan psikologi. Sejak 1 Januari 2021, pasukan ini telah memberikan sokongan kepada 800 orang.


FRANCE

Klinik bergerak kami di Paris dan kawasan sekitarnya mencadangkan ujian serta rujukan COVID-19 jika perlu. Kami memberikan bantuan perubatan di pusat COVID-19 yang khusus untuk pesakit positif COVID-19 yang tidak dapat mengasingkan diri di rumah.Doktor Rémi Meurant, koordinator perubatan projek, bersama jururawat Romain Rossard dan Christelle Khao berbicara dengan pesakit dari Afghanistan@ Nicolas Guyonnet/MSF

Pada Mac, kami menamatkan sokongan ke rumah sakit, berikutan permintaan untuk aktiviti kami menurun dengan ketara, susulan perkembangan besar vaksinasi di kemudahan ini. Doctors Without Borders dan Pusat Wabak sedang mengusahakan peringkat terbaharu kajian kualitatif dan kuantitatif yang dijalankan di banyak rumah jagaan semasa campur tangan kami.

GREECE  

Di Athens, kami bekerjasama dengan Klinik Perubatan Dalaman Universiti Athens ke-3 (NKUA-EKPA) dengan memberikan sokongan psikologi kepada pekerja kesihatan barisan depan, pesakit COVID-19, dan saudara-mara. Kami juga memberikan sumbangan PPE kepada kumpulan sosial yang rentan, termasuk warga tua, pelarian, mereka yang kehilangan tempat tinggal, wanita atau mangsa keganasan berdasarkan gender, tahanan, mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, serta jabatan penerbangan Pusat Bantuan Kecemasan Nasional.

   
ITALI  

Di Rome, Doctors Without Borders menggerakkan pengesanan dan pengasingan kontak untuk kelompok COVID-19 di 10 bangunan yang menempatkan setinggan dan satu penempatan tidak rasmi, di mana pendatang, pelarian dan beberapa warga Itali tinggal. Kami memfokuskan semula strategi operasi kami dengan memberi lebih perhatian kepada ‘kesediaan tindak balas’ berbanding pencegahan. Dengan kerjasama penghuni ruang ini, kami mempromosikan penubuhan jawatankuasa pengawasan kebersihan dan kesihatan yang dapat memantau kes disyaki COVID-19, memberi amaran kepada pihak berwajib dan mengasingkan sementara kes yang disyaki dan membasmi kuman.Masyarakat hidup dalam keadaan mengerikan di bawah jambatan lebuh raya, di tengah-tengah timbunan sampah, dengan tikus berjalan antara khemah mereka yang musnah dan tanpa akses kepada air bersih atau tandas. @ Vincenzo Livieri

Di Palermo, Doctors Without Borders menyokong latihan dan promosi kesihatan IPC kepada organisasi masyarakat awam dengan menyediakan perkhidmatan untuk golongan kehilangan tempat tinggal serta terpinggir seperti tempat berteduh, makanan dan pengedaran barang keperluan lain. Kami bekerja di empat tempat perlindungan tidak rasmi didiami 800 migran dan rakyat Itali yang terpinggir, banyak dengan keadaan perubatan yang rumit, yang dipaksa menjalani sekatan teruk tanpa sokongan. Pasukan Doctors Without Borders terus menjalankan promosi kesihatan dan aktiviti IPC di banyak pusat penerimaan migran rasmi.


PORTUGAL  

Kegiatan tertumpu kepada promosi kesihatan melalui pekerja masyarakat di daerah Lisbon dan Vale do Tejo, yang mempunyai majoriti penduduk keturunan Roma dan Afrika. Kami juga memberikan latihan mengenai promosi kesihatan digital dan memberikan sumbangan bahan IPC serta kit kebersihan, termasuk pelitup muka, sabun, peluntur dan gel hidro-alkohol. Doctors Without Borders juga akan melaksanakan aktiviti kesihatan mental.

RUSSIA  

Kami terus menyokong Kementerian Kesihatan (MoH) dalam memberikan pendidikan kesihatan tentang pencegahan jangkitan tuberkulosis (TB) dan COVID-19, termasuk menyebarkan risalah yang dikeluarkan Doctors Without Borders mengenai penggunaan pelitup muka kepada semua pesakit yang mengunjungi dispensari TB Arkhangelsk. Doctors Without Borders mengedarkan kit kebersihan dan bungkusan makanan kepada pesakit TB rintang ubat dan rintang dadah di wilayah utara Arkhangelsk. Pesakit ini juga mendapat pendidikan kesihatan daripada jururawat MoH.

Di Moscow dan St Petersburg, Doctors Without Borders meneruskan kerjasama dengan dua NGO berasaskan komuniti yang menyokong kelompok rentan serta mereka yang tergolong dalam populasi utama.

Doctors Without Borders memberi latihan kepada kakitangan perubatan dan paramedik mengenai jangkitan bersama TB / HIV, COVID-19 serta kaunseling asas. Doctors Without Borders juga menyumbangkan PPE untuk mereka yang mengakses perkhidmatan organisasi. Kami telah menyediakan bahan maklumat kesihatan mengenai pencegahan jangkitan COVID-19, TB dan HIV yang disebarkan.

 
UKRAINE  

Sejak bermulanya pandemik, Doctors Without Borders menyokong Kementerian Kesihatan Ukraine dalam tindak balas COVID-19 di bandar Kyiv, Donetsk dan wilayah Zhytomyr. Di bandar Kyiv, Doctors Without Borders melatih kakitangan di rumah jagaan berkenaan IPC dan memberikan sokongan psikologi kepada penduduk di kemudahan ini. Di Mariinka raion, wilayah Donetsk, dua pasukan bergerak Doctors Without Borders meneruskan pemeriksaan dan rawatan di rumah untuk mereka dengan gejala COVID-19 ringan. Pasukan juga menilai keperluan kemasukan ke hospital berdasarkan keparahan gejala dan melakukan lawatan susulan untuk pesakit yang memerlukan pengawasan perubatan lebih lanjut.: Oksana Vykhivksa, petugas sosial MSF, bersama Andriy Kovalenko (nama ditukar), seorang pesakit di rumahnya.  @ Nitin George/MSF

Di hospital Krasnohorivka, Doctors Without Borders memasang 22 pusat oksigen, menjalankan latihan pengurusan kes, menyumbang kelengkapan perubatan dan pelindung, serta menyokong pengasingan serta saringan pesakit. Doctors Without Borders merancang membantu pihak berkuasa kesihatan meningkatkan akses kepada ujian diagnostik pantas dengan mengintegrasikan ujian di klinik bergerak mereka dan menyumbangkan alat ujian pantas ke kemudahan kesihatan utama.
 
Di wilayah Zhytomyr, Doctors Without Borders memperkukuh aktiviti rawatan pesakit luar untuk memastikan kesinambungan rawatan penyakit batuk kering. Untuk ini, pasukan Doctors Without Borders memastikan akses kepada ubat-ubatan dan sokongan psikososial untuk pesakit dengan tuberkulosis sepanjang tempoh penguatkuasaan sekatan. Doctors Without Borders melakukan latihan berkaitan IPC untuk pekerja penjagaan kesihatan bagi meningkatkan kawalan jangkitan di hospital, termasuk sesi pengurusan tekanan psikologi berikutan pertambahan risiko dan beban kerja.

Di Donetsk dan Zhytomyr, Doctors Without Borders memberikan sokongan psikologi melalui talian hotline untuk pesakit, saudara dan pekerja penjagaan kesihatan.  

TIMUR TENGAH

IRAQ  

Memandangkan gelombang kedua melanda Baghdad, kami meningkatkan kapasiti pusat COVID-19 kami daripada 36 kepada 51 katil. Kami hanya merawat kes-kes serius serta kritikal dan ia sentiasa penuh, dengan ramai menunggu di bilik kecemasan untuk mendapatkan katil percuma. Iraq menyaksikan jumlah kes COVID-19 tertinggi pernah dilaporkan pada 25 Mac - 6,513 - tetapi jumlah itu mungkin lebih kecil berbanding angka sebenar. Setakat ini hanya 386,000 dos vaksin tiba di Iraq, jumlah yang hampir tidak mencukupi untuk menampung 216,000 doktor, jururawat dan kakitangan paramedik di negara itu.

Sementara Baghdad dan bahagian selatan negara ini mengalami peningkatan, angka di wilayah Ninewa di utara tetap rendah. 
 

JORDAN  

Doctors Without Borders membuka pusat rawatan COVID-19 khas dengan 30 katil, melalui kerjasama Kementerian Kesihatan (MoH) Jordan, UNHCR dan lain-lain, di kem pelarian Zaatari. Di ‘kawasan peralihan' khusus di kem itu, pasukan Doctors Without Borders melakukan pemeriksaan harian untuk pesakit COVID-19 tanpa gejala (kes yang disahkan dan/atau mereka yang menjadi kontak rapat kes), memindahkan pesakit yang memerlukan rawatan perubatan ke pusat rawatan COVID-19 kami.

Oleh kerana bilangan mereka yang mempunyai simptom COVID-19 (ringan dan sederhana) rendah pada masa ini, kami berbincang dengan pihak berkuasa tempatan untuk menutup kemudahan kesihatan pada pertengahan Februari. Pasukan Doctors Without Borders tetap bersiap sedia sekiranya berlaku peningkatan kes di kem tersebut secara drastik. Doctors Without Borders juga akan terus menyokong penilaian perubatan mereka yang disahkan COVID-19 di kawasan pengasingan mengikut keperluan.

 
LUBNAN   

Di Lembah Bekaa, hospital Doctors Without Borders di Bar Elias terus merawat pesakit COVID-19, dan katil ICU hospital semuanya penuh. Doctors Without Borders masih menyokong wad ICU di Hospital Kerajaan Elias Hraoui di Zahle dengan melakukan pengasingan dan saringan kanak-kanak. Kanak-kanak yang disyaki COVID-19 diperiksa di daerah yang ditentukan, mendapat rawatan sesuai dan dipindahkan ke hospital rujukan atau pusat pengasingan COVID-19.

Di Siblin, di selatan Lubnan, kami bekerjasama dengan UNRWA 2021 (Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat) di sebuah pusat latihan yang diubah menjadi tapak pengasingan. Kami akan menamatkan sokongan pada akhir April, tetapi pusat ini akan terus dibuka.

Pasukan Tindak Balas Perubatan Doctors Without Borders terus menyokong strategi ujian Kementerian Kesihatan Awam (MoPH). Pada 19 Mac, Doctors Without Borders, bekerjasama dengan MoPH, mula memvaksinasi warga tua dan pekerja penjagaan kesihatan di rumah jagaan. Kami menyediakan petugas untuk memvaksinasi kumpulan ini - sesuai kriteria keutamaan MoPH - dan kami dibekalkan dengan vaksin melalui MoPH.: Pasukan perubatan bergerak MSF memvaksinasi warga emas dan petugas kesihatan barisan hadapan di sebuah rumah jagaan di Tripoli.@ Mohamad Cheblak/MSF

Pada masa sama, Doctors Without Borders menjalankan sesi pendidikan kesihatan, termasuk mesej bermaklumat mengenai vaksinasi COVID-19 dan cara mendaftar untuk mendapatkan vaksin.


LIBYA  

Di Libya, kami terus menyokong Kementerian Kesihatan di satu tapak pengujian COVID-19 di Tripoli dan memberikan latihan berkaitan COVID-19 kepada kakitangan perubatan dan kesihatan. Kami juga terus memperkukuh langkah-langkah IPC di pusat-pusat tahanan (di Tripoli, Zliten, Zintan) – sebanyak yang mungkin berpandukan situasi di sana.

 
PALESTIN  

Di Tebing Barat, Doctors Without Borders mengendalikan hotline yang menawarkan khidmat nasihat jarak jauh kepada pesakit kesihatan mental dan keluarga mereka serta kakitangan perubatan dan responden pertama lain yang terjejas akibat wabak COVID-19. Kami menjalankan aktiviti promosi kesihatan dan kesihatan mental COVID-19 kepada masyarakat terjejas. Di Nablus, kami menyokong sebuah hospital Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dengan sumber tenaga pakar manusia, perubatan dan logistik. Di Hebron, kami menguruskan di hospital Dura langkah-langkah IPC dan pengasingan, menyokong unit rawatan rapi dan membantu perkhidmatan air dan sanitasi.: Yasmin Jamal Mahmoud Abu Mustafa, petugas kesihatan komuniti MSF berbicara dengan beberapa waris di sebuah klinik bergerak MSF di Masafer Yatta, Hebron (Palestin) @   MSF/Katharina Lange

Kami juga menyediakan latihan kebersihan, kemudahan air dan sanitasi kepada kakitangan di Hospital Al-Mohtassab dan sokongan asas kehidupan serta latihan pertolongan cemas kepada pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan primer di Hebron dan sekitarnya.

   
SYRIA  

(timur laut) Sebagai sebahagian pasukan petugas kemanusiaan COVID-19 yang dipengerusikan pihak berkuasa kesihatan tempatan, Doctors Without Borders menyumbang kepada penyelarasan tindak balas COVID-19. Doctors Without Borders bekerja bersama Bulan Sabit Merah Kurdish untuk memberikan rawatan perubatan kepada mereka yang disyaki dan disahkan COVID-19 di satu-satunya hospital COVID-19 khusus di Washokani, dekat bandar Hassakeh. Mereka yang dibenar pulang selepas menjalani rawatan dan yang dapat mengasingkan diri di rumah dengan gejala ringan, kedua-duanya dibekalkan bahan kebersihan, pendidikan kesihatan serta pengenalan kelompok rentan dalam rumah mereka. Mereka juga diberikan nasihat untuk melindungi diri, melakukan susulan dengan kontak rumah tangga mereka, serta sentiasa menilai status kesihatan mereka selama sebulan. 

Kami meningkatkan sokongan di Raqqa dengan fokus melindungi pekerja kesihatan, meningkatkan IPC di kemudahan kesihatan primer dan sekunder, meningkatkan triage dan perawatan untuk pesakit yang disyaki memerlukan rawatan pesakit dalam sementara menunggu keputusan ujian, serta berkongsi semua pengajaran diperoleh daripada tindak balas Washokani kami melalui organisasi kesihatan Raqqa.

Ujian tindak balas rantaian polimerase masih terhad di rantau ini, tanpa jaminan bekalan pada masa ini. Jumlah purata ujian sehari menurun ke tahap sangat rendah, sehingga sukar untuk menentukan skala wabak.

(Kem Al Hol): Di serata kem, pasukan kami terus menyusuli 1,900 yang telah dikenal pasti berisiko mengalami gejala teruk jika mereka dijangkiti COVID-19 dan bantuan dihulurkan berdasarkan keperluan individu. Sebilangan besar dikenal pasti itu mempunyai penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, asma atau masalah jantung.

(barat laut): Doctors Without Borders terus memberi rawatan kepada pesakit dengan gejala sederhana dan teruk di pusat rawatan COVID-19 dengan 30 katil di Hospital Nasional Idlib. Kami bekerja di tiga pusat rawatan COVID-19 yang baru dibuka di wilayah ini, dengan 31 katil, selain 34 katil di Afrin, dan 28 katil di Al-Bab. Di semua pusat tersebut, kami merawat pesakit dengan gejala ringan, sederhana dan teruk, memberikan sokongan oksigen kepada pesakit yang memerlukannya. Di kem tempat kami bekerja di barat laut Syria, pasukan kami masih menyebarkan mesej kesedaran mengenai COVID-19 dan mengedarkan peralatan kebersihan kepada banyak keluarga.

   
YAMAN  

Pasukan Doctors Without Borders terus menggerakkan langkah IPC, melaksanakan saringan dan pengasingan, serta mengenal pasti kes-kes berpotensi di hospital Al-Salakhana dan Ad-Dahi di wilayah pemerintahan Hodeidah serta Rumah Sakit Umum Dhi As Sufal, di wilayah pemerintahan Ibb.

Di Aden, Doctors Without Borders menyokong hospital 22 May dengan sumbangan PPE dan latihan untuk kakitangan perubatan dalam menguruskan pengasingan kes suspek COVID-19 dan langkah-langkah IPC. Di Khamer (Pentadbiran Amran), unit rawatan COVID-19 kami yang merawat pesakit dengan jangkitan pernafasan dan disyaki, kes sederhana COVID-19, masih menerima beberapa pesakit.Staf perubatan di unit rawatan rapi (ICU) dikendalikan MSF untuk pesakit COVID-19 kritikal, hospital Al Gamhouria, Aden @Athmar Mohammed/MSF

Di Haydan (Pentadbiran Saada), kami mengurangkan kapasiti unit rawatan COVID-19 kepada dua katil berikutan penurunan jumlah kemasukan. Di wilayah pemerintahan Lahj, pasukan Doctors Without Borders memberikan latihan kepada pasukan perubatan di daerah Yafa'a untuk menguruskan triage, pengasingan dan rujukan pesakit COVID-19. Rujukan dibuat sama ada ke pusat rawatan di Lahj atau Aden (untuk kes yang teruk) atau di rumah (dengan pemerhatian) untuk kes ringan.
 
Di pentadbiran Abyan, Doctors Without Borders menyediakan latihan untuk kakitangan pusat kesihatan COVID-19, termasuk triage, diagnosis, terapi perubatan, fisioterapi dan rawatan ICU bagi kes-kes kritikal.

Di Hospital Abs dan Hospital Al-Ghomouri di wilayah pentadbiran Hajja, Doctors Without Borders meneruskan aktiviti saringan dan rujukan untuk kes disyaki COVID-19. Di bandar Hajja, Doctors Without Borders menyokong rujukan dari Hospital Al-Ghomouri ke pusat pengasingan Al-Rahadi.

  

AFRIKA 

AFRIKA SELATAN 

Pada akhir Februari, kami menutup aktiviti kami di Hospital Tertiari Ngwelezana di Daerah KwaZulu-Natal, di mana sepasukan doktor dan jururawat kami bekerja di sebuah hospital lapangan COVID-19 dengan 113 katil. Dengan jangkaan gelombang baharu, pasukan kami di seluruh negara kini berada dalam keadaan siap sedia di kawasan-kawasan yang sudah teruk terjejas - memanfaatkan pengalaman kami dan memberi fokus kepada perawatan di hospital.


BURKINA FASO

Doctors Without Borders masih mengendalikan susulan pesakit luar di pusat rawatan COVID-19 di Ouagadougou, pengawasan dan penelusuran kontrak serta aktiviti peningkatan kesedaran dalam komuniti. Di Bobo-Dioulasso, kota kedua terbesar di negara ini, kami memulakan sokongan sekali gus selama enam minggu kepada pihak kesihatan tempatan di salah satu pusat rawatan masyarakat di bandar ini. Pasukan ini menyelesaikan kerja mereka pada akhir Februari, tetapi mesin oksigen terus menghasilkan oksigen untuk pesakit yang memerlukan.

Di kawasan intervensi kami di beberapa bahagian negara ini, kami meneruskan susulan kepada situasi epidemiologi, kerana kebimbangan masih tinggi di bahagian utara, utara-tengah dan bahagian timur negara, di mana ramai kehilangan tempat tinggal. Kami menyesuaikan langkah triage dan IPC di kemudahan kesihatan yang kami sokong, menubuhkan unit pengasingan dan kakitangan terlatih dalam pencegahan dan rawatan. Dalam projek kami, pasukan kami masih memberikan sesi kesedaran kepada masyarakat.


CAMEROON  

Bilangan yang dijangkiti COVID-19 meningkat dalam gelombang kedua wabak ini. Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan bagaimana memberikan sokongan lebih lanjut terhadap tindak balas nasional di Yaoundé.


REPUBLIK DEMOKRATIK KONGO (DRC)  

Di semua projek kami di DRC, pasukan kami berusaha meningkatkan kesedaran dan promosi kesihatan serta menerapkan langkah pencegahan, seperti menyediakan pelitup muka dan stesen cuci tangan, menyiapkan kawasan triage dan pengasingan, serta pengesanan kontak.Pengendalian campak in Bosobolo, Utara Ubangi @ Franck Ngonga/MSF

Dengan gelombang kedua melanda Kinshasa pada Disember dan kekurangan katil ICU di ibu negara, kami mula menyokong Cliniques Universitaires de Kinshasa (CUK) - klinik Universiti Kinshasa - pada Januari 2021 untuk merawat mereka dengan kes sederhana dan teruk di Unit COVID CUK dengan 40 katil. Hospital Kinshasa disokong Doctors Without Borders, dikhususkan untuk pesakit HIV/AIDS, telah dilengkapi dengan khemah pengasingan bagi mereka yang mempunyai kes disyaki dan disahkan serta sistem rujukan.

Pendekatan sama dilaksanakan di daerah Kasai di Kananga, di mana Doctors Without Borders menyokong Hospital Besar dengan triage dan sumbangan kepada hospital serta pusat kesihatan bersesuaian keperluan mereka.


ETHIOPIA  

Di wilayah Gambella, di dua kem untuk pelarian Sudan Selatan (Kule dan Tierkidi), Doctors Without Borders mendirikan pusat pengasingan COVID-19 dengan 20 katil dan satu lagi dengan kapasiti 10 katil. Di bandar Gambella, satu pasukan menyokong pusat pengasingan dan saringan sementara COVID-19 di Gambella Hospital.

Sejak Mei, sebuah pasukan di Addis Ababa memberikan sokongan kesihatan mental kepada lebih 5,000 pendatang yang kembali terutama dari Arab Saudi, Kuwait dan Lubnan serta ditempatkan di tiga pusat kuarantin COVID-19 di ibu kota. Doctors Without Borders menyokong kakitangan perubatan dan bukan perubatan Kementerian Kesihatan yang bekerja di pusat kuarantin dengan melatih mereka mengenai keperluan kesihatan mental pendatang.MSF membuka klinik di pusat resepsi Pagak pada February 2021, selepas agensi pelarian Ethiopia ARRA berundur.

Pasukan kami menyokong pihak berkuasa kesihatan wilayah di lokasi projek kami yang lain di Wilayah Amhara dan Somalia di pusat pengasingan dan rawatan mereka, dan pendidikan kesihatan. Kami juga berusaha memastikan persediaan dalam semua projek kami dengan menerapkan langkah pencegahan dan kebersihan.


ESWATINI  

Bilangan pesakit COVID -19 menurun ketara di negara ini. Pesakit dengan komorbiditi diziarahi di rumah untuk memastikan kesinambungan perawatan. Selain itu, pasukan penjagaan dari rumah dilatih dalam rawatan kritikal untuk bersiap sedia dengan gelombang ketiga yang dijangka.


IVORY COAST  

Pada Januari, negara ini meluluskan beberapa vaksin (Pfizer, Moderna dan Astra Zeneca). Kempen vaksinasi dilancarkan pada awal Mac dengan sasaran 500,000 orang untuk divaksinasi di Abidjan, di mana lebih 95 peratus kes positif COVID-19 dicatat. Untuk menyokong kempen ini, Doctors Without Borders memulakan semula projek teleperubatan kami dengan kerjasama NGO tempatan. Berpusat di pusat ujian di Abidjan, pasukan ini membantu diagnosis penyakit yang boleh menyebabkan komplikasi dengan vaksin COVID-19.


KENYA  

Jerusha Muthonisits, 35, menanti dengan sabar bersama pesakit lain di kawasan menunggu dispensari Kabuguri

Negara ini mengalami gelombang ketiga yang teruk. Walaupun persediaan negara untuk menangani gelombang baharu dan kekurangan kemampuan pengujian diberikan perhatian, banyak kemudahan pengasingan tetap ditutup.

  
MALAWI   

Selepas kes memuncak pada Februari, jumlahnya kembali menurun ke tahap jauh lebih rendah. Doctors Without Borders masih memberikan bantuan oksigen dan teknikal kepada Hospital Queen Elizabeth di Blantyre, tetapi pembukaan wad COVID-19 tambahan 40 katil tidak diperlukan. Pekerja kesihatan di negara ini kini diberi vaksin.

 
MALI  

Di Bamako, kami menghentikan sokongan COVID-19 kami kepada kemudahan rawatan pesakit dalam Kementerian Kesihatan pada Februari berikutan kes semakin berkurangan. Kami terus memperkemas aktiviti pesakit luar, seperti meningkatkan kawasan aliran khusus pesakit COVID-19 dan kawasan pengasingan di pusat-pusat kesihatan, serta memperkemas susulan perubatan pesakit positif COVID-19 di rumah dan peningkatan kesedaran.

  
MOZAMBIQUE  

Kes COVID-19 di Mozambique meningkat dua kali ganda pada Januari. Doctors Without Borders bertindak balas dengan meningkatkan respons nasional kami:

Di Maputo, kami mendirikan dua khemah untuk menampung 16 orang dengan gejala sederhana atau teruk di Hospital Mavalane. Kami memasang mesin GeneXpert untuk meningkatkan ujian dan diagnosis serta memberikan sokongan teknikal untuk organisasi pusat rawatan COVID-19 baharu dan penyediaan latihan IPC kepada pekerja kesihatan barisan hadapan tempatan.Pengagihan barangan Pengagihan barangan bantuan di Mueda/MSF bantuan Pengagihan barangan bantuan di Mueda/MSF di Mueda/MSF
 
Di Montepuez, wabak kolera menghalang pelaksanaan rancangan kontingensi COVID-19. Doctors Without Borders menyumbang bahan pembersih dan menyokong hospital, mendirikan pusat pra-triage di sana dan tiga pusat kesihatan. Latihan untuk kakitangan kesihatan dirancang untuk membuka pusat rawatan COVID-19.
 
Di Beira, kami membantu Kementerian Kesihatan (MoH) menjalankan pengasingan di dua kemudahan kesihatan dan di Hospital Pusat. Kami juga menyokong pusat pengasingan dengan 20 katil serta memberikan latihan pengurusan IPC dan pengurusan kes kepada pekerja kesihatan barisan hadapan MoH. Kapasiti kakitangan kesihatan juga dipertingkatkan dengan seorang doktor, lima jururawat, enam penganjur kesihatan dan 14 pekerja pembersihan.


NIGER  

Doctors Without Borders menyokong keperluan logistik dan sumber manusia di hospital Lamorde di Niamey, di mana mereka dengan kes sederhana dirawat. Kami juga menyokong pusat kesihatan di Magaria, Dungass dan Tillaberi dengan bekalan air dan aktiviti sanitasi, pengedaran pelitup muka, mengatur pengasingan pesakit dan membantu pasukan penyiasatan serta tindak balas. Kami meneruskan pengawasan epidemiologi dan kesedaran masyarakat. Di Diffa dan Agadez, kami telah mendirikan pusat pengasingan di kemudahan kami.


NIGERIA  

Kami terus menyokong promosi kesihatan dan menyediakan sokongan teknikal, latihan staf dan IPC kepada pihak berkuasa tempatan, hospital dan pusat kesihatan dalam semua projek. Pasukan kami menubuhkan unit pengasingan di Gwoza dan Pulka di mana kes yang disyaki, dan disahkan COVID-19 diuruskan. Kapasiti unit dikurangkan menjadi lima katil di setiap kemudahan.

Di Ngala, di mana kes-kes telah disahkan untuk pertama kalinya pada pertengahan Februari, kami telah meningkatkan pengawasan epidemiologi dan mula menjalankan kegiatan IPC dan promosi kesihatan. Di Ebonyi, kami menyokong ujian Kementerian Kesihatan (MoH) dan Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (CDC) di pusat ujian COVID-19 pertama di negeri ini. Kami kini menyokong pembukaan semula kemudahan fasiliti MoH dengan 25 katil sebagai persiapan untuk gelombang kedua COVID-19 di negeri ini.

Di Sokoto, kami menyokong MOH untuk mengubahsuai pusat pengasingan dan rawatan dengan 32 katil. Bersama pihak berkuasa tempatan, kami membantu menjalankan kempen kesedaran masyarakat mengenai COVID-19, meliputi 370 penempatan. Kami melakukan promosi kesihatan, memasang pusat bekalan air dan mengedarkan sabun kepada masyarakat yang kehilangan tempat tinggal di Benue dan Zamfara.


SENEGAL  

Pada akhir September 2020, dengan pengurangan yang jelas dalam penularan dan keparahan kes, Doctors Without Borders memutuskan untuk menghentikan intervensi COVID-19 kami dan menutup projek kami di Dakar, di daerah Guediawaye (pinggiran utara Wilayah Dakar), dan di Hospital Dalal Jamm. Semua aktiviti diserahkan kepada kementerian kesihatan. Peningkatan kes positif dan kematian diperhatikan sejak awal Disember 2020. Doctors Without Borders terus memantau keadaan, dan perbincangan sedang dilakukan dengan pihak kesihatan.

   
SIERRA LEONE  

Doctors Without Borders sebahagian daripada tonggak pengurusan kes dan pengawasan di Pusat Operasi Kecemasan Nasional (EOC) dan EOC peringkat daerah di Kenema, Tonkolili dan Daerah Bombali. Seorang ahli epidemiologi Doctors Without Borders terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Sanitasi (MOHS) mengenai strategi pengawasan, IPC dan ujian.Doktor MSF  Marianella Rodríguez menilai keadaan pesakit di unit rawatan rapi Hospital Hangha, Daerah Kenema, Sierra Leone @ Peter Bräunig

Antara Julai hingga Disember 2020, dengan kerjasama rapat pasukan pengurusan kesihatan daerah, Western Area Urban, kami bekerja dengan 10 petugas kesihatan masyarakat dari kawasan dermaga Thompson Bay di Freetown, terdiri penempatan tidak rasmi. Kami menggerakkan promosi kesihatan dan pengedaran kit kebersihan. Selepas berbulan, pasukan perubatan daerah melaporkan lebih ramai datang ke klinik, bukti besar kepada impak mesej disampaikan. Kegiatan promosi kesihatan dihentikan pada akhir Disember 2020, dengan penyerahan kepada pekerja kesihatan masyarakat dan pasukan pengurusan kesihatan daerah. Kami akan terus memantau keadaan COVID-19 di Freetown dan akan bertindak pada masa akan datang jika diperlukan.


SOMALIA DAN SOMALILAND  

Banyak stigma melingkari COVID-19, jadi mereka yang berasa sakit enggan pergi ke pusat kesihatan kerana takut didiskriminasi. Kapasiti ujian juga sangat rendah kerana kekurangan alat ujian dan kekurangan dana.

Di Somaliland, kami melatih anggota Pasukan Tindak Balas Cepat Kementerian Kesihatan mengenai pencegahan COVID-19. Berikutan langkah IPC yang diambil untuk mencegah penyebaran jangkitan, program biasa terkesan, seperti imunisasi rutin dan program nutrisi.


SUDAN SELATAN 

Doctors Without Borders terus menyokong Kementerian Kesihatan (MoH) di Juba Teaching Hospital dengan sumbangan bahan WATSAN dan latihan IPC. Kami juga terus menyokong Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) - kemudahan ujian utama di negara ini - termasuk dengan Penyelia Makmal Doctors Without Borders. Kami juga berbincang dengan MoH mengenai kemungkinan sokongan teknikal ke atas gudang NPHL untuk membantu memastikan pengurusan stok lebih baik dan cekap untuk ujian COVID-19. Di luar Juba, dengan tersedianya kemudahan ujian Doctors Without Borders di Lankien, kini terdapat empat kemudahan ujian Doctors Without Borders (satu di Lankien, Agok, Bentiu dan tapak Perlindungan Malakal untuk Orang Awam) sebagai tambahan kepada 23 kemudahan di seluruh negara.Ahli fisioterapi MSF Birgit SchöAhli fisioterapi MSF Birgit Schönharting bersama Anyar yang berusia lima tahun, yang dirawat akibat dipatuk ular di Agok @ Damaris Giuliana nharting bersama Anyar yang berusia lima tahun, yang dirawat akibat dipatuk ular di Agok @ Damaris Giuliana

Dalam semua projek di seluruh negara, kami terus mengasingkan dan merawat pesakit yang disyaki atau disahkan COVID-19, walaupun jumlah pesakit yang disahkan tetap rendah. Kami juga menyokong dan menerapkan langkah-langkah pencegahan, termasuk pemeriksaan dan pengukuhan IPC, peningkatan kesedaran dan promosi kesihatan serta latihan.

 
SUDAN  

Doctors Without Borders telah mendapat persetujuan untuk melakukan tinjauan seroprevalence di Omdurman. Kami sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan (MoH) untuk memulakan sistem sokongan dari rumah ke rumah bagi pesakit COVID-19, menyasarkan kawasan sama.

Kami menyokong empat hospital awam utama di Khartoum untuk memperkukuhkan sistem saringan dan triage, serta pengasingan mereka. Objektifnya untuk melindungi atau membuka semula perkhidmatan penyelamatan nyawa dan mengembalikan keyakinan dalam kalangan pekerja kesihatan.

Pasukan Doctors Without Borders menyokong melalui latihan, pengukuhan langkah IPC, sumbangan PPE secara mingguan. Kami juga melatih kakitangan daripada 10 pusat penjagaan kesihatan utama, menyumbang keperluan IPC dan memberikan sokongan teknikal di lokasi, yang berterusan di pelbagai kemudahan di Khartoum. Kami juga menyokong MoH untuk menguruskan pusat pengasingan di Darfur Timur dan Kordofan Selatan.


TANZANIA  

Doctors Without Borders satu-satunya penyedia perkhidmatan kesihatan di kem pelarian Nduta, yang menempatkan sekitar 70,000 pelarian Burundi. Lebih 250 kakitangan Doctors Without Borders dilatih mengenai kesediaan dan tindak balas COVID-19 untuk bertindak balas terhadap kemungkinan wabak. Pasukan kami terus mengadakan latihan simulasi untuk mengekalkan keupayaan tindak balas yang cepat. Kami memastikan struktur triage terus dipraktik di empat pos kesihatan, termasuk 100 katil di hospital utama. Pendidik kesihatan komuniti kami di kem Nduta secara berkala mendorong masyarakat ke arah amalan kebersihan dan kesihatan terbaik. Kami juga meneruskan pemeriksaan suhu di triage pintu utama kem dan menyelenggara kemudahan pencucian tangan.

  
ZIMBABWE  

Sejak Februari, kami menyokong Pusat Pengasingan Hospital Parirenyatwa, rujukan utama negara untuk kes COVID-19 di Harare – bagi membantu mereka melakukan persediaan untuk kemungkinan peningkatan jangkitan COVID-19 seterusnya. Kami berusaha meningkatkan langkah IPC, memperkemas aliran pesakit, serta mengatasi kekurangan PPE, ubat-ubatan penting dan bekalan perubatan.

Doctors Without Borders juga merekrut dan mengerahkan kakitangan perubatan untuk menyokong hospital. Sokongan ini berdasarkan penilaian keperluan yang kami laksanakan dan ia termasuk meningkatkan kemampuan hospital untuk menguruskan kemasukan kes COVID-19. Doctors Without Borders juga bersiap sedia untuk memperluas sokongan COVID-19 ke pusat pengasingan kedua COVID-19, Hospital Wilkins di Harare.

AMERIKA

BRAZIL  

Dengan Brazil menjadi pusat COVID-19 dunia, pasukan Doctors Without Borders memberi tumpuan di utara negara itu, di mana terbukti berdepan kekurangan kelengkapan dan keperluan sumber penjagaan kesihatan. Pada pertengahan Mac, kami memulakan aktiviti di ibu kota Rondonia, Porto Velho, dengan sokongan perubatan dan latihan di lima unit rawatan kecemasan. Kemudahan seperti itu kini menempatkan pesakit dari tahap sederhana hingga kritikal untuk jangka masa panjang, sehingga hospital sesak dan tidak dapat menampungnya.

Pada Mac, kami memulakan aktiviti di bandar kedua di negeri ini, Ji-Paraná, di mana kemudahan COVID-19 tempatan dengan 75 tempat tidur penuh sesak, kekurangan tenaga kerja dan kekurangan bekalan. Di Roraima, kami memberikan latihan kepada profesional kesihatan di Pacaraima dan Caracaraí untuk meningkatkan perawatan bagi pesakit.MSF bertindak balas terhadap COVID-19 di Ji-Paraná – Rondônia @ Diego Baravelli

Kami terus memberikan sokongan kesihatan mental kepada para profesional daripada hospital awam terbesar dan satu unit rawatan kecemasan di Manaus, Amazonas.


BOLIVIA

Pasukan menilai keperluan di wilayah Beni, kawasan lembah Amazonia luar bandar di timur laut negara ini. Kegiatan kami tertumpu pada latihan mengenai langkah IPC dan latihan perubatan di enam pusat COVID-19 yang merangkumi lima bandar. Doctors Without Borders juga menyumbangkan PPE dan ubat-ubatan.

  
HONDURAS  

Di Tegucigalpa, Doctors Without Borders memulakan aktiviti COVID-19 berikutan peningkatan kes di bandar. Kegiatan ini mempunyai tiga fasa berbeza dan objektifnya adalah untuk menyokong sistem kesihatan dengan perawatan menyeluruh masyarakat, pusat kesihatan primer dan hospital.Jururawat MSF menerangkan kepada migran mengenai pencegahan penyakit berbeza yang mungkin mereka temui ketika melakukan lawatan.

Di peringkat komuniti, Doctors Without Borders membantu lima pusat kesihatan dengan pasukan bergerak merangkumi jururawat, ahli psikologi dan penganjur kesihatan; yang akan memberi sokongan psikososial kepada masyarakat melalui pendidikan psiko dan sokongan psikologi telefon secara individu. Selain itu, Doctors Without Borders akan memperkukuhkan langkah keselamatan biosekuriti di pusat kesihatan. Di peringkat hospital, Doctors Without Borders akan menyediakan sokongan psikososial di dua hospital dengan unit COVID-19. Sokongan dalam bentuk psikologi dan sosial disediakan mengikut keperluan bagi pesakit dan keluarga. Selain itu, Doctors Without Borders akan memperkukuhkan aktiviti promosi kesihatan di hospital. Fasa ketiga meliputi sumbangan dua ambulans dengan pemandu dan jururawat ke enam pusat triage di bandar. Ambulans akan membantu sistem kesihatan memindahkan pesakit ke hospital dan kawasan pengasingan.


MEXICO  

Pasukan Doctors Without Borders bertindak balas melalui intervensi penjagaan berskala kecil yang berpusat di rumah di Iguala semasa kemuncak kes pada Februari dan Mac. Pasukan Doctors Without Borders terbabit dalam rawatan susulan di rumah untuk pesakit yang tidak dimasukkan ke hospital dan memerlukan tindakan susulan berikutan kemungkinan komplikasi.

Kami menggabungkan respons COVID-19 kami dalam projek biasa membabitkan migran dan klinik bergerak kami di negeri Guerrero. Sejak Januari 2021, kami melihat peningkatan jumlah migran melarikan diri daripada keganasan, pemerasan, dan pergelutan di negara asal mereka di seberang Segitiga Utara Amerika Tengah (NTCA).
 
Pasukan ini menyokong lokasi perlindungan migran sejurus aktiviti persiapan COVID-19 berakhir pada Februari dan menyerahkan aktiviti tersebut kepada pasukan biasa.

Pasukan Doctors Without Borders berpusat di Tenosique dan kegiatan di tempat perlindungan La 72 memperluaskan tindakan mereka di kawasan perlindungan di Salto de Agua (Chiapas), yang menerima 150 hingga 200 pendatang setiap hari.
Di Reynosa, kami menyokong Hospital Umum dengan kakitangan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19 dengan kes ringan dan sederhana. Aktiviti ini selesai pada akhir Mac. Pasukan di Reynosa dan Matamoros terus memantau keadaan COVID-19 di kedua-dua bandar dan melakukan aktiviti promosi kesihatan.

   
PERU  

Gelombang baharu sangat kejam di Peru, dengan hospital penuh sesak dan kakitangan perubatan yang sangat terbeban. Ketika ini kami menyediakan rawatan untuk kes-kes yang tidak kritikal di pusat pengasingan di utara Lima dan menyokong unit rawatan rapi di Hospital Huacho yang berdekatan, serta menawarkan jangkauan masyarakat untuk memudahkan pengesanan awal pesakit COVID-19 yang berpotensi dalam kalangan masyarakat.


VENEZUELA  

Pelan tindak balas Doctors Without Borders termasuk membantu dengan bekalan perubatan dan pengambilan kakitangan serta pengukuhan triage, diagnosis, rawatan, kawalan jangkitan dan perkhidmatan sistem peri-hospital dalam projek-projek di Amazonas, Anzoátegui, Bolívar, Sucre, Táchira dan Caracas. Doctors Without Borders juga membantu dalam pengambilan pekerja, rawatan dan sistem peri-hospital di Vargas Hospital di Caracas, di mana kami mempunyai 24 katil (termasuk empat untuk ICU).Akses kepada penjagaan kesihatan dalam komuniti rentan di Anzoátegui, Venezuela @ Matias Delacroix

Insiden COVID-19 meningkat dengan ketara dalam beberapa minggu terakhir di Caracas berikutan varian baharu dari Brazil. Kapasiti hospital awam dan swasta mencapai had, dan kadar pengisian katil COVID-19 adalah 100 peratus. Pasukan kini menilai pilihan untuk menambah jumlah katil di struktur berbeza di bandar ini, dan kami merenung kemungkinan memulakan intervensi kecemasan baharu. Kami telah meningkatkan intervensi kami di Bolivar.
 

Tanpa Paten, Tidak Memonopoli dalam Pandemik ini

Di saat negara maju mencapai tonggak vaksinasi COVID-19 yang signifikan, negara membangun yang lain pula menyaksikan peningkatan jangkitan dan kematian dari COVID-19 yang menggerunkan, dengan sistem penjagaan kesihatan Brazil dan India mencapai titik pemecahan. Negara-negara Asia Tenggara tidak terhindar kerana lonjakan jangkitan COVID-19 baru dilaporkan. Nombor jangkitan tidak pernah begitu besar di mana sahaja di dunia sebelumnya.
 
Vaksin untuk melindungi mereka yang rentan tidak tersedia dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan COVAX (COVID-19 Vaccines Global Access) dan negara-negara membangun yang ingin memberi vaksin kepada rakyatnya sebelum wabah. Indonesia dan Filipina, dua negara di rantau ini yang secara konsisten mencatat jumlah jangkitan tertinggi, telah memulai program vaksinasi mereka dengan lambat kerana masalah akses. 

vaccinations

Pasukan bergerak perubatan Doctors Without Borders memberi vaksin kepada warga emas dan pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan di sebuah rumah jagaan di Tripoli, Lubnan. @Mohamad Cheblak / MSF

Atas sebab inilah Doctors Without Borders, melalui Access Campaign, secara aktif menganjurkan untuk mengenepikan halangan teknologi dan harta intelek (IP) untuk membuka pembuatan vaksin, ubat-ubatan, dan produk dan alat kesihatan lain yang diperlukan untuk memerangi wabak ini.

Doctors Without Borders telah menyaksikan sendiri Norway, EU, UK, Kanada, dan Jepun menyekat rundingan mengenai cadangan untuk meredakan halangan IP untuk memperluas jumlah pengeluar di berbagai wilayah untuk bertemu negara membangun dan menyediakan rawatan berpotensi untuk semua negara. AS akhirnya bersetuju bulan ini untuk mengambil bahagian dalam rundingan itu dan mungkin dapat meyakinkan pihak lain untuk mengikuti.

Ini adalah langkah pertama. Negara-negara anggota seperti AS sekarang akan menghadapi tekanan yang kuat oleh industri farmasi untuk mengurangkan cadangan pengabaian di Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Kerajaan mesti menyertai rundingan secara aktif untuk memastikan pengabaian berlaku bukan hanya untuk vaksin tetapi juga untuk semua teknologi yang berkaitan dengan COVID-19.

Cabaran Tindak Balas COVID-19 

Doctors Without Borders memulakan aktiviti tindakan terhadap COVID-19 pada Januari 2020, dengan menyesuai dan meningkatkan aktiviti kami yang sedang berjalan di banyak negara. Kami komited memperuntukkan sejumlah sumber untuk membangunkan projek khusus terhadap COVID-19, mengekalkan penjagaan kesihatan dalam program sedia ada, dan menyertai kementerian-kementerian kesihatan untuk bersedia dan/atau berdepan pandemik ini. Sebahagian besar sokongan ini adalah dalam bentuk latihan bagi pencegahan jangkitan dan kawalan (IPC), menggalakkan kesihatan serta organisasi yang terlibat dalam khidmat penjagaan kesihatan. 

Kebanyakan aktiviti melawan COVID-19 disepadukan dalam projek tetap kami sambil mengekalkan beberapa projek fokus terhadap COVID-19. Apa yang kami lakukan bergantung kepada keadaan: situasi jangkitan atau epidemiologikal, keperluan kesihatan tempatan, dan sumber yang ada. Adalah sukar untuk membuat kesimpulan operasi kami, kerana pandemik ini memberi kesan di setiap negara seluruh dunia dan di kawasan berbeza. Oleh itu, pendekatan kami juga berbeza mengikut negara, malah berbeza berbanding projek yang sedang kami jalankan.  

Kami menyokong penuh akses kepada  semua alat perubatan COVID-19 yang penting atau akses untuk mendapatkan keperluan perubatan untuk semua, pada kos yang termampu. Untuk melawan virus baru dan penyakit ini, perlu ada peralatan baru, seperti ubat-ubatan, ujian dan vaksinasi. Adalah penting tiada unsur keuntungan di atas apa-apa peralatan perubatan yang digunakan untuk melawan wabak ini; vaksin COVID-19 sebagai contoh seharusnya mampu diberi kepada semua manusia di dunia. Harga yang tinggi atau monopoli peralatan atau ubat-ubatan hanya akan mengakibatkan catuan hingga sesetengah orang tercicir, lalu menyebabkan wabak ini akan berlanjutan.  

Kerajaan, syarikat farmaseutikal, dan organisasi penyelidikan perlu mengambil langkah-langkah penting untuk memastikan bahawa ,atau peralatan keperluan perubatan untuk COVID-19 boleh diakses, mampu dan diberikan kepada semua. Ikuti lebih banyak tindakan Doctors Without Borders pada pautan di.

COVID-19: Apa yang anda perlu ketahui

Apakah COVID-19? 

Pada 11 Februari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi nama rasmi penyakit yang berpunca dari coronavirus baru: COVID-19. Pada 11 Mac 2020, WHO mengisytiharkan penularan wabak yang tidak dikenali sebelum ini di seluruh dunia. Setakat 4 Februari 2021, COVID-19 sudah mengorbankan lebih sejuta orang. Dan masih ada 104.4 juta kes coronavirus di seluruh dunia ketika ini. 

Bagaimana coronavirus berjangkit? 

Virus ini boleh menjangkiti dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain, termasuk mereka yang kelihatan tidak mempunyai sindrom jangkitan. Ini menyebabkan sukar untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana ia merebak. 

WHO mendapati coronavirus boleh merebak menerusi titisan kecil dari hidung atau mulut apabila pesakit yang dijangkiti batuk atau menghembus nafas. Manusia boleh dijangkiti COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan yang tercemar dengan virus ini, dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut sendiri. Manusia juga boleh dijangkiti jika mereka menyedut dari nafas orang dijangkiti yang batuk atau menghembus nafasnya. WHO mengesyorkan supaya memastikan jarak lebih daripada tiga kaki daripada orang yang sudah dijangkiti. 

Berbahayakah coronavirus? 

Anggaran terbaru ialah 80 peratus mereka yang dijangkiti coronavirus akan mengalami gejala sederhana penyakit ini. Kira-kira 15 peratus akan mengalami gejala lebih teruk akibat penyakit ini dan memerlukan rawatan di hospital. Lima peratus akan mengalami sakit kritikal. Sistem penjagaan rawatan yang canggih mungkin boleh menyembuhkan pesakit yang kritikal. Namun bahayanya ialah sistem rawatan canggih di hospital ini mungkin tidak mencukupi untuk menerima jumlah pesakit yang tinggi atau ramai. 

Rawatan sokongan dan intensif bagi merawat pesakit COVID-19 meletakkan cabaran sebenar terhadap sistem penjagaan rawatan yang canggih, dan Doctors Without Borders amat bimbang dengan potensi yang mungkin berlaku di negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang agak lemah. 

Virus ini lebih berbahaya terhadap orang lanjut usia atau mereka yang mengalami jangkitan atau penyakit lain. Kanak-kanak setakat ini kurang dijangkiti. Jumlah kematian juga ketara berbeza berbanding kawasan. 

Virus ini lebih berbahaya terhadap orang lanjut usia atau mereka yang mengalami jangkitan atau penyakit lain

Langkah pencegahan awam seperti pengasingan, kuarantin, dan penjarakan sosial dikuatkuasakan secara umum bagi mengehadkan jangkitan dalam komuniti, mengurangkan jumlah kes baru dan pesakit kritikal, melindungi mereka yang mudah dijangkiti dan menguruskan sumber kesihatan. 

Bagaimana saya boleh menghalang diri dari dijangkiti? 

Amat penting untuk melindungi diri sendiri dan juga orang lain. Seperti jangkitan coronavirus lain, titisan yang tercemar adalah penyebab utama transmisi jangkitan. 

Virus berkenaan memasuki tubuh manusia menerusi mulut atau hidung. Ini boleh berlaku dengan menyedut titisan atau menyentuh dengan tangan ke permukaan yang mengandungi titisan tercemar itu dan kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut sendiri. 

Langkah kawalan jangkitan yang mudah seperti membasuh tangan sehingga bersih serta amalan beretika ketika batuk atau bersin juga berkesan dan penting sebagai langkah kawalan. 

Kebersihan tangan amat penting, jadi basuhlah tangan anda dengan kerap menggunakan sabun dan air. Gunakan sabun secukupnya, dan pastikan semua bahagian tangan dibersihkan. Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 saat untuk membasuh tangan. Jika tidak terlihat kotoran dengan mata kasar, gel berasaskan alkohol juga adalah pilihan yang sesuai. cuci tangan

Sentiasa berada di dalam rumah sekiranya anda sakit, dan elakkan berhubungan dengan orang lain. Jika anda batuk atau bersin, tutuplah mulut dan hidung dengan kertas tisu atau bahagian dalam siku anda. Segera buang tisu yang sudah digunakan ke dalam tong sampah dan basuh tangan anda.  

Amalkan penjarakan sosial di kawasan yang dikenal pasti ada jangkitan virus dalam komuniti. Elakkan tempat yang sesak atau majlis keramaian besar, dan secara umumnya jarakkan diri dengan orang lain. 

Berdasarkan masalah dalam pembekalan topeng pelitup muka, sarung tangan dan sut PPE ketika ini, kepentingan kesihatan petugas harus diberi keutamaan. 

Latest updates on Covid-19

COVID-19: Tindak balas gelombang kedua di India
COVID-19: Tindak balas gelombang kedua di India
Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) memulakan kembali tindak balas kecemasan ketika gelombang kedua COVID-19 melonjak di Mumbai di ...
Chasing COVID-19 in the Brazilian Amazon: A story of fear, and of hope
Chasing COVID-19 in the Brazilian Amazon: A story of fear, and of hope
Antonio Flores was the Medical Coordinator for the Médecins Sans Frontières (MSF) team that arrived in April 2020 in Manaus, the capital of Amazonas S...
Reaching thousands with a click: How the Rohingya helped guide COVID-19 awareness
Reaching thousands with a click: How the Rohingya helped guide COVID-19 awareness
With COVID-19 hitting the Rohingya refugee community hard, Elko Brummelman and his team knew they needed a new strategy in Malaysia. They wanted exper...
Buku Aktiviti Kanak-kanak
Buku Aktiviti Kanak-kanak
Apa yang anda boleh melakukan mengenai COVID-19? adalah sebuah buku aktiviti yang boleh membantu ibu bapa dan kanak-kanak fahami wabak ini.