Skip to main content
web banner ramadan campaign

Ramadan ini,

bantu para ibu yang terperangkap dalam krisis

Di negara-negara yang dilanda perang seperti Afghanistan, Yaman dan Syria, para ibu berjuang untuk terus hidup.

Bantu para ibu yang terperangkap dalam krisis

Sukar untuk menjadi seorang ibu.

Lebih sukar lagi menjadi seorang ibu ketika krisis. Anda boleh membantu pasukan perubatan kami menyampaikan rawatan perubatan kecemasan dengan menderma hari ini.

Di Yaman, Afghanistan, dan Syria, ibu berdepan situasi tidak menentu dan kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan. Mereka selalunya meninggal dunia disebabkan pelbagai masalah kesihatan maternal seperti pendarahan, sepsis, pengguguran tidak selamat, komplikasi dikaitkan tekanan darah tinggi, serta kelahiran tersekat.

Ada ibu menjerit kesakitan dan bayi yang baru lahir menghembuskan nafas terakhir, hanya kerana mereka tidak dapat menerima rawatan perubatan asas.
Monica Costeira, pakar pediatrik

Bagaimana anda boleh merawat kanak-kanak dalam keadaan sedemikian?

Soalan Lazim

Doctors Without Borders telah menerima garis panduan yang dikeluarkan oleh firma Penasihat Syariah terkemuka dan komited untuk mengikutinya berkenaan dengan manfaat daripada amal dan kedermawanan Islam.

Kenapa saya perlu menyokong Doctors Without Borders?

Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan perubatan kecemasan, Doctors Without Borders menyediakan bantuan perubatan secara percuma dan berkualiti kepada mereka yang paling terdedah dan berasaskan keperluan perubatan semata-mata. Sokongan anda memberikan kami kebebasan untuk bertindak balas terhadap kecemasan di seluruh dunia. Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tidak mendiskriminasi berdasarkan kewarganegaraan, bangsa, jantina, kepercayaan agama, identiti, kelas atau pendapat politik. Kami adalah organisasi bukan berasaskan keuntungan, kami menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan..

Bagaimana Doctors Without Borders menggunakan sumbangan anda?

Untuk setiap amaun yang anda dermakan, 80% disalurkan terus ke arah menyediakan bantuan perubatan yang menyelamatkan nyawa kepada mereka yang paling memerlukan di seluruh dunia, termasuk para ibu di Afghanistan, Yaman, Syria, Palestin, sebahagian daripadanya. Hanya kira-kira 15% daripada sumbangan diterima dilaburkan semula dalam pengumpulan dana dan 5% disalurkan kepada kos pengurusan dan pentadbiran. Mengekalkan piawaian ini adalah keutamaan kami untuk memastikan sumbangan anda membantu meringankan penderitaan dan menyelamatkan nyawa dalam pelbagai projek kami di lebih 70 negara di seluruh dunia.

Pada 2020, 55% daripada perbelanjaan program dimanfaatkan di Afrika, 21% dibelanjakan di Timur Tengah dan Afrika Utara, 12% dibelanjakan di Asia dan Pasifik serta selebihnya di Eropah, Amerika dan Oceania. Kami membelanjakan sebahagian besar di Republik Demokratik Congo, Sudan Selatan, Yaman, Republik Afrika Tengah, Nigeria, Iraq, Afghanistan, Bangladesh, Syria dan Lubnan.

Laporan Kewangan Antarabangsa memberikan butiran lebih lanjut tentang pengagihan perbelanjaan secara geografi. Ia juga menyediakan pecahan perbelanjaan dan pembiayaan untuk semua negara di mana Doctors Without Borders mempunyai aktiviti program yang penting pada tahun tertentu.

Jika anda ingin berbincang lebih lanjut tentang cara kami membelanjakan derma anda, sila hubungi kami di [email protected].

Apakah nilai dan prinsip Doctors Without Borders?

Sejak 1971, Doctors Without Borders beroperasi dengan komitmen yang gigih - dan mencabar – ke arah kebebasan, kesaksamaan dan berkecuali.

Prinsip-prinsip inilah yang membolehkan kami bertindak balas dengan pantas terhadap kecemasan dan menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa dalam situasi di mana banyak organisasi lain tidak mampu atau tidak mahu. Komitmen ini memastikan bahawa kami boleh membantu mereka yang paling memerlukan, bukannya mengikut keutamaan lain - sama ada mereka itu ahli politik, pembiaya atau media.

Etika perubatan menjadikan tanggungjawab kita untuk memberikan bantuan perubatan tanpa mendatangkan kemudaratan dan membantu semua orang dalam bahaya. Adalah amat penting bagi Doctors Without Borders bahawa kakitangannya mengadakan hubungan langsung dengan pesakit dan dengan komuniti tempat mereka bekerja. Kerja kami bukan sahaja untuk memberikan bantuan perubatan: ia juga merupakan satu tindakan perpaduan.

Kami percaya bahawa prinsip-prinsip yang kami perjuangkan sejajar dengan prinsip amal Islam

Mengapa Doctors Without Borders menggerakkan kempen Ramadan?

Kami memahami kepentingan Ramadan ini, tentang memberi dan bersolidariti, kepada sebahagian pihak yang menyokong kami. Oleh itu, sempena Ramadan ini, kami ingin mengetengahkan keperluan kemanusiaan penting pesakit kami, terutamanya mereka yang terperangkap di tengah konflik, di negara seperti Afghanistan, Yaman, Syria dan Palestin. Kami ingin menawarkan penyokong kami peluang untuk menyokong misi kemanusiaan Doctors Without Borders, yang dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 1999 untuk usaha perintis kemanusiaan kami, dan diiktiraf atas ketelusan serta akauntabiliti kami dalam menyediakan rawatan perubatan yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit kami .

Adakah sumbangan kepada Doctors Without Borders selari dengan prinsip derma dalam Islam?

Ya. Doctors Without Borders mempunyai kemampuan untuk memperuntukkan sumbangan anda mengikut prinsip Islam. Kami mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh firma Penasihat Syariah terkemuka yang memastikan bahawa sebarang derma yang diterima oleh kami digunakan mengikut prinsip Syariah. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan derma anda diproses mengikut keperluan anda dan Doctors Without Borders.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila hubungi kami di [email protected].

Adakah Doctors Without Borders memiliki pengalaman melaksanakan instrumen/sumbangan Kewangan Sosial Islam?

Doctors Without Borders menerima sumbangan dan bekerjasama dengan beberapa pihak berkepentingan dalam Filantropi Islamtermasuk agensi Zakat, seperti Zakat House Kuwait, dan pertubuhan amal Muslim. Berpandukan garis panduan yang disediakan oleh Firma Penasihat Syariah terkemuka dan pengalaman dengan kerjasama pihak berkepentingan Filantropi Islam, Doctors Without Borders berdedikasi untuk mewujudkan perkongsian baharu dan pembangunan amalan yang berjaya dalam pelaksanaan dan pemprosesan instrumen/derma kewangan sosial Islam.

Apa lagi saya boleh lakukan untuk membantu pada Ramadan ini?

Kami ingin membantu anda untuk mengambil langkah dalam komuniti anda semasa Ramadan bagi meningkatkan kesedaran atau mengumpul dana buat Doctors Without Borders serta mereka yang tercedera dan pihak memerlukan yang kami bantu. Anda boleh memperkenalkan kerja Doctors Without Borders kepada rangkaian anda, menjemput kakitangan kami untuk memberi ceramah di sekolah atau universiti anda, menyertai acara/kempen kami, atau berbincang dengan pasukan kami mengenai sebarang idea anda sendiri!

Ayuh mulakan perbincangan, hubungi kami di [email protected]

Ramadan ini, bantu kami menyediakan rawatan perubatan kepada ibu dan anak yang dilanda krisis

Di negara-negara yang dilanda perang seperti Afghanistan, Yaman dan Syria, ibu berjuang untuk terus hidup. Ramadan ini, bantu kami menyediakan rawatan perubatan kepada ibu dan anak yang dilanda krisis dengan menderma.

Di Afghanistan, ribuan wanita kehilangan nyawa mereka semasa bersalin setiap tahun. Kini lebih ramai wanita di negara ini terpinggir daripada menerima penjagaan kesihatan. Namun di hospital Doctors Without Borders, ramai ibu diselamatkan setiap hari.

Kunduz hanya seperti pekan kecil, bandar kecil. Mereka bukan bandar yang mempunyai bangunan tinggi. Kami berada di sana, menyediakan pembedahan menyelamatkan nyawa untuk kawasan yang sangat luas. Dan bayangkan, apabila ia dibom, kesan kehilangan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan trauma untuk orang awam, mereka sangat terjejas. Inilah sebabnya orang ramai sangat marah apabila hospital dibom, kerana jika mereka mengalami kemalangan dan tidak mempunyai wang, ke mana mereka boleh pergi?
Kamarul Al Haqq, pakar bedah ortopedik

Di negara lain seperti Yaman, Republik Afrika Tengah, Bangladesh, inilah kerja yang kami lakukan: penjagaan kesihatan yang menyelamatkan nyawa untuk para ibu dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Kerja kami bukan semata-mata memberikan bantuan perubatan, ia juga satu tindakan solidarity yang selaras dengan prinsip amal Islam.

Di kebanyakan negara ini, terdapat banyak komuniti Muslim dengan pelbagai tradisi unik, tidak terhad kepada makanan, yang berakar umbi dalam budaya mereka. Beberapa hari sebelum anak bulan kelihatan, penduduk Yaman menghiasi rumah mereka dan membeli makanan yang disimpan khusus untuk Ramadan. Namun ini tidak berlaku untuk Aafia, salah seorang daripada ribuan pelarian dalam kalangan rakyat tempatan (IDP) yang berlindung di wilayah Marib, Yaman.

“Kami tidak ada selimut untuk menutupi diri kami. Anak saya tiada baju sejuk dan saya tidak ada makanan yang mencukupi untuk diberikan kepada mereka,” kata Aafia kepada Doctors Without Borders pada Januari 2022.

Bayangkan hidup begini ketika bulan puasa seperti Ramadan. Ramai ibu terperangkap dalam konflik bukan hanya bimbangkan nyawa sendiri, tetapi juga nyawa anak-anak mereka.

Kami memahami kepentingan memberi dan bersolidariti dalam bulan ini kepada beberapa penyokong kami. Ramadan ini, kami ingin mengetengahkan keperluan kemanusiaan penting pesakit kami, terutamanya ibu yang terperangkap di tengah konflik.

Dengan garis panduan disediakan Jawatankuasa Syariah Penasihat Amanie kepada Doctors Without Borders dan dengan pengalaman kami dalam bekerjasama dengan pihak berkepentingan dalam Filantropi Islam, kami merayu:

Bantu kami menyediakan keperluan perubatan untuk para ibu, anak-anak mereka, serta komuniti yang tersangat memerlukannya Ramadan ini.

Related articles

Suara dari lapangan: Dr Mafeitzeral Mamat
Suara dari lapangan: Dr Mafeitzeral Mamat
Dr. Mafeitzeral Mamat, an anaesthesiologist from Malaysiaappeals for support for mothers and children caught in crises.
Setahun selepas serangan ke atas wad ibu bersalin Dasht-e-Barchi
Setahun selepas serangan ke atas wad ibu bersalin Dasht-e-Barchi
Pada 12 Mei 2020, wad bersalin hospital Dasht-e-Barchi di Kabul, Afghanistan, diserang. Seramai 24 orang terbunuh, menurut sumber rasmi. Pada 15 Jun, ...
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Yaman: Kekurangan zat makanan bertambah buruk dalam kalangan kanak-kanak di Abs
Pasukan Doctors Without Borders/Médecins Sans Frontières (MSF) di utara Yaman umumnya merawat lebih ramai kanak-kanak dengan kes kekurangan zat makana...
Afghanistan: Kecederaan dan kehilangan tempat tinggal meningkat ketika keganasan merebak serata negara
Afghanistan: Kecederaan dan kehilangan tempat tinggal meningkat ketika keganasan merebak serata negara
Keganasan di Afghanistan melonjak sejak Mei dengan pertempuran di kawasan sekitar serta dalam wilayah ibu kota antara tentera Afghan dan Emiriah Islam...
Yaman: Berjuang untuk akses penjagaan antenatal di Al Qanawis
Yaman: Berjuang untuk akses penjagaan antenatal di Al Qanawis
Seperti kebanyakan wanita lain di kampungnya, Fatima, 17, tidak mempunyai akses kepada penjagaan antenatal semasa kehamilannya. Dia baru-baru ini mela...
Menyediakan khidmat perubatan penting di Afghanistan
Menyediakan khidmat perubatan penting di Afghanistan
Walaupun keadaan kacau bilau, dan laporan berita mengatakan rakyat serta pelbagai pertubuhan lari meninggalkan Afghanistan beramai-ramai, Doctors With...
Yaman: Bukan selalunya peluru yang membunuh manusia
Yaman: Bukan selalunya peluru yang membunuh manusia
Monica Costeira adalah pakar pediatrik di unit neonatal hospital ibu dan anak Al-Qanawis yang disokong Doctors Without Borders di Hodeidah, Yaman. Di ...

Menderma untuk membantu kami menjaga mereka yang memerlukan

Anda boleh membantu pasukan perubatan kami menyampaikan rawatan perubatan kecemasan dengan memderma hari ini.